24 November 2011

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3"





Aku pun ndak tau la kenapa lately aku rajin pulak ikut contest or apa-apa aktiviti yang mengeratkan aku dengan bloggers lain. Yalah, aku ni walaupun sudah lama bergiat dengan dunia blogging ni, tapi kadang-kadang spesis pemalas untuk update blog. Ndak macam orang lain. Aku tengok diorang baru sebulan dua blogging, follower sudah riban-riban. Bestnya!! 

Macam mana aku boleh tergerak hati mau join aktiviti ni sebab tadi cik Maera ni komen di blog aku. SO aku buka balik la blog dia. jumpa pulak benda ni. Alang-alang tengah syok layan blog aku join la. Oh ya Cik Maera, jawapan kepada komen kamu tadi, saya pakai kamera hp. Sama macam kamu jugak, saya pun malas mengusung DSLR. ^___^

Ok. Kepada sesiapa yang berminat klik banner atas tu. Direct ke blog Cik Maera ni. Ramai wooo followers dia. Ada 4k++.

Harimau Muda Tewas || Tiada Yang Perlu Dimaafkan

Asslamaualaikum dan selamat berhari Khamis semua.

Sedikit hampa bila Malaysia tewas kepada Syria semalam. Tapi aku sebenarnya tidak menharapkan apa-apa dari perlawanan semalam. Kalau menang, syukur.Kalau kalah pun tidak mengapa kerana jelas terpancar keletihan di wajah Harimau Muda kita bermula dari wisel permulaan di tiupkan lagi.


Artikel bawah ni aku ambil dari berita harian. Bagi aku tiada apa yang perlu dimaafkan. Aku sendiri tidak dapat mebayangkan kalau aku yang berada di tempat mereka. Penat woi. Serius. Sebab tu aku tidak mengharapkan apa-apa. Semalam tengok bola pun dengan hati yang tenang dan tanpa ada makian dan cacian . Lepas jak gol 1-0, aku rasa mau masuk tidur sebab entah kenapa aku memang sudah dapat agak Malaysia sure kalah tapi aku layankan juga. 5 minit terakhir, aku memang mau sedia-sedia menutup tv. Aku suruh si Ninong off kan TV sementara aku mengemas ruang tamu yang penuh dengan makanan . Ketika aku membawa masuk bekas-bekas makanan tu ke dapur, Ninong beteriak dari ruang tamu, "RINAAA, 2-0".  Dalam hati aku, ok fine. Aku langsung ndak keluar-kelaur lagi ke ruang tamu. Lepas tu aku masuk bilik terus tidur. Bukan kecewa cuma malas mau fikir. ^__^






Apapun, pujian harus diberikan kepada KFCM. He did a god job last nite!


Sebelum tu mari kita layan lagu Kehilangan by Firman.Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!







p/s serius aku sekarang agak semangat dengan Bola Sepak temaptan ni. ^________^