Alhamdulillah. Semua sudah selesai. 10 hari menjadi isteri orang. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun ada musibah yang berlaku di pagi hari persandingan kami. Syukurlah abah (abah encik suami) selamat. Pagi sebelum majlis bersanding tu, abah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama Iman (anak buah encik suami). Pada hari persandingan tu,suasana agak suram. Encik suami terpaksa bersanding dalam keadaan mata bengkak. Ndak pasal-pasal bersanding pakai sunglass. Sedih jugak tengok Encik Suami. Tapi anggap saja apa yang berlaku semua dugaan Allah. Yang penting semua selamat. Atas mata abah ada beberapa belas jahitan. Dengar kata hari ni buka jahitan. Syukur.
Gambar bawah ni hasil dari sepupu sepapat aku dan juga sepupu sepapat encik suami. Terima kasih semua dan sorry curi gambar kalian. Gambar dari official Photographer belum dapat lagi. In Sha Allah nanti akan dikongsikan.
NIKAH : 31 MEI 2013
Detik terakhir sebelum dinikahkan
i'm touched!
Dengan Mas Kahwinnya RM100 ringgit tunai...
BFF yang sanggup datang dari KL,KK,LD dan Tanjung Batu Keramat
Family yang menjadi tulang belakang
SANDING PAGI : 1 JUN 2013
Pelamin impian aku. Pelamin tanpa bunga-bunga yang bikin serabut kepala. Aku suka!!!! Thanks She Izy Bridal
BFF yang sentiasa support aku. Walaupun ndak terlayan tetamu-tetamu ini. Terima kasih kawan-kawan. Next Munirah dan Yuliana. ehem2...
Familia!
A big thanks to Eda & Mama kerana sudi hadir di Majlis aku. Maaf atas layanan yang tidak seberapa.
Bapak-bapak + hot cousin
SANDING MALAM : 1 JUN 2013
Pelamin di malam hari
Sis-in law
Sepupu si encik suami yang datang dari KL. Thanks (^___^)
Kamu jugak paling manang!!!
Keluarga arwah nenek. Biarpun arwah nenek sudah tiada, ikatan kekeluargaan itu tidak akan putus.
Bride's Family
Groom's Family
Jangan tanya mana gambar mak bapak aku. Mak bapak aku bukan jenis kaki bergambar. Time kawin-kawin anak-anak mak bapak aku sibuk layan tetamu. Tetamu lagi diutamakan dari segala-galanya. Walaupun sedikit sedih tiada bergambar bersama orang tua aku, tapi tidak mengapalah. Apa yang penting doa dan restu mereka.
p/s Nanti kita sambung sesi kedua apabila official photographer sudah bagi gambar k.
Love,
rinadorina bahar