29 April 2011

10 Tips Untuk Tingkatkan Metabolisma Badan



Orang cakap, kalau metabolisma badan kita rendah, berusaha macam mana sekali pun, tetap susah untuk kurus (lagi² yang gemuk macam aku ni la).


Macam aku ni lagi la, jenis yang macam yoyo. Kejap naik, kejap turun. Naiknya kadang² berlipat kali ganda. Turunnya, susah mau mampus.


Kadang² aku cemburu jugak dengan orang yang kurus yang kuat makan.Serius cemburu tahap bapak dewa.  Dia bedal apa saja dia mau. Badan maintain jak. ERGHHHHHHHH!! Tension pun ada jugak. Kawan aku cakap itu semua sebab orang kurus ni metabolisma badan diorang tinggi. 


oii!! jadi aku ni macam mana?? Orang cakap orang gemuk ni metabolisma badan rendah. Macam mana mau tingkatkan metabolisma badan wei?? Kena panjat pokok kelapa yang tinggi ka baru dapat tingkat kan?? **ok, bulls*hit**


Apa guna ada En. Google kan kalau kita tidak gunakan. Atas bantuan En. Google aku jumpa 10 tips untuk tingkatkan metabolisma badan. Harap-harap bila metabolisma badan tinggi, senanglah budak baju pink bawah ni kurus.



Budak baju pink ini ingin kurus!!!!!!


  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. 

  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak "bakar" lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk "bakar" lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah - tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.



Aku harap-harap lepas ni aku rajin la untuk amalkan tips-tips ini. Sebabnya aku memang tengah bersemangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan (macam dari dulu nda pandai kurus-kurus jugak pun).


No 2,3,4 dan 6 tu memang amalan aku seharian la. Tapi entah kenapa still susah untuk tingkatkan metabolisma badan Kalau ikutkan aku ni memang hantu kopi. Bab minum air mineral jangan cerita la. Aku minum air almost 4L sehari Kalau pergi gym lain cerita lagi. BUT STILL jugak susah mau turunkan berat badan.


Alangkah indahnya kalau dapat sponsor macam Cik Epal tu.Ada orang mau sponsor produk kuruskan badan. OH!MEMANG GILA! la kan kalau ada yang sponsor aku. Aku sumpah akan usaha untuk kurus biar apa pun terjadi.


Mau beli sendiri produk-produk untuk kurus tu, rasanya aku ndak mampu kali. Selain ndak mampu aku ndak berani mau cuba sebarang produk yang aku ndak yakin. Kalau free macam Cik Epal tu, mau jugak aku try. At least kalau tiada kesan pun, ndak rugi apa-apa.


Apapun, orang cakap biarlah kurus tu sihat. Apa guna kurus kalau berpenyakitan. Aku rela gemuk yang penting sihat daripada kurus tapi sakit. Lagi mintak simpang kalau jadi macam bawah ni. Macam tengkorak hidup aku nengoknya.









P/S moto hidup, biar gemuk janji sihat.Tapi aku gemuk ka?? aku comel la... ha ha ha



28 April 2011

Trailer - Pirates of Caribbean 4



Movie ni akan ditayangkan 19 Mei depan. Tapi perasaan mau tengok movie ni membuak-buak. Rindu gila kali dengan Jack Sparrow aku ni.




Bila tengok trailer bawah ni tambah la aku membuak-buak mau tengok kan. Tambah ndak sabar mau tengok pun ada. 







Boleh ka mintak tolong Doraemon keluarkan apa jua alat yang boleh percepatkan masa ke 19 May???



DORAEMONNNNNN!!!!!!!!!!! HELP MEEEEEEEEEEEEE!!

Sudahkah anda sign up di 1tube.my????



Apa 1Tube.my ni???


Cer klik sini!

Aku sebenarnya ndak tau kewujudan 1Tube.my ni sehinggahlah aku buka blog Cik Epal pasal vblog Curang tu.Lepas tengok video tu, baru la aku menggatal klik link yang Cik Epal tu bagi.


Paras rupa web tu adalah seperti di bawah ini:








Lebih kurang macam Youtube la kan. Cumanya, sah-sah ini made in Malaysia. Sah-sah gambar bendera Malaysia di angka 1 tu.


Sebagai rakyat Malaysia, aku sudah sign up. Support produk Malaysia la katakan.


Kamu sudah????




p/s gila patriotik si Rina hari ni!!!!!!

DIGI WWWOW AWARDS, VOTE FOR ME!!!





Wahai orang-orang Kampung Pisang sekalian alam, sila vote saya!


SILA KLIK SINI!









Itu intro yang akan aku buat bila aku join atau calonkan diri sendiri dalam DIGI WWWOW AWARDS. Masalahnya sekarang, aku belum ada keberanian atau kekuatan untuk calonkan diri dalam awards tu sebabnya, aku sedar siapa aku. Setakat follower yang hanya 678 orang tu mana kan la mampu untuk menandingi blogger-blogger lain yang mempunyai follower sampai cecah 10K tu. Setakat blog aku yang  UV cuma 200-300 orang sehari ada hati mau lawan dengan blogger lain yang cecah 10K UV. OH! MEMANG GILA! la kan kalau aku berani-berani calonkan diri.


Bukan ndak yakin, cuma kadang-kadang aku ni pemalu sikit (opsss...pemalu ka aku??).


Peribahasa ada mengatakan, UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. So, aku pun mengukurlah baju di badan aku. Ndakkan mau ukur di badan CIK EPAL kan. Sah-sah la ndak muat nya.


Tapi apapun, kepada yang berani mencuba, aku ucapkan syabas. Jangan jadi penakut macam aku ya ya ya. Satu lagi, kepada calon-calon sekalian, aku ucapkan semoga berjaya. Menang jangan lupa belanja aku ok. Ndak payah yang mahal-mahal kita pergi makan Japanese food pun ok sebab i'm craving for sushi right now.





p/s Good Luck!!!!!



26 April 2011

Grenade Versi Kentut!

Ini lagu Grenade versi Bruno Mars.

















Ini pulak Grenade versi Nabit ft Lalat.


















Dan...






Aku ndak sabar mau tunggu lagu Grenade versi kentut dari EDA SUHAILI!























Bangang kawan aku satu orang ni. Kalau iya pun mau buat aku happy, jangan la sampai buat idea bodoh macam ni. Adoi!


Tapi Eda, kalau betul-betul kau berjaya buat lagu Grenade versi KENTUT kau akan jadi famous mengalahkan Bruno Mars. Silap-silap Bruno Mars mintak ko punya autoghraph.


So, kepada sahabat ku Eda Suhaili, belajar rajin-rajin. Sudah berjaya, panggil aku dengar. Kalau betul berjaya, busuk pun busuk la janji bunyi lagu Grenade!




p/s Eda Suhaili ni memang kadang-kadang bangang!

How To Walk in High Heels



High Heels! Almost semua perempuan di dunia ni suka pakai High Heels..Termasuk aku. Eh aku?? Aku jarang wei. Aku selalu pakai high heels time pergi kerja walaupun pada hakikatnya masuk opis aku kena buka kasut.  Kalau untuk berjalan-jalan di bandar tu aku lebih suka pakai flip flop atau dalam bahasa kampungnya selipar jepun.Untuk nampak lebih formal sikit, paling kurang pun aku pakai sandal dan fave sandal aku sekarang adalah ini.


Aku mengaku, dulu time study UMP, aku hairan macam mana ada kawan boleh pakai high heel dari asrama sampai ke dewan kuliah. JALAN KAKI! Di ulangi JALAN KAKI! Oh!Memang Gila la kan. Sampaikan aku siap cakap lagi dengan kawan aku tu, aku maybe kahwin pakai sandal jak. Ndak mampu rasanya pakai high heels bagai ni. Macam seksa pun ada.


Seingat aku, heels pertama aku beli adalah ketika aku kerja di WCT. Time tu lagi la rasa bangang kan. Kerja site office. Hari-hari masuk site, ada hati beli high heels. Semua ni disebabkan terpengaruh dengan rakan sekerja la. Macam cantik la kan pakai high heels. Nampak bergaya la kan pakai high heels pergi kerja.Dari yang satu inci, berani pulak cuba yang 2 inci sampai la ke 4.5 inci. Itu pun pakai time ke majlis2 kahwin yang mana lebih banyak duduk dari berjalan. Tapi aku belum berani lagi pakai yang 5 inci. Tinggi sangat rasanya. Belum berani!

5 Inci : BAPAK TINGGI!


Selain dari tinggi, aku ndak berani (takut jatuh) pakai high heels tinggi-tinggi sangat ni bukan sebab apa, sebabnya susah wei mau bejalan pakai high heels ni kalau ndak pandai. Tapi, ada orang, biar seksa janji, nampak COOL! Nampak CANTIK! Padahal, rasa mau mati sudah mengusung high heels tu. Biar seksa asal cantik! phewwwww!!!!


Ada jugak aku tengok, orang yang pakai high heels ni tapi ndak kena cara jalan (salah lagi satu sebab kenapa aku ndak mau pakai high heels tinggi-tinggi ni, jalan macam jantan pakai high heels BURUK WEI)


Tapi kepada yang ndak CUN pun pakai high heels dan jalan pun ndak betul tapi mau pakai jugak, ni hah aku jumpa video orang putih ni mengajar MACAM MANA MAU BERJALAN MENGGUNAKAN HIGH HEELS! Entah betul ka tidak apa dia ajar ni, aku pun ndak tau. Tapi , Because Sharing Is Caring so aku share la apa yang patut.









So, sila la belajar dulu ya kalau mau jugak pakai high heels ni. Cuma satu aku mau pesan, perempuan yang rajin pakai high heels ni, kesuburannya terganggu wei. Sia-sia cantik wei kalau ndak dapat bagi anak ngan laki kau kelak!




p/s aku pergi tengok wayang pun pakai selipar jepun. P melancong pun pakai selipar jepun. Nasib baik pergi gym ndak boleh pakai selipar jepun (atas tujuan keselamatan), kalau tidak sudah lama aku bantai pakai selipar jepun jugak.


25 April 2011

Bulan May, Bulan Yang Akan Buat Aku POKAI!!!



♥ Fast and Furious 5 - 5 May
♥ Kongsi - 12 May
♥ Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides - 19 May
♥ Kung Fu Panda : The Kaboom of Doom - 26 May


Ini senarai movie yang memang aku tunggu-tunggu kemunculannya pada bulan May akan datang. Apa jadi pun aku tetap akan pergi tengok! WAJIB! 


Kalau ikutkan senarai movie yang keluar bulan May depan, memang betul-betul membuatkan iBankrupt ni.



PRIEST   
PAUL   



Hah! Tengok tu. Sumber dari www.gsc.com.my  . Kalau ikut nafsu serakah ni, maunya bankrupt aku dikerjakan. Nasib baik la aku ni bukan la jugak kaki wayang Era. So akan pergi tengok movie yang aku memang ikut cerita dia dari dulu dan movie² yang aku rasa best saja. Yang lain tu, depends la pada keadaan. Mana tau aku dapat tiket free kan. Syukur!!!


Ini belum masuk Transformers: Darks of The Moon lagi ni. Aku ingat lagi, Transformers 1 aku tengok 3 kali. Transformers 2 aku tengok 2 kali. Entah Transformers 3 ni berapa kali la agaknya aku pergi tengok.Harap-harap cukup la sekali. 





p/s kena jimat-jimat sekarang ni, simpan duit untuk kahwin..lol!




2 Hari- 2 Kemalangan


Sebenarnya, kemalangan ni berlaku minggu lalu.Satu pada 18 April dan satu lagi 19 April. Cumanya baru hari ni aku rajin post benda yang hampir seminggu dalam draft aku (gambar-gambarnya).


Kemalangan 1:

Aku sebagai salah satu mangsa. Boleh cakap mangsa ka?? Almost la. Syukur aku sempat brake! Kalau tidak sah-sah aku pun menjadi mangsa.


Bawah ni ada hasil kebosanan aku sebentar tadi. Cer tengok dulu. Faham ka??






Ini pandangan keseluruhan dari tepi. Vigo itu berada di atas bukit yang tingginya tidaklah seberapa.  Tapi yang buat aku PANAS, Vigo itu parking tanpa ada pemandu dalam keadaan parking di kawasan berbukit. Bodoh betul lah kan siapa yang parking ni. Mesti dia ingat brake Vigo ni hebat gila sampai dia betul-betul yakin untuk tinggalkan Vigo itu dalam keadaan macam gitu.





Pada mulanya, aku menyangkakan yang Vigo itu mau undur, beriya la aku dan lori putih tu tekan hon. Yalah kan, sah-sah la kan jalan tu jalan lurus so sah-sah la turn aku ngan lori putih tu. Vigo tu kalau pun mau keluar, kenalah tunggu nda ada kereta baru keluar. Hon punya hon punya hon. Tapi Vigo tu still begerak.

Ahhh..!!! Sudah!

Pekak agaknya orang ni!

Tiba -tiba :








Nasib baik aku sempat brake wei!!! Sudahnya, aku pun ikut takut! Malaun punya Vigo. Mau jugak aku maki driver vigo ni. Mentang-mentang pakai kereta kerajaan, ko ingat kereta kerajaan jak ka yang bayar cukai jalan. Sekali tengok, ndak da driver la pulak.



So, kesimpulannya, orang yang tinggal vigo ni memang bodoh la kan. Boleh-boleh pulak tinggal kereta dalam keadaan tanpa pemandu di kawasan seperti ini:







Moral of the story , even kau pakai kereta kerajaan, please la jangan parking sesuka hati dan please dont be so selfish sebab yang kesiannya lori putih tu sebab aku nampak dia ada bawak sayur di bucket lori tu. Kan sudah menganggu orang tu untuk mencari rezeki!



Kemalangan 2:

Kemalangan kali kedua ini tidak melibatkan aku. Tapi melibatkan proses perjalanan aku ke tempat kerja. Tengah syok driving mau balik ke ofis selepas makan tengahari di rumah, tiba-tiba jammed.


Apa kejadah jammed area sini ni. Oh! Memang Gila la kan kalau ada road block! Sah-sah aku ndak pakai tali pinggang keselamatan time tu.


Ceh!! Ingatkan road block. Rupanya ada lori petronas termasuk dalam parit!






Hah! Tengok tu!


Kurang jelas???


Mari kita zoom






Hah! Jelas kan. Entah macam mana entah diorang tarik keluar. Ndak da masa aku mau turun tengok dan tunggu. Gambar pun blur-blur sebab time ambil tu sambil driving dan sambil tengok kiri kanan takut ada orang tengok aku ambil gambar. Ndak pasal-pasal kantoi kan. 


Moral of the story, kemalangan itu tidak berbau. Boleh berlaku di mana saja ndak kira masa . So, berhati-hatilah di jalan raya.



P/S padahalnya aku selalu kena marah en. boipren sebab memandu macam hantu!

Kalau Mak Andam Buat Aku Macam Ni, Aku Rela Cancel Majlis Sanding!

Kelmarin, aku temankan mak, adik dan kawan aku pegi jalan-jalan. Cari barang-barang untuk majlis kahwin adik aku bulan depan. Guess what aku jumpa!!!








Sumpah wei!! Kalau mak andam hias aku rupa macam ni, aku rela cancel majlis sanding wei. Ndak sanggup aku. Nasib baik la benda alah ni patung saja, kalau manusia betul dan boleh berkata-kata or maybe melempang orang, sudah lama dia lempang manusia yang make over dia macam ni. GILA SERABAI!!!




p/s tiada seni betul orang yang make over ni!

Thanks Mak Qaiser a.k.a Karipap Sayur!!


Minggu lepas, aku sibuk mengexplore pasal VCO tu kan. Siap aku buat entri lagi pasal VCO ni. So, tetiba pagi tadi aku tengah asyik baca #tweettweet kawan-kawan, aku terbaca #tweettweet si Karipap Sayur (#tweettweet benda lain la) dan tiba-tiba aku teringat aku ada terbaca entri dia pasal VCO ni means dia ni user la kan. So, aku tanya la dia pasal VCO ni. Dia reply aku dengan sepantas kilat. Thanks Mak Qaiser.







So, selepas membaca penjelasan Mak Qaiser ni, tiba-tiba aku rasa mau beli pulak la kan. Yalahkan, selama ni aku explore-explore, aku bukan kenal pun user tu. Ni kali, aku yakin la.Sebab aku tau Mak Qaiser ni memang "hantu" kalau benda-benda kecantikan ni. Semua benda pun dia cuba.


Antara sebab kenapa aku terpengaruh adalah :


♥  Setengah bulan makan 2 biji boleh nampak muka JERNIH SIKIT. Muka nampak sihat dan PUTIH KUNING. Perghhh..memang ini yang aku mau!



Tapi aku ndak boleh terima ayat Mak Qaiser :

♥ Tapi muka ko bukan jenis jerawat.


Sumpah Qast! tu hah bukti muka aku sekarang ni selalu keluar jerawat. Especially area bawah dagu. Every month macam tu. Naik bosan jugak aku dibuatnya. Memang area tu susah hilang. Rasa mau potong dagu ni pun ada jugak ni. Entah apa sebab dia. Awal bulan hari tu macam sudah hilang, then sehari dua ni keluar balik. Tu yang aku rasa mau cuba VCO tu. Harap-harap dapat kembalikan kulit aku ke keadaan normal. Berharap sangat!








So, aku nekad, aku akan cari benda VCO tu. Berhasil atau tidak, kita tunggu dan lihat.





p/s cantik punya pasal!!!!!!perempuan..perempuan...

23 April 2011

Gym Sampai Pengsan!!!

Assalamualaikum....



Tadi aku dapat mesej dari En. Boipren:


"Malam ni pergi gym lagi k"


Sumpah! Masa sms tu sampai aku baru mau #tweettweet


" Harap-harap malam ni en. boipren ndak bawak aku pegi gym lagi sebab betis aku sakit gila babeng ni"


Haiyok!! Kalau pergi lagi malam ni, ini sudah masuk malam ketiga aku pergi gym. Straight!!! Oh!Memang Gila! Sekarang betis sakit tahap bapak dewa kesan daripada cycling gila-gila semalam. Ingatkan malam ni dapat rehat rupanya tidak. 


Kalau ikutkan hati, aku memang la suka pergi gym tu. Bila peluh keluar tahap super duper keluar, badan rasa lega. Ringan. Fresh. Lagi-lagi sekarang aku kan dalam misi untuk KURUS! diulangi KURUS! Dari dulu misi ni berjalan sampai sekarang ndak jugak kurus-kurus. Adoi la!


Tiba-tiba pulak la kan aku teringat MISI HIDUP TANPA KOPI.Siap buat entri ni lagi kan.Misi ini adalah salah satu daripada misi untuk KURUS. Termasuk hari ni, ini hari keempat aku menjalankan misi ini.


Hari pertama - LULUS : aku berjaya hidup tanpa kopi.


Hari kedua - GAGAL : aku lupa wei aku tengah diet kopi sekarang ni. Balik kerja, aku dengan muka tidak bersalah ambil mug buat kopi. Siap cicah biskut mayat lagi. Lepas habis bantai tu biskut baru aku sedar... OPSSSSSSSSS!! KOPI!!


Hari ketiga - LULUS


dan hari ni Hari keempat. Setakat jam 5.04PM, aku ndak da lagi minum kopi dan dalam erti kata lain aku kategorikan sebagai LULUS!


Apapun, aku berharap misi untuk KURUS kali ini berjaya sebabnya kali ni misi aku dijaga oleh En. Boipren. Kesian la dia kan, beriya ajak aku pegi gym, beriya bagi aku semangat dan kalau aku gagal bermakna dia gagal jugak. Kesian pulak kan.So, kali ini aku akan buat sebaik mungkin. Sakit betis pun sakit la janji KURUS.  ehh..boleh ka macam tu??? hurmmmmmmmmmmmmmmm


Oklah. Sampai sini untuk kali ni. Tengah ada mood mau blogwalking di petang hari yang indah ini.




p/s gym sampai pengsan..dan pitam macam minggu lepas...erkkkkkkkkkkkkkk!!

21 April 2011

Virgin Coconut Oil - Apa yang bestnya????

Dua tiga menjak ni, bila aku blogwalking jak, mesti aku terjumpa pasal Catalyst2u Virgin Coconut Oil.



Mula-mula tu, aku buat 'dunno' la kan. Alah, produk-produk macam ni, memang selalu orang iklan kan. Sama jugak macam product collagen yang aku pernah try dulu. At last, tiada effect jugak pun. Semuanya tipu. Macam semua pun hanya marketing strategy jak yang lebih.


Tapi, bila makin ramai, ramai dan ramai blogger-blogger cantik promosi kan benda alah tu, aku macam ada hati dan tergerak mau cuba jugak la. Tapi bila fikir-fikir balik, alahhhhhh... memang la. Diorang memag cantik. Kulit pun memang sudah cantik dari azali. Mustahil la sebab benda alah tu kan.


Then, aku buang niat lagi mau beli. Tapi dalam masa yang sama, still ada jugak niat dalam hati ni mau mencubanya. Cumanya, aku perlukan lagi sedikit masa dan sedikit kepercayaan. 

Oleh sebab itu, aku masih lagi mengexplore pasal VCO ni. Mengexplore sampai tergerak hati mau beli.

Tapi bila???


Entah. tunggu la. Aku sudah bosan la dengan produk-produk macam gini. Dulu beriya beli kopi collagen tu. Tapi tiada perubahan jugak pun. Diorang cakap minum sampai at least 3 bulan baru nampak effect dia. Tapi lepas 3 bulan, still the same jugak. I got nothing. Start dari situ aku malas la mau cuba produk-produk gini ni. 


Tapi itulah kan, cantik punya pasal,aku pun agak terpengaruh la jugak dengan produk VCO ni.


So, aku harapkan sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, boleh la cerita ke aku dengan lebih detail.



P/S tolong...tolong...tolong buat aku terpengaruh...PLEASE!

Woi! Ini Betul ka Photoshop ni??

Serius aku cakap, aku tengah bosan tahap bapak segala bosan. So, macam biasa, bila sudah bosan mula la tanggan aku gatal meng-search itu ini di Google.



surfing...



surfing...



surfing...



dan aku jumpa























SIAPA TAHU WEI..INI  GAMBAR BETUL KA GAMBAR PHOTOSHOP NI???


Aku bab-bab menilai gambar ori dan ndak ori ni memang gagal.


Tapi kalau betul gambar ni ori, aduh mak kau!


Kalau palsu, aku just mau cakap "SAH ORANG YANG EDIT NI GILA SEKS"




p/s sure ni perempuan ndak pakai bra kan. Mana mau cari bra yang ada 3 cup???

Aku Pun Mau Kad Kahwin Macam Zed Zaidi, Boleh????







Pictures credit to http://mstar.com.my


Kad kahwin atas ni adalah kad kahwin pelakon popular Zed Zaidi. Lawa kan!

Wah! Wah! Wah! Cinta Facebook! Sampaikan buat kad kahwin pun bercirikan FB. Hebatlah.Kenapa aku ndak terfikir macam ni ya?? Aku, kenapa aku?? Ya ya ya. Secara esklusifnya aku mengaku, aku kenal En. Boipren aku pun dari FB ni hah. Thank FB. ha ha ha *shy*.

Aku pun mau buat kad kahwin macam gini boleh ka???

Boleh lah...boleh lah.. Boleh la bahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!