Assalamualaikum....
Tadi aku dapat mesej dari En. Boipren:
"Malam ni pergi gym lagi k"
Sumpah! Masa sms tu sampai aku baru mau #tweettweet
" Harap-harap malam ni en. boipren ndak bawak aku pegi gym lagi sebab betis aku sakit gila babeng ni"
Haiyok!! Kalau pergi lagi malam ni, ini sudah masuk malam ketiga aku pergi gym. Straight!!! Oh!Memang Gila! Sekarang betis sakit tahap bapak dewa kesan daripada cycling gila-gila semalam. Ingatkan malam ni dapat rehat rupanya tidak.
Kalau ikutkan hati, aku memang la suka pergi gym tu. Bila peluh keluar tahap super duper keluar, badan rasa lega. Ringan. Fresh. Lagi-lagi sekarang aku kan dalam misi untuk KURUS! diulangi KURUS! Dari dulu misi ni berjalan sampai sekarang ndak jugak kurus-kurus. Adoi la!
Tiba-tiba pulak la kan aku teringat MISI HIDUP TANPA KOPI.Siap buat entri ni lagi kan.Misi ini adalah salah satu daripada misi untuk KURUS. Termasuk hari ni, ini hari keempat aku menjalankan misi ini.
Hari pertama - LULUS : aku berjaya hidup tanpa kopi.
Hari kedua - GAGAL : aku lupa wei aku tengah diet kopi sekarang ni. Balik kerja, aku dengan muka tidak bersalah ambil mug buat kopi. Siap cicah biskut mayat lagi. Lepas habis bantai tu biskut baru aku sedar... OPSSSSSSSSS!! KOPI!!
Hari ketiga - LULUS
dan hari ni Hari keempat. Setakat jam 5.04PM, aku ndak da lagi minum kopi dan dalam erti kata lain aku kategorikan sebagai LULUS!
Apapun, aku berharap misi untuk KURUS kali ini berjaya sebabnya kali ni misi aku dijaga oleh En. Boipren. Kesian la dia kan, beriya ajak aku pegi gym, beriya bagi aku semangat dan kalau aku gagal bermakna dia gagal jugak. Kesian pulak kan.So, kali ini aku akan buat sebaik mungkin. Sakit betis pun sakit la janji KURUS. ehh..boleh ka macam tu??? hurmmmmmmmmmmmmmmm
Oklah. Sampai sini untuk kali ni. Tengah ada mood mau blogwalking di petang hari yang indah ini.
p/s gym sampai pengsan..dan pitam macam minggu lepas...erkkkkkkkkkkkkkk!!
waaa pergy gym rajin nyaaa ;D
ReplyDelete@Cik Akma bukan rajin..terpaksa...org gemuk la katakan..:D
ReplyDelete