16 April 2011

Jozan,Nabil dan Sepah - Pilihan Aku : TERBAIKKKKKK!!!

Semalam kan Maharaja Lawak minggu ke 3.Orang lain sibuk ulas pasal Maharaja Lawak ni. So aku pun ndak ketinggalan la. Bukan mau ikut-ikut orang, tapi sebagai kenang-kenagan di masa depan. Tema minggu ke-3 ialah muzikal komedi. Dalam banyak-banyak tema aku memang paling suka muzikal komedi. Aku memang tunggu tema muzikal komedi ni. Dari rajak lawak 2,3,4 dan 5. Cewah, nampak sangat  aku ni memang peminat setia Raja Lawak kan. Ya ya ya, Raja Lawak 1 aku ndak da tengok pun. Aku ndak perasan kenapa, tapi kalau ndak silap time tu aku kerja di KK. Menyewa sendiri. Tiada ASTRO. So ndak dapat tengok la. Aku start minat si Zizan dan si Johan ni pun sebab diorang dua kan pengacara Raja Lawak 2 sampai ke 5 tu. Sebab tu jadi minat diorang tu.


Bawah ni ada 4 video yang aku rasa terbaik dan memang aku nantikan keempat-empat mereka ini tiap minggu. Best atau tidak persembahan mereka pada pendapat juri, aku tidak pernah peduli. Yang pasti mereka mampu buat aku ketawa sampai hantuk-hantuk muka ke sofa sekali lagi semalam.



Pada pendapat aku, persembahan JOZAN semalam bukan yang terbaik. Tapi aku yakin diorang mampu buat lebih baik. Sebab diorang dua ni memang hantu menyanyi dan menari. Tapi kelainan yang diorang persembahkan semalam menjadikan mereka antara yang terbaik (memang tiap minggu pun terbaik bagi aku). Diorang menyanyikan lirik asal lagu tanpa mengubahnya. Itu yang membuatkan JOZAN lain dari yang lain.




Nabil, memang dari Raja Lawak lagi aku memang minat lawak-lawak dia. Lawak-lawak dia ni memang jenis bersusun dan teratur. Aku suka. Memang dari dulu aku suka lawak-lawak abang bil ni. Seperti 2 minggu sudah, nabil tidak pernah menghampakan. Dia pasti tampil dengan lawak yang berilmu. Bukan lawak bodoh seperti yang lain. Ok to be frank, dan maaf kepada peminat-peminat Amir. Bagi aku Nabil 1000 langkah lagi pandai dari si Amir ni. Jauh sangat bezanya. Nampak sangat perbezaan LAWAK BERILMU dengan LAWAK BODOH .Nabil tidak pernah tampil dengan lawak bodoh yang akan memalukan dirinya sendiri (seperti si Amir tu) Shame on him!. Nabil memang pelawak berilmu. Bagi aku Nabil adalah yang terbaik semalam. 




Pada pendapat aku, muzikal komedi jugak merupakan "makanan" kumpulan Sepah. Aku ingat lagi time final Raja Lawak 3, memang best gila persembahan kumpulan Sepah ni. Persembahan Sepah semalam pun memang best. The best among the best kata orang putih. Yang pasti chemistry mereka bertiga masih mantap seperti dulu lagi. Cumanya, jika dibandingkan dengan yang diorang buat time Final Raja Lawak 3 dulu, aku rasa persembahan yang final tu lagi terbaik. Apapun Sepan tetap menjadi antara pilihan aku.





Jambu ni memang tiada dalam pilihan aku. Kecuali Final Maharaja Lawak nanti ada 4 group atau peserta yang akan membuat persembahan. Tapi yang pasti, Jambu jugak merupakan antara kumpulan yang aku nanti-nantikan persembahannya. Bukan apa, aku tau kepala si Tokei tu pun kepala langsiur.Gila mau mampus. Pesembahan mereka semalam sepertia jugak minggu-minggu yang sudah. Tidak pernah mengecewakan.Paling aku suka adalah trademark diorang " MUKA LAGEND TAPI HATI CUTE". 3 minggu berturut-turut mengenakan pakaian berwarna pink sudah cukup menunjukkan Jambu memang lawak. Harap-harap diorang akan pakai baju pink sampai minggu terakhir sebelum mereka tersingkir or maybe sampai ke Final. Aku memang suka lelaki pakai warna pink ni. Cute-cute jak aku rasa. Bukan apa, bukan semua lelaki berani pakai baju pink ni. So, for those yang berani pakai bermakna mereka LELAKI BERANI biarpun nampak macam jambu dan cute-cute jak. 


Secara keseluruhannya, pada pendapat aku, Maharaja Lawak minggu ke 3 hanya best pada hujung-hujungnya saja bila iaitu ketika Nabil, Sepah, Jambu dan Jozan membuat persembahan. Yang lainnya, sorry to say.. AKU KURANG MINAT! Kalau mereka terkeluar pun, i dont care at all!



P/S Pilihan final aku : JOZAN, NABIL & SEPAH. Kalau ada 4  aku tambah JAMBU!

1 comment:

  1. sia lak suka Mr.Bean ever buat lawak..jejeeje
    ( Out Topic Sudah )..:)

    ReplyDelete