30 October 2010

...sumpah jadi batu...

sumber: FB
 SIAPA EDIT NI GAMBAR...

MEMANG KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!!

AKU SUMPAH ORANG YANG BUAT NI NDA SELAMAT DUNIA AKHIRAT!!!


...kan lebih molek dipandang kalau.........


 Kalau kakak atas ni pakai seluar panjang nda lah nampak betis dia yang putih gebu tu kalau naik motor.....

Tapi..aku boleh terima lagi la kakak atas ni berbanding kakak bawah ni....

Fesyen ka apa ni??? Atau dia terlupa pakai inner atau pun cardigan??? Hanya dia yang tahu...

sumber : oh! Media


nota kaki tangan dan mulut: speechless..

29 October 2010

...Watsons oh Watsons..

 Fuh!! Sangat busy hari ini.Pagi² buta sudah kena pergi ke airport untuk ambil someone. Lepas dari airport pulak kena pegi sana..pegi sini. Tapi yang paling best dalam busy ke sana ke mari tu aku sempat singgah Watsons. Tujuan aku untuk cari syampu jak pun sebab yang lain sudah beli dan TERIMA KASIH cashier Watson sebab berjaya mempengaruhi aku untuk join membership Watsons. 

Antara kelebihannya:
  • Yuran keahlian RM 12 seumur hidup. Tiada tarikh luput. Tidak perlu perbaharui. SEUMUR HIDUP!
  • Dapat voucher diskaun pelbagai produk bernilai RM 200. (ala..bukan semua produk aku suka pun)
  • Selepas dapat kad ada 3 cara untuk aktifkan member card:
    • www.watsons.com.my : percuma 200 points
    • 1-300-800-847 : tiada percuma points
    • Borang permohonan : ambil masa 14 hari bekerja untuk dapatkan maklum balas (punya lama)
  • RM 1 di kira 1 point 
  • Point x 2 bila membeli produk Watsons
  • Bonus Harijadi : point x5 untuk belian pertama di bulan kelahiran
  • Tiap bulan ada members day
  • Jemputan Eksklusif sekiranya ada sales.
  • Point yang terkumpul boleh reedem barang.
Panjang lebar budak cashier tu explain ke aku dan akhirnya aku terpengaruh jugak dan on the spot aku guna discount vousher tu untuk beli syampu.

Terus terang aku cakap aku bukan la penggila barang² di Watson tu. Aku saja² jak join member tu.  Dulu aku memang suka join membership ni.Aku suka kumpul kad. Tapi itu dulu time kerja di KK. Sekarang semua member kad tu tersimpan rapi dalam purse yang aku nda pakai. Cerita pasal barangan di Watson ni, macam aku cakap tadi aku bukan pencinta sejati Watsons ni sebabnya aku selalu compare barang di Watsons dan Guardian. Di Tawau ni Watson dan Guardian ni macam berlawan antara satu sama lain. Kedai pun sebelah menyebelah. So senang la aku compare harga. First pergi either Watsons or Guardian... depends la..tapi biasanya aku pergi Guardian dulu. Then lepad tu baru pergi Watson. Kalau harga Guardian lebih murah aku perge ke Guardian then beli la barang² tu.Jimat apa macam tu. Buat apa membazir kalau kita boleh dapatkan produk yang sama dengan harga yang berlainan. FUH! Even beza seringgit pun aku memang berkira. Rasa sayang mau membazir. Bukan kedekut ok..tapi ini namanya berjimat-cermat.

So kepada yang suka beli barang di Watsons tu boleh la jadi member..tapi kalau nda mau boleh pinjam kad aku.Tapi point aku punya...Deal???  hihihihi...



nota kaki tangan dan mulut: syampu di Giant nda sales pun memang murah...hampeh~


...Kenapa perlu memaksa kalau orang tidak sudi...

Sumber: Harian Metro

YA AMPUN! Kesian aku tengok budak Ain ni. Nda pasal² kena simbah asid dan cacat seumur hidup. Aku nda tau lelaki yang simbah asid tu manusia ka binatang. Kalau orang nda suka kenapa perlu memaksa. Carilah perempuan lain yang sudi dengan kau.Janganlah memaksa.Dia kan sudah cakap dia ada teman lelaki dan akan bertunang.So,stop la kacau dia. Jantan...Jantan...


nota kaki tangan dan mulut: aku pun ada jugak suka orang..tapi dia cakap dia ada GF...aku tenang jak pun...nda ada jodoh...mau buat macam mana...


...kenapa aku sayang Maybank2u...

Hari Rabu lepas bos balik dari outstation...so maknanya...Boss sudah sign cek.Rabu malam khamis bank in tu cek... dan pastinya semalam baru cek tu clear. Semalam tidur awal nda sempat bayar hutang. So bangun pagi² untuk bayar hutang...nasib ada m2u.... jam 5.30 pagi pun boleh bayar hutang....muah..muah..muah...sayang Maybank2u....



nota kaki tangan dan mulut: kereta oh kereta..nda sabar tunggu bulan 5 thn depan....


28 October 2010

...siapa rasa diri dia wanita - sila ambil perhatian...


peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.


Kesah ini betul2 terjadi kat Penang
Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??
Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..



lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?
sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..
perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..



Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!
kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..

satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.

sumber FB

HAH! Seram kan... aish... sekarang ni di mana² tidak ada tempat yang selamat. Apa yang penting kita sebagai wanita...harus berhati²...Lagi² kepada wanita² yang selalu atau kadang²(macam aku) keluar malam.. nda kira la di Semenanjung ka...Sarawak ka...malahan di Sabah sekarang ni pun banyak kes² jenayah... So... BERHATI-HATI..OK!!!



nota kaki dan mulut: tempat paling selamat adalah rumah sendiri...depends...

...JOM LEPAK KAT BLOG BEN ASHAARI...


Siapa Ben Ashaari?? aku pun bukan kenal siapa dia actually. Aku start baca blog dia since aku terbaca pasal dia dalam blog kawan aku dulu². Tapi aku nda ambil peduli pun...tapi semenjak aku beriya konon² mau super duper aktif dalam dunia blogging ni aku terjumpa sekali lagi nama dia dan start follow blog dia. Fuh...aku perhatikan abang satu orang ni sehari average 6-7 entri. Bila buka dashboard jak mesti ada entri dia. Pagi² buta jam 6 pun ada buat entri. Serius blogger tegar abang ni. Since tengahari tadi internet di opis tu biul sikit. So nda dapat online. Balik rumah baru dapat online. Aku hairan..dekat dashboard- reading list aku...ramai bebenar yang buat entri pasal  JOM LEPAK KAT BLOG BEN ASHAARI.. so aku pun buka la entri kawan² tu.. then aku pegi la buka blog abang satu orang ni..yalah..last entri abang satu orang ni tajuk dia PENAT FIZIKAL DAN MENTAL..so... apa plak yang diorang² ni buat pasal lepak² ni... Rupanya² si abang ben ni ada buat entri pasal promosi blog untuk orang yang baru merangkak. Aku nda tau la..aku start blogging Jan 2009,kira merangkak ka nda ya??? ntah la..tapi aku tetap mau join jugak. Apa salahnya kan..menambah kenalan..

So, here there are...entri aku pasal Ben Ashaari..

So...kepada blogger yang mahu mencuba..boleh pergi ke blog si abang ben ni... ni link dia..[BEN ASHAARI]



nota kaki tangan dan mulut: merangkak seperti baby yang baru mahu belajar bejalan...


...TBU : Tawau Bloggers Unity...

APA itu TBU???

PENGENALAN.
Tawau Bloggers Unity bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan rasmi yang mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan tapi ia hanyalah kelompok penulis laman blog di daerah Tawau. Penulis blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, pendidikan, usia dan pengalaman hidup namun persefahaman dan kematangan mahu membentuk budaya blog yang sihat di Tawau adalah antara persamaan kami.

BAGAIMANA TBU DITUBUHKAN.
Idea penubuhan TBU adalah hasil usahasama tiga penulis blog dari Tawau, Budihermawan.com, puadede.com dan wunabarakati.com pada awal Jun 2008. Ianya muncul secara spontan kerana menyedari aktiviti berblog semakin menular di mana-mana sahaja dan sudah tiba masanya ianya disatukan dalam satu pertemuan. Selepas perbincangan melalui online, akhirnya lapan blog akhirnya mencapai kata sepakat berkumpul buat kali pertamanya.
Rujukan penubuhan TBU: http://puadede.com/v1/1st-tawau-bloggers-gath/

MATLAMAT TBU.

1. Dapat mempromosikan Tawau kepada orang luar melalui media blog.
2. Menjadikan hobi menulis blog lebih menarik dengan wujudnya aktiviti yang turut dikongsi bersama bloggers lain.
3. Mengikis tanggapan negatif masyarakat terhadap budaya blog dan internet.
4. Memupuk nilai kekeluargaan dalam komuniti.

MOTO TBU.
Together as one.

Sumber:http://tawaubloggers.com


Ok...setelah hampir 2 tahun aku berblogging...baru pagi tadi aku sah jadi ahli TBU... ini kali ketiga aku register dan isi borang. Aku ndak tau di mana silapnya. Yang pasti pagi tadi aku gatal tangan meng-add Si Adry di FB dan tanya dia pasal keahlian aku. Then dia suruh aku isi form semula dan on the spot aku dpt reply.. so sekarang secara rasminya aku ahli TBU...hikhikhik...


nota kaki tangan dan mulut: banyak betul join group² ni...macam la aktif betul berblogging..


...Kepada pencinta Facebook ...

Buka² email dapat ni hah dr MR. BAPAK GULA a.k.a NUFFNANG...


Dear Nuffnanger,

If Tweetdeck and Facebook are the first things to greet you in the morning and the last things you say good night to, congratulations! You’re exactly the type of person Standard Chartered Bank is looking for to be the World’s Coolest Intern :)

We’re not kidding about the cool part; the World’s Coolest Intern gets a 6-month internship programme in Singapore with total remuneration of SGD30,000, and will enjoy perks including training on social media and online engagement from Standard Chartered’s esteemed partners.

We're partners with Standard Chartered in their search, because we think a Nuffnanger would be absolutely perfect for the job! Tell us why you’re cool enough to be the World’s Coolest Intern, and in addition to the chance to be land the internship of a lifetime, we’re also giving away RM 200 to the 10 best entries submitted! You’ll have to be fast too, because the contest ends 31 October 2010. For more information, check out our blog post about it here.

So go on, Nuffnangers, show us what you’ve got. The internship of a lifetime awaits!

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.


Nah..nah...sapa berminat... sila..sila... aku sedang fikir² ni mau join ka nda ni... ni link nya hah..


...Tutorial 1 : Inner silang + accessories...

PERHATIAN!!!!!!!

Sebelum meneruskan tutorial ini dan sebelum anda scroll kebawah dan kebawah lagi... aku mau mintak maaf sebab:
  • Gambar tidak cantik sebab aku pakai kamera di laptop
  • Model dia pun tidak cantik... so tengok inner sahaja..sila abaikan modelnya... ngehhhh!!
Ok... Mari mulakan...

Chop..chop.. ada lagi info yang aku mau bagi tau sebelum mulakan...
  • Di pasaran terdapat banyak jenis inner a.k.a anak tudung.

ada yang 1 warna

ada yang 2 warna

dan ada yang khas untuk silang-silang.
(gambar ambil dari Koleksi Saiff Dzulfiqar tempat aku selalu beli inner)

Aku ada jugak beli yang inner yang khas untuk silang² tu.. tapi jenis yang macam ni kan limited warna dia... ada tiga warna jak. So kalau kita pakai baju warna lain confirm nda masuk. So aku lebih prefer yang dua warna sebab kita boleh pakai kedua-dua warna. 

Contohnya di bawah ni.. kalau mau pakai coklat...pakai la yang warna coklat..kalau mau pakai kuning jak pakai la yang kuning. senang kan. banyak pilihan. Tapi ada satu cara supaya anak tudung tu tidak melekap dekat dahi lagi² kalau spesis kepala besar macam aku ni. Inner yang jual di pasaran tu mostly kecil dan untuk mereka² yang berkepala kecil sahaja... so sebagai solusinya aku selalu potong sedikit jahitan inner tu. Macam gambar di bawah ni. So ianya akan lebih besar dan mudah untuk silangkan. Selain tu kalau kita potong sikit ianya tidak menyakitkan telinga kita.Tapi kalau yang berkepala kecik tu nda payah la potong takut longgar pulak...okay.


Ok mari mulakan... (aish..malu la pulak aku)

Hari ni aku pakai 2 warna sahaja. Pink dan brown. Sebabnya hari ni aku pakai tudung syria warna purple. Baju aku ada purple, pink dan brown.so sesuai la kan. Ikutkan hati mau pakai 3 lapis tapi macam malas pulak..


Ok.. First pakai macam seperti gambar di atas. Pilihan warna bergantung kepada kreativiti anda. Make sure inner pertama tu disengetkan


Lepas tu ambil satu lagi inner dan pakai seperti yang di atas tapi di bahagian yang bertentangan. Tapi pastikan telinga anda tidak ditindihkan dengan 2 inner supaya anda selesa pakai seberapa lama pun. Caranya, inner yang pertama tu selitkan di bawah telinga.

Ok..Lepas jadi macam gambar di atas tu...kita teruskan dengan accessories pulak.



Hari ni aku pilih headband ala² rambut betocang gitu.

Pakai headband seperti biasa.Ala..macam pakai di rambut tu..

dan hari ni aku pakai accessories baru. For the first time aku pakai macam ni... sebab..aku baru beli hair clip ni..lalalala....

Hah..tadaaaaaaaaaaaa....
gambar atas ni lepas pakai tudung syria dan segala accessories yang ada...

Hah..senang kan... bukan susah pun. Apa yang penting...kerjasama...hihik.. yang penting... kita kreatif... dan satu lagi persetankan pedulikan apa orang mau cakap... pakai jak apa kita rasa mau pakai dan puas hati..

Ok..sekian untuk kali ini.
Lain kali aku ajar lagi cara lain k.Tapi ini cara aku la.Kalau mau yang lagi kreatif search jak d Youtube. Banyak tu video² cara² pakai shawl la..Inner la.. ok...



nota kaki tangan dan mulut: tidak salah berkongsi ilmu...:D
p/s abaikan pipi aku yang chubby itu...lalalalala...



...Cara Pakai Shawl ...

Entri ini aku tujukan khas buat sahabatku SAMSIDAR ABDUL MANAP yang meng-sms aku minta ajar cara² pakai shawls. Maaf pok.. aku belum berani mau buat video sendiri. Aku pertontonkan kepada kau video si Julijan (www.on9hijab.blogspot.com) . Kau belajar dulu pakai shawl cara dia... sebab ini cara yang paling simple selain daripada kau selempang ke kiri dan kanan jak....nanti lama² kalau kau sudah pandai...aku yakin kau akan jadi lebih kreatif. Kalau mau minta ajar cara² pakai inner yang colourful macam aku pakai tu... nanti aku buat video untuk kau ok.. Selamat Mencuba...






nota kaki tangan dan mulut: belum yakin untuk buat video sendiri..ngehhhh!


27 October 2010

...Musuh² a.k.a anti Spain gembira atas kematian si Paul...


FUHH!!! Ramai betul orang buat entri pasal kematian c Paul peramal terhebat time World Cup. Aku sangkakan selepas berlalunya World Cup 2010.. isu si Paul ni sudah tutup buku tapi rupanya still ada lagi. Ada yang buat entri sekadar info... ada jugak yang buat entri yang konon² puas hati atas kematian si Paul ni. SAH!! Mesti yang gembira dan puas hati tu adalah penyokong² team selain SPAIN atau lebih sedap dipanggil ANTI-SPAIN... Aku pulak sebagai 'kipas keras mati' a.k.a DIE HARD FAN Spain.. agak terkejut jugak la. Kesian jugak si Paul tu.Apapun jasamu akan dikenang Paul...semoga kau aman di sana.

Kematian si Paul tidak dapat merubah KEJUARAAN SPAIN dalam WORLD CUP 2010



nota kaki tangan dan mulut: aku bukan percaya pun dengan ramalan c Paul ni... sebabnya...tanpa c Paul pun aku tetap yakin Spain boleh menang..lalalala...



...Nuffnang oh Nuffnang...

Hari tu aku ada buat entri pasal TRAFIK.. aku banyak dpt info dr kawan WSB dan juga WSB@FB... so start dr hr tu aku sibuk la search² pasal trafik... pasal entri berbayar la.. banyak la.. dan paling banyak aku jumpa di blog kawan² pasal Nuffnang .Aku baru perasan aku sudah ada account Nuffnang ni since 05.08.2009. Tapi aku sebenarnya ndak tau apa fungsinya. Mula² dulu kawan adik aku si ANN yang explain ke aku apa fungsi Nuffnang. Aku pun register dan letak la iklan² tu... tapi aku ndak ambil kisah sebab aku sedar blog aku bukannya hebat pun. Aku tulis apa aku mau tulis. Aku share apa yang aku rasa aku mau share. Tapi lately, semenjak aku sudah bosan dengan FB dan game²nya... aku tiba² rasa mau bergiat aktif dengan blogging...dan sekarang aku berkobar² pulak tengok orang dapat cek Nuffnang. hihihi....dan kini aku tengah mempelajari ilmu² Nuffnang dengan lebih mendalam.... kepada yang ada ilmu banyak tentang Nuffnang silalah kongsikan... Apa salahnya sambil bersuka² blogging... kalau dapat kemasukan... Syukur... kalau ndak da...ndak pa la.... tapi apa salahnya aku belajar ilmu baru begini kan.



...mahal sangatkah harga sebuah senyuman??...



HAH! SUSAH KA MAU SENYUM MACAM AKU SENYUM TU??? SUSAH??? MAHAL BETUL KA JUGAK HARGA SENYUMAN KAU TU??? BERAPA?? MARI AKU BAYAR???


ehehe...sorrylah...intro sudah mengamuk. Actually aku mau cerita pasal orang² yang kerjanya deal dengan orang ramai tapi muka macam syaitan apa jak.Ndak pandai mau senyum.Aku sudah lama geram dengan orang² spesis hantu macam ni..
  • Pelayan Restoran : time mau ambil order muka macam kena tampar syaitan.Sudahlah tu tanya order marah²...
  • Salesgirl : mentang² aku pakai selipar jepun, jeans and t-shirt jak... kau ingat aku ndak mampu ka mau beli barang² di kedai kau ni... Hello..jangan pandang orang sebelah mata. Sudah la pandang orang sebelah mata...yang paling ndak tahan tu menjeling pulak tu...adeiiiii... kalau aku mau dengan kedai² kau aku beli sekali ko tau...(opsss....macam mustahil la pulak...haha..geram punya pasal...)
Paling latest...kejadian pagi tadi...
  • Kakak mengandung di kaunter 12 Pejabat Pos Tawau: fuh... tau la ko preggy kak oi... tapi kenapa jugak mau jeling² and buat muka masam. kau ingat aku datang pejabat pos tu minta duit kau ka???
Bagi aku lah kan.. orang yang kerjanya deal dengan orang ramai ni haruslah sentiasa senyum.. "Customer Always Right" ... biarlah si pembeli tu yang sombong dan bongkak..kau tetap kena senyum. Yang pelayan tu kalau rasa ndak boleh senyum bagus kerja jadi tukang potong bawang di dapur.. yang salesgirl pulak bagus kau jadi tukang jaga stor... dan kakak kerja pejabat pos... bagus kau kerja di belakang tu... kasi asing² surat. So kalau kamurang mau marah² ka..buat muka kena tampar syaitan ka.. buatlah... ndakda orang marah....aku bukan mau menghina cuma ... itulah... kita kerja kena ikhlas. Ndak da salahnya mau kerja apapun janji halal.. aku tau la kau maybe penat tapi kau sudah pilih untuk kerja itu.. so kau kena terima. lagipun bukan susah jugak pun. bukan kena bayar pun.....

Tapi aku tabik spring dengan kakak kerja BSN bahagia kaunter ekspress. Dia senyum dengan aku padahal orang depan aku tu lambat betul mengeluarkan document² yg sepatutnya. tapi dia still sabar. Kan sejuk hati kita kalau begitu. Lambat macam mana pun sejuk jak hati kita menunggu....Aku doakan semoga rezeki kakak makin melimpah ruah hendakNYA.



nota kaki tangan dan mulut: sapa mau senyuman aku..ambilah FOC...


...craziest combination ever...


Lepas jak aku besiap... aku ketawa sendiri² keluar dari pintu bilik.mamaku pun hairan napa aku ketawa sendiri².. Lepas jak mamaku tengok aku terus dia cakap "aishhh...kenapa jugak kaler anak tudung mu begitu..oren la..kuning la..biru la... baru tu pakai tudung merah lagi tu... ndak masuk langsung..." ... aku cuma sambung ketawa. Aku pun rasa inilah kombinasi warna paling gilak aku pernah buat. ndak tau kenapa aku tiba² pilih kombinasi warna sebegini.Yang aku tau baju aku kan banyak kaler. So kombinasi warna yang aku pilih tu semua ada di baju aku. hahahahaha.... cumanya kurang coklat jak tu. Kalau ikut hati aku mau jugak tambah inner coklat...tapi rasa malas pulak.... tapi biarlah warnanya macam orang gila...tapi aku suka.. aku peduli apa orang mau cakap apa. Janji aku suka warna-warni. kalau orang mau mengutuk...kutuk la..aku peduli apa... Jeles ka?? kalau jeles buat la..itupun kalau berani la...lalalalalaa...~



nota kaki tangan dan mulut : belum lagi tambah accessories tu..lalalalaa~

...apa sebenarnya kerja EDITOR????...


 Balik dari jogging pagi tadi aku dengan rajinnya membelek majalah mingguan wanita mamaku yang lama (Bil 1396 202-26 Ogos 2010) sambil merehatkan diri.Belek punya belek punya belek...aku pegi la ke ruangan KELAB DIET.Ruangan ni memang best sebab banyak info kita boleh dapat dari ruangan ni lagi² untuk aku yang konon² tengah menjaga kesihatan a.k.a dalam proses menguruskan badan(tapi ndak mau terlampau kurus..mamaku marah...hihihi).. antara inipatinya.... 

6 TIP SENAMAN LEBIH MENYENANGKAN
i) Lakukan aktiviti ketika menonton televisyen
ii) Ubah Gaya Hidup
iii)Cari Penyelesaian
iv)Cari Idea Senaman Baru
v)Senaman di Pejabat 
vi)??????????? 




uiks...mana no 6??? muka surat sebelah adalah iklan putri binari... SAH... SALAH CETAK LAGI... baru hari tu cerita pasal Media Cetak Salah Cetak... aishhhhhhh... Hairan la... apa sebenarnya kerja orang yang bergelar editor ni?? dia ndak check dulu ka sebelum edarkan majalah ni. Aku bukanlah mau membesarkan benda² kecik or mempertikaikan kerja orang... tapi sebagai pelanggan or pembeli majalah (walaupun yang belinya adalah mamaku).. tapi aku rasa kita ada hak untuk mempertikaikan kesalahan mereka...kan..kan... kita buka mintak free² majalah tu. Ndakkan lah tiap kali beli ada kesilapan...tiap kali beli ada kekurangan... kita bayar dorang untuk dapatkan ilmu² dalam majalah dorang tu.. So sepatutnya diorang memberikan yang terbaik untuk kita. 

FUH...penat..pagi² sudah membebel. Panas aku tau baca...balik² ada salah... Aku doakan semoga orang yang bekerja sebagai editor ni buat kerja dia bagus² supaya hasil kerja MW lebih memuaskan. 




nota kaki tangan dan mulut:kalau blog salah boleh jugak edit post...lalalalaala~



26 October 2010

...nasib si pekerja swasta...

time² macam ni pun belum gaji... orang gomen sudah habis kali gaji dorang.. aduh bosku... manakah kau berada... balikla cepat sign itu cek!!






...domain oh domain...

sekarang tengah berfikir² samada mau register blog aku ni dan dptkan domain macam kawan aku c Penmerahpenbiru tu atau tidak. USD 10 = RM30.975 per year... kalau diikutkan ndak la mahal pun kan... tapi masalahnya... aku baru bercita² untuk menghapuskan CC yang aku yang tamat pada bulan 12 ni. so mcm mana aku mo bayar untuk masa² akan datang kalau CC aku sudah ndak ada... hurmm.... atau haruskah aku terus menggunakan blogspot ini.... hurmmm....ok jugak bah kan guna blogspot jak. bukan jugak aku serius dalam penulisan.. just for fun jak kan...*masih berfikir*



...kenapa anak remaja sekarang suka menyusahkan orang tua...

Hari tu heboh satu Malaysia tentang c Rozaliya yang konon²nya dilarikan oleh bakal tunangnya padahal dia yang membawa diri kerana tidak mahu berkahwin.

Terbaru pulak kisah seorang anak remaja perempuan yang berusia 16 tahun yang dikatakan melarikan diri ke Kuching Sarawak bersama seorang guru pengkid sehinggakan ibu bapanya terpaksa terbang dari Melaka ke Kuching selepas dia dikatakan menghilangkan diri bermula 8 Oktober yang lepas. 

OMG!!!! Apa bah mau jadi dengan remaja sekarang ni. Terlampau mengikut nafsu. Aku pun pernah jugak jadi remaja...tapi sedikit pun aku ndak pernah terfikir mau lari dari rumah walaupun aku tau kalau aku lari pun parents aku bukan peduli sebab diorang tau....kemana la aku mau lari..paling² pun tetap jugak balik ke rumah...hahaha... tapi itu la... bukankah mereka ini menyusahkan ibu bapa mereka. Sudahlah ibu bapa dorang sudah dikira agak berusia.... adui...fikir la bah..jangan selalu menyusahkan orang tua. Baru umur 16 tahun sudah gatal mau ikut orang lain. Yang si cikgu pun satu... kalau pun kau pengkid... janganlah rosakkan anak murid sendiri. Kau jadi cikgu mau jadi PENDIDIK ka PEROSAK anak bangsa... fikir²lah... sia² jadi cikgu kalau kepala bengap!


seperti biasa...gambar ambil dari harian metro


Nota kaki tangan dan mulut: senakal² aku dulu...ndak pernah ada hati mau lari dari rumah...lagi² la mau lari ngan pengkid...aishh..nafsu songsang betul...


...best gilak jogging subuh²...

 Lepas 3 hari berehat disebabkan si "jipun" itu...akhirnya aku kembali berjogging di subuh hari...

jam 5.00 pagi.... ready² mau pigi jogging...

Jam 5.10 pagi.. memulakan aktiviti...

lebih kurang jam 5.45 pagi... hampir sampai ke rumah selepas membuat satu pusingan dari tanjung batu pusing sampai airport lama...lalu taman muhibbah lalu perkuburan islam lalu hap seng dan balik ke rumah semula..


kenapa aku cakap best...sebab pagi² buta ndak banyak kereta...dan  udaranya pun segar segar... 


nota kaki tangan dan mulut: model adalah my beloved mom...



25 October 2010

...lepas tag...dapat award lagi...yehhaaa....

WAHH...lama ndak dpt award... tiba² ada dpt award lagi...dari cik ross

tadaaaaaaaaaaaaa.... ini dia awardnya...

7 perkara tentang aku (aku copy paste dr tag dibawah jak la ya..)
          1. Rinadorina bukan nama sebenar aku
          2. aku seorang yg chubby
          3. tinggi aku cuma 159cm
          4. aku ada BF...satu jak...walaupun selalu gaduh tapi aku sayang dia.
          5. bila selekeh...aku akan jadi manusia paling selekeh di dunia...tapi bila ada mood untuk bergaya... kadang² BF aku pun komen...hahaha
          6. aku still hutang PTPTN almost 27K..mati!!!!!!!!!!

Dan...aku dengan baik hatinya mau bagi award ini kepada:
Miss Q
Aciq 
Cik Samsidar
Eyda 
Lisa Ali

dan...to all beautiful bloggers out there...



...tagging game...

Lama nda buat tagging game ni...tiba² aku ada hutang 2 tagging game... aku buat 1 dulu...keta tag oleh cik scya

   
Once u have been tagged,u are supposed to write a note with 25 things,fact,habits or goal about you..at the end choose 20 people to be tagged..u have to tagged people who tagged u..if i tag u because i want to know more about u..


FACT
    1. Rinadorina bukan nama sebenar aku
    2. aku seorang yg chubby
    3. tinggi aku cuma 159cm
    4. warna kegemaran aku tidak menentu...ikut mood
    5. aku dulu study d UMP. ambil jurusan kejuruteraan awam. dulu pernah bekerja dengan company yang buat KKIA tapi sekarang sudah jadi kuli bapak sendiri.
    6. aku ada BF...satu jak...walaupun selalu gaduh tapi aku sayang dia.
    7. arnab adalah binatang peliharaan aku yang pertama setelah 26 tahun aku hidup
    8. walaupun aku kadang² bermulut jahat tapi aku bukan pendendam
    9. aku benci dan pantang tengok orang yang suka menemberang lagi² suka menayang harta benda...dalam erti kata lain aku MENYAMPAH!
    10. aku minat shawls.. sekarang ni aku gila tudung cotton. dalam masa sebulan ni aku sudah beli 7 shawl gypsy.
    11. aku sayang parents aku walaupun kadang² melawan cakap diorang.
    12. idola aku adalah bapak aku
    13. hp,laptop dan ipod touch yg aku pakai sekarang ni tiga² hasil dari derma dr bapak aku. harap aku beli....lambat lagi.
    14. bila selekeh...aku akan jadi manusia paling selekeh di dunia...tapi bila ada mood untuk bergaya... kadang² BF aku pun komen...hahaha
    15. aku still hutang PTPTN almost 27K..mati!!!!!!!!!!

HABITS
    1. tiap² bulan aku selalu gaduh ngan bf aku...memang habit aku suka cari gaduh dengan dia...
    2. bangun pagi aku mesti minum air masak 
    3. aku suka picit jerawat...gatal tangan kalau tengok jerawat tumbuh
    4. aku ndak suka cuci kereta. aku hantar kereta ke car wash seminggu sekali dan kadang² dua minggu sekali. dalam erti kata lain aku pemalas.
    5. aku suka berblogging sambil betiarap.orang cakap perempuan ndak bagus bertiarap.
GOALS
    1. pergi umrah dengan en. bf..
    2. punya bisnis sendiri
    3. memiliki kereta idaman en. bf
    4. dalam bank aku ada 1 juta..at least
    5. belajar memasak..

20 orang yang aku mau tag???????
adui..ramai bah 20 orang tu...susahnya mau mention satu²... ginilah...sapa kawan² yang baca ni.... kira aku tag la ya... deal??


nota kai tangan dan mulut: ada satu tag lagi mau kasi setel...

...Lisa oh Lisa - part 2...

Curik dr Harian Metro

Tahniah cik Lisa Surihani...sebab menang Anugerah Pelakon Terbaik FFM ke 23. Walaupun R kamu bekarat tapi kamu tetap maintain cute dengan dress hijau itu...


nota kaki tangan dan mulut: tiba² aku macam minat cik lisa ini..