Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^___^,
Aku ada seorang makcik (adik mak aku), dia tinggal di Labuan. Dia memang jarang balik Tawau. Tapi once dia balik, semua benda yang dia teringin makan dia akan makan di bumi Tawau ni. So, kebetulan hari tu dia ada pergi makan ABC kedai cina satu ni. Kedai ni memang sudah lama rasanya. Kalau ndak silap dari zaman aku belum lahir dan dari zaman diorang mamaku dan makcik-makcik aku muda-muda lagi.Dari zaman cina tu yang bejual sampaila sekarang ni anak-anak dia yang bejual. Lama jugak kan kedai ni. Tapi sudah upgrade la kedai dia. Tapi, macam makcik aku cakap, biar berapa lama pun, rasa ABC dia tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Haiyoooooooooo!! Boleh pulak makcik aku kenal rasa ABC tu dari dulu sampai sekarang kan.
Dipendekkan cerita, 31 May yang lepas, pergilah aku membawa makcik aku yang satu lagi ni makan selepas makcik aku yang di Labuan tu cerita yang dia pergi makan ABC. Adei..lawak la. Kami yang tinggal di bumi Tawau yang indah permai ni pun jarang sekali pergi makan ABC di sana. Diorang yang datang dari KK dan Labuan yang kepingin. Lucu plak aku rasa.
Nama kedai cina ni KEDAI KOPI WAH HING. Kedai ni popular dengan ABC dia. Semua jenis ABC ada. Paling mantap kalau makan ABC dengan roti bakar.
Ini ABC biasa. Bukan alang-alang kan. Makan guna piring tu. Bukannya mangkuk. Ni yang buat ABC ni nampak nostalgia sikit.
Ini aku punya. Aku makan ABC Jagung. Eh.. kalau sudah jagung sahaja, bukan ABC la namanya.
Ni adalah anggota yang pergi makan ABC. Menaiki Waja buruk aku. Full wooo kereta aku. Kalau boleh bercakap, lama sudah bercakap kereta aku tu.
Aku si Mak Supir (driver la tu)
L-R : Uwak (Makcik aku paling Tua), Mak aku
Kazen aku bersama anak-anaknya
Makcik Mun, Makcik aku yang tinggal di Labuan tu.
Gambar tambahan:
Mikail yang baru lepas nangis sebab mau LOWIIIIII a.k.a LORI. Sebenarnya dia ternampak basikal di kedai tempat kami parking kereta tu. Sibuk dia mau LOWI LOWI LOWI. Lucu jugak kan tapi cute pulak dia sebut LOWI tu.
p/s Time ni aku haus banget rasa macam mau sepiring lagi...ha ha ha
Wahhhh, bestnye bestnye bestnyeeeeeeee. Ehhh, tp kita boleh mkn kt kdai cina ehh? :]
ReplyDeletesedapnya...tertelan air liur sorang2 kt sini.
ReplyDelete@Nurnajwa kedai cina tapi pekerja melayu..
ReplyDelete@sue. g makan g..
ReplyDelete