06 June 2011

Sana Sini Orang Kahwin : Perlukan Jahit Baju Baru Tiap Kali Hadiri Majlis Perkahwinan Orang????

Assalamualaikum semua ^___^,


Dua hari cuti, dua hari jugak blog aku ndak ter-update tau. Aduh!!! Sabtu ari pagi sampai petang melipat kain. Apa tidaknya, kain seminggu ndak basuh sebab sibuk urus majlis kahwin adik aku hari tu. Salah satu lagi faktor yang menyebabkan aku lipat baju dari pagi sampai petang adalah lipat satu baju, layan facebook 30 minit. Pastu sambung lagi satu baju, layan facebook lagi apa tidaknya sampai ke petang aku melipat.


Ahad pulak, aku menyibukkan diri ikut mamaku pergi rumah orang kahwin. Pagi ada dua jemputan dan malam ada satu. Ndak sempat pun ambil gambar pengantin. So yang aku sempat ambil gambar aku dengan Ninong jak la.









Ini gambar pagi. Aku pakai baju kurung pahang yang aku buat tahun lepas untuk majlis kahwin cousin aku yang di Labuan. Aku pakai balik sebijik yang aku pakai masa kahwin cousin aku tu cumanya aku tambah inner kuning tu untuk kelainan.








Atas ni adalah gambar masa cousin aku kahwin. Hah! kan sebijik. Aku pakai balik. Yang lainnya cuma time cousin aku kahwin bulan 12 tahun lepas badan aku memang agak naik macam dipam-pam walaupun sudah diet setengah mampus.





Sebelah malam, aku join mak aku lagi.Kali ni di Dewan Lau Gek Poh. Macam biasa aku pakai baju lama jugak. Baju ni aku sepatutnya pakai masa wedding cousin aku tahun 12 2009. Ha ha ha.







Ini gambar dua tahun lepas.Masa ni majlis kahwin cousin aku di Labuan. Tema kami Purple. So aku buat baju ni sempena cousin aku kahwin la. 














Dan dua gambar di atas ni adalah semalam, time aku hadiri majlis kahwin di dewan tu. Sama kan baju. Yang lainnya dua saja. Tudung dan badan aku masa cousin aku kahwin hari tu pun sama macam di pam-pam. Kembung semacam.





So, kesimpulan yang aku mau buat adalah, dulu aku gemuk sekrang kurus sikit.^___^. Eh. Bukan. Kesimpulannya, perlukah kita buat baju baru untuk majlis kahwin orang lain. Maksud aku, ada spesis manusia, tiap kali dia mau hadiri majlis kahwin sesiapan saja, even bukan family, ia akan buat baju baru. Hairan. Perluka??? Entah. Bagi aku ndak perlu. Kan baju kita boleh pakai beberapa kali. Aku ndak malu mengaku yang aku memang akan rotate baju. Biarlah baju berapa tahun dulu pun janji masih boleh pakai. Aku hanya akan buat baju bila yang kahwin itu adalah sepupu aku or keluarga terdekat aku sahaja. sebab ingin mengikut tema la kunun-kunun la. 








Yang atas ni aku buat baju baru sebab ikut tema kahwin adik aku. Pagi kuning dan malam biru(gambar bawah).







So,kesimpulan dari kesimpulannya, bagi aku, tidak perlulah mau jahit baju baru tiap kali mau hadiri majlis kahwin orang. Boleh pakai balik baju lama as long as kita pandai mengubah gaya dan penampilan. Tapi untuk keluarga terdekat atau sahabat terdekat kita itu tidak kisah. Itu pendapat aku. Pendapat orang lain aku ndak kisah. Maybe dorang kaya banyak duit. So bolehlah beli baju baru tiap kali ada jemputan kahwin. ^___^





p/s tengah fikir-fikir tema untuk majlis kahwin aku nanti warna apa??

1 comment: