23 September 2012

"LIKE" My Style Contest

INI ADALAH ENTRI MELEKAT.SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU.




APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN:

EMAILAKAN GAMBAR ANDA DENGAN GAYA BERFESYEN ANDA YANG TERSENDIRI KEPADA poker.face2010@live.com .(SUBJECT: LIKE MY STYLE CONTEST). TIDAK KISAH LAH ANDA BERHIJAB ATAU TIDAK. YANG PENTING ANDA YAKIN ANDA MEMPUNYA STYLE TERSENDIRI.

SERTAKAN

NAMA:
ALAMAT:
NO TELEFON;
LINK AKAUN FB:


PEMENANG YANG MEMPUNYAI "LIKE" YANG BANYAK AKAN MEMENANGI:

PERTAMA;
LONG BUTTON CARDIGAN
WAKA BLOUSE
VOUCHER RM 30


KEDUA:
BAWAL ROSE 2 TONE
VOUCHER RM 20


KETIGA
BAWAL ROSE 2 TONES
VOUCHER RM 10


SEORANG PESERTA BERTUAH PILIHAN KAMI AKAN MEMENANGI HADIAH MISTERI DARIPADA KAMI. (TIDAK SEMESTINYA PESERTA YANG MEMPUNYAI VOTE YANG BANYAK)


CARA VOTE MUDAH SAHAJA:

1-LIKE PAGE KAMI

https://www.facebook.com/pages/Kiki-E-Shop-Tawau/214773881896295

2- LIKE GAMBAR PESERTA


TARIK TUTUP PENYERTAAN ADALAH 30 SEPTEMBER 2012


TARIKH TUTUP PERTANDINGAN ADALAH 7 OKTOBER 2012


TARIKH PENGUMUMAN PEMENANG ADALAH 8 OKTOBER 2012


ANDA BOLEH MEMPROMOSI PENYERTAAN ANDA DI WALL ANDA SEBERAPA KERAP YANG MUNGKIN.

TIDAK DIBENARKAN UNTUK METAG GAMBAR PESERTA DARI ALBUM KAMI UNTUK TUJUAN PROMOSI.

SILA JEMPUT SAUDARA MARA, KAUM KERABAT, KAWAN-KAWAN, TEMAN-TEMAN ANDA UNTUK MEMVOTE GAMBAR ANDA.


PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN VOTE YANG PALING BANYAK. SO TERPULANG KEPADA ANDA BAGAIMANA CARA ANDA MEMPROMOSI GAMBAR ANDA.



SEKIAN DAN SELAMA MENCUBA!



NOTES: sekiranya penyertaan kurang dari 10 orang, secara automatik pertandingan ini dibatalkan dan setiap peserta akan mendapat saguhati iaitu VOUCHER RM10.


07 September 2012

Review Alexa Green Inspired by Maria Elena

Assalamualaikum ♥,


Sepatutnya aku review semalam lagi pasal beg Alexa aku ni. Tapi disebabkan semalam aku teramat penat dan atas sebab-sebab tertentu, aku terlena dan detik ini baru ada kesempatan untuk review.

Mari kita mulakan. Beg ini didatangkan bersama bungkusan plastik seperti dalam entri ini. <--klik sini.

Apa yang ada dalam beg plastik tadi adalah seperti dibawah ini..
|
|
|
|
|
|


Ada dust beg lagi ok!!!

















Ini adalah rupa paras depan beg Alexa Green tu.






Ini part belakang. Ada zip. Bolehlah letak handphone.






Dari tepi, cengginilah rupa dia. 





Apa yang paling aku suka adalah tribal ini. LAWAAAAAAAAAAAA!!!!






Dalam dia adalah seperti gambar diatas. Ada 3 partition . 2 zip dan 1 tidak berzip. Sesuai untuk aku yang suka letak semua barang dalam handbag. Keluasan dia pun not bad. Boleh lempar semua barang. 


Pokoknya, aku suka lah bah bag ni. Insyallah nanti aku mau order lagi yang Zeo Insipired by Maria Elena. Nanti aku review lagi k.



Tata for now.!!!


06 September 2012

Alexa Green by Maria Elena Sudah Sampai yooo!!



Super excited. Aku memang excited tiap kali beli barang online ni. Sebab tu aku selalu serbu pejabat pos laju even aku belum di call bagitau barang sudah sampai. Memang begitu. Tapi yang kali ni, pos laju yang call, lagilah excitednya. 2 3 kali ganda.

So dipendekkan cerita, tadi lunh time aku serbu la pos laju, beg sudah sampai.


Malam karang aku buat review k.




P/s belum beli beg riban2 excitednya bukan main!







Aladdin Pants + Waka Dress

Assalamualaikum ♥


Dulu, aku pernah buat entri pasal ALLADIN PANTS <--- klik sini untuk ke entri lama. Time tu aku memang tiada keyakinan untuk memakai segala jenis pants selain JEANS. Tapi, semenjak menjadi peniaga kecil-kecilan ni, aku semakin berani mau pakai pelbagai jenis seluar walaupun kadang-kadang aku rasa macam ndak sesuai jak dengan aku. Sebelum ni aku takut orang berkata pasal aku, tapi sekarang aku ndak peduli. Biarlah apa orang mau cakap. Apa yang penting aku selesa.


Dan hari ni, aku memberanikan diri untuk pakai Aladdin Pants. Hadiah from someone yang yakin aku boleh pakai that pants dan hasilnya.. tadaaaaaaaaaa:





Extra wide crumple shawl - Kiki e-Shop
Waka Dress - Kiki e-Shop
Aladdin Pants - hadiah dari someone
Heels -unbranded





p/s kepada yang beminat dengan waka dress macam aku pakai tu boleh sms 0168453085. COD area Tawau (bandar sahaja)



04 September 2012

Bila Mood Ada Tapi Idea Tiada

Kamu pernah kah rasa mood untuk blogging membuak-buak(๑•̌.•̑๑)ˀ̣ˀ̣ Tapi at the same time tiada idea untuk blogging?? Buntu! Nah inilah aku rasa sekarang ni. Mood tu ada tapi ndakda idea. Selalunya, bila ada idea, mood pulak ndak ada. Aduiii! Apa mau jadilah bah begini ni.

Bye!!!





Note: tiba2 buntu menjadi-jadi. Kepala jammed!!!


I am 3 Months Old Today

Assalamualaikum ♥....








Hari ini 4 Ogos 2012, genap 3 bulan usia anak buah kesayangan aku ni. Wahh! Besar sudah oooo saya punya Aysh. Semoga panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik-baik ya Aysh. Jangan selalu nangis bah. ehh.. Cengeng ehhh!! Apapun,  We Love You. So muchhhhhhhhhhhh!!







notes: Kepada yang berminat dengan Pallazo Pattern macam aku ni boleh SMS 0168453085 . COD for Tawau area. Untuk pattern lain boleh check di FB KIKI e-SHOP <---- klik sini.










03 September 2012

Advanced Birthday + Selamat Jalan





Ini cerita 24/8/2012 yang lepas. Berikutan daripada idea bernas si Nadzirah Bahar dan Fifi Afiqah, satu majlis advanced birthday dan selamat jalan telah diadakan di rumah nenek. Actually, cerita bermula bila tiba-tiba si NB dan FA rasa mau beli kek. Tapi rasa ndak best bila beli kek bodoh-bodoh tanpa ada majlis. Mereka mencadangkan agar Birthday Mikhail Zahin Mukri (30/8) dan Nur Nabilla Thihani (29/8) dijalankan secara advance dan memandangkan majoriti dari kaum kerabat yang balik beraya akan pulang ke tempat masing-masing pada 25/8/2012 tu.


So, mari kita layan gambar. Gambar pun aku curi dari FB anak buah. peace!

Ketawa bah budak yang tukang tulis wording tu time disuruh tulis ini..:D



Semua ndak kesabaran





Yang keliling tu yang excited




Memperkenalkan kepada readers sekalian... My one and only nephew Awangku Aysh Aryan




Anduk bah cumil bah si Ashraff





Si botak yang pintar berkata-kata. Umur baru 3 tahun, bercakap kalah-kalah orang tua ooo...




Pewaris-pewaris Allahyarham Hj. Salim b. Ismail




Next 16 September ada Family Gathering lagi. Ndak Sabar bah!!!





notes: bila mood rajin update blog, cerita bulan lepas pun update bah!

Karenah Pelanggan

Sebelum apa-apa, mari like page KIKI e-SHOP yang akan rebranding menjadi KIKI Collection SOON!


Aku mula start bisnes online ni, since tahun lepas. Itu pun secara kecil-kecilan dan mati-matian serta senyap-senyapan. Kira macam aku baru mau bertapak lah. Belum berani lagi time tu. Tapi selepas setahun, dan kini aku ada kedai kecil sendiri, aku sudah mula berani untuk terus maju. Mempelbagaikan pilihan pelanggan adalah keutamaan aku. Sebab tu almost tiap minggu aku akan berusaha cari stock baru. Ahh, nampak penat, tapi best. Selain boleh jual barang, sekaligus aku boleh tambah koleksi baju aku. Kalau dulu, memang susah lah mau shopping baju online ni. Tapi sekarang semakin rancak. aku suka!!!


"Customers always right" rules yang patut setiap peniaga patuhi. Tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa, aku ndak lari dari merasa muak dengan sikap pelanggan ni. Kadang-kadang tu ada yang ndak masuk akal. Aku pun buyer jugak, tapi aku rasa perangai aku tidaklah seteruk mereka. Mungkin betul kata si Ona (pemilik blog In My Red Ribbon Shoes), sepatutnya kita sebagai buyer yang takut akan datang tu penjual ndak mau jual barang sudah sama kita if perangai kita macam gitu. So as a buyer and seller, aku dapat rasa perasaan sebagai pembeli dan penjual tu. Entah lah. Aku malas mau aibkan sesiapa di sini. Cuma sekadar meluah rasa. Tapi sebagai penjual terpaksalah telan saja perangai pelanggan yang semacam itu. Diharapkan dengan kesabaran aku ni, bisnes aku semakin berkembang lagi.


AMIN!!




notes: geli gelaman dengan orang yang trep-trep manja. Yakss!





02 September 2012

Alexa - Green , Inspired by Maria Elena

Hari ni tiba-tiba rasa mau bagi reward kepada diri sendiri setelah penat mencari rezeki. Dari semalam belek-belek Authentic Coach tu, tapi sabarkan hati. Mahal la kalau beli beg yang harga RM 400 - RM 500 ni. Rasa ndak mampu. Eh, bukan jugak ndak mampu, tapi entahlah. Macam membazir. Aku bukan si gila handbag pun. \\(^____^)//


So, tetiba teringat beg Inspired by Maria Elena dari Sometime. Harga beg-beg dia not bad jugak la. Ndak terlalu mahal. Sesuai lah untuk aku yang agak ganas ni. Jenis yang hambur semua dalam beg. Si BF selalu tolong aku kemas kandungan handbang aku. Sampai tahap dia sendiri ndak tahan tengok.




Lepas lebih kurang sejam belek-belek website SOMETIME, Akhirnya aku grab jugak satu. Masuk postage, total semua RM 114. Tapi sebab aku guna voucher dari blog Maria Elena, so dapat diskaun RM 10. Tinggallah RM 104. Oklah. Tutup mata jak lah. 




Kesiankan, RM 104 pun rasa bergegar mau bayar. Ha Ha Ha.. Orang lain beli handbag riban-riban relek jak. Pity me!!!


Oh ya, pagi tadi ada beli Vitamin C 1000mg keluaran Kordel's. Rasanya vitamin C ni penting, lagi-lagi diusia yang semangkin meningkat (rasa tua pulak). Selalu tgk di FB orang jual Vitamin C 1000mg tu. Tapi mahal lah. RM 45 untuk 30 biji. Aku beli Kordel's ni RM 55 untuk 60 bijik. Kegunaan dua bulan. Murah lah kan. So harap-harap lepas ni tiada masalah selesema ka apa lagi. Ini pun lepas makan sebiji pagi tadi, rasa kurang sudah ni selsema. Syukur Alhamdulillah.




p/s opss... no phone aku... :D