Sebelum apa-apa, mari like page KIKI e-SHOP yang akan rebranding menjadi KIKI Collection SOON!
Aku mula start bisnes online ni, since tahun lepas. Itu pun secara kecil-kecilan dan mati-matian serta senyap-senyapan. Kira macam aku baru mau bertapak lah. Belum berani lagi time tu. Tapi selepas setahun, dan kini aku ada kedai kecil sendiri, aku sudah mula berani untuk terus maju. Mempelbagaikan pilihan pelanggan adalah keutamaan aku. Sebab tu almost tiap minggu aku akan berusaha cari stock baru. Ahh, nampak penat, tapi best. Selain boleh jual barang, sekaligus aku boleh tambah koleksi baju aku. Kalau dulu, memang susah lah mau shopping baju online ni. Tapi sekarang semakin rancak. aku suka!!!
"Customers always right" rules yang patut setiap peniaga patuhi. Tapi kadang-kadang sebagai manusia biasa, aku ndak lari dari merasa muak dengan sikap pelanggan ni. Kadang-kadang tu ada yang ndak masuk akal. Aku pun buyer jugak, tapi aku rasa perangai aku tidaklah seteruk mereka. Mungkin betul kata si Ona (pemilik blog In My Red Ribbon Shoes), sepatutnya kita sebagai buyer yang takut akan datang tu penjual ndak mau jual barang sudah sama kita if perangai kita macam gitu. So as a buyer and seller, aku dapat rasa perasaan sebagai pembeli dan penjual tu. Entah lah. Aku malas mau aibkan sesiapa di sini. Cuma sekadar meluah rasa. Tapi sebagai penjual terpaksalah telan saja perangai pelanggan yang semacam itu. Diharapkan dengan kesabaran aku ni, bisnes aku semakin berkembang lagi.
AMIN!!
notes: geli gelaman dengan orang yang trep-trep manja. Yakss!
No comments:
Post a Comment