29 January 2012

Hari Ahad Yang...

Happy Sunday people. Wah wah wah. Title memang dasar orang ndakda idea bah. Lately aku sibuk. Semalam tidur awal kesan dari kekenyangan makan nasi putih dan kari kerang tin. Pagi tadi awal-awal sudah menjadi pemandu nenek, uwak dan mamaku pergi ke pasar minggu Takada. Lepas hampir sejam round2 pasar minggu aku bawak mereka bertiga pergi ke Kedai Kopi Yuan-Yuan . Kedai wajib aku pergi tiap minggu. Sampai sana, terjumpa Angkasawan Negara. Tapi macam biasa lah. Aku kalau jumpa artis/selebriti aku memang selalu trep aku yang artis. So aku buat dunno jak. Lagi pun aku bukan spesis yang fila meroyan bila jumpa artis ni. Bagi aku diorang pun manusia biasa. Tiada yang special pun. Cuma kelebihan diorang adalah, mereka lebih terkenal dari aku. So tidak perlu lah meroyan bila jumpa. Relek-relek jak..


Note: bosan

22 January 2012

Kes Kehilangan Kereta di Tawau Makin Menjadi-jadi

Kes 1:






KES 2:







KEPADA WARGA TAWAU, SILA BERHATI-HATI. SILA JANGAN PARKING KERETA SESUKA HATI. KALAU MALAM, PLEASE JANGAN PARKING DI KAWASAN GELAP. KEPADA YANG INGIN MENGHANTAR KERETA KE CAR WASH, PASTIKAN ANDA MENUNGGU KERETA ANDA. PENCURI SEKARANG NI HEBAT. SERIBU SATU CARA BISA MEREKA LAKUKAN UNTUK MENCURI. 






Nota kaki: Sila lawat onlineshop aku ya kawan-kawan. Boleh tengok-tengok mana yang berkenan ^___* http://kikishop11.blogspot.com/

Selamat Tahun Naga 2012

Tiba-tiba mood meroyan hari ni. Tergerak hati mau blogging. Mood aku memang macam begini. Kadang-kadang datang, kadang-kadang pergi. Macam chipsmore, sekejap ada sekejap ndakda. 





Actually, sepanjang aku ndak blogging ni, aku bukan menghilang kemana pun. Cuma sedikit sibuk dengan aktiviti online shop ku. Syukurlah. Ada jugak la tambah wang poket sikit-sikit. Busy dengan facebook sampai terlupa blog online shop ni. Hari ni kena update sebab kebanyakannya SOLD OUT sudah tapi belum update. Pemalas bah. (^__*).






Aku dalam rangka menambah stok. Tapi pening mencari stok yang macam mana. Actually, aku baru mula, aku belum jumpa lagi target customer apa jenis yang macam mana. Yang tua ka, yang muda ka, yang sederhana ka. hurmm, pelan-pelan la. Tapi, aku sudah planning mau buka mini butik. Di rumah jak, still jual online, tp sesiapa yang mau tengok secara live boleh datang ke mini butik aku. Planning mau buat satu di tepi rumah ni ada tanah kosong. Hanya perancangan. Insyallah ada rezeki lebih aku buat la. Pelan-pelan orang cakap. Betul cakap si Lina Ramsah, kita akan jadi happy, bila barang yang kita jual tu, orang beli. Bila dapat duit tu. Biarpun aku bisnes kecil-kecilan tapi aku rasa kegembiraan itu. Jadi happy dan gian. Family aku memang lah jenis yang bisnes, tapi duitnya masuk dalam akaun syarikat, yang ni kita yang handle, memang best la pokoknya. Sebab tu sekarang ni aku planning mau buka mini butik. Mau buka butik di bandar, rasanya susah sikit. Online jugak yang best. Insyallah. Doakan saja ya. 






Berbalik kepada tajuk, actually aku mau wish HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada semua orang-orang cina di luar sana. Nenek aku pun cina, tapi kami ndak celebrate CNY so kurang la angpau. ^__^. Aku berharap, ditahun baru ni, rezeki aku mencurah-curah. Berkat usaha aku dan dia. Itu yang aku harapkan. Semoga planning baikkk tahun ni berjalan seperti yang dirancang. Semua aku serahkan pada ALLAH. Apa yang pasti aku sudah usaha.













Nota kaki: Sila lawat onlineshop aku ya kawan-kawan. Boleh tengok-tengok mana yang berkenan ^___* http://kikishop11.blogspot.com/

19 January 2012

Beautiful Ladies, I need your help ^___^

INI ENTRI MELEKAT. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU


Salam hari JUMAAT, kawan-kawan aku yang lawa-lawa, mau mintak tolong support aku punya onlineshop ya. Baru mula secara kecil-kecilan so i need supports from all of you.

Sesiapa yang berminat boleh order. Kalau mau window shopping pun boleh. Mana-mana jak.

Tapi paling best kalau ada yang follow blog aku tu boleh meramaikan lagi blog itu.


Segala kerjasama anda amat aku hargai.

^____________________^






KLIK PADA GAMBAR YA ^__* THANKS.

17 January 2012

Aku Rasa Aku Mau Try Campurkan VCO Dengan Foundation lah...

Ambek kau. Panjangnya tajuk. ^___*







Actually aku jumpa pic atas ni dari FB. FB milik YAYA CATALYST tu lah. Dia cakap make up akan lebih lawa kalau titiskan sedikit VCO dalam foundation. 

Agak-agak betul ka ya???


Balik ni mau try la. Manatau bagus kan. 







Nota kaki: Sila lawat onlineshop aku ya kawan-kawan. Boleh tengok-tengok mana yang berkenan ^___* http://kikishop11.blogspot.com/

13 January 2012

Cara Untuk Dapatkan Duit Hanya Dengan Online






Hah, tiba-tiba aku tergerak hati mau buat entri ni.Tapi aku rasa dulu aku pernah post pasal ni tapi biarlah. Suka aku lah mau share berapa banyak kali pun.


OK. Mari kita mula.

Aku rasa ndak ramai orang tau pasal ini. Mungkin ramai tapi lagi ramai yang ndak tau. Ada beberapa cara kita boleh lakukan untuk menambahkan pendapatan hanya dengan online. Woit.. tunggu dulu. Jangan fikir bukan-bukan. Aku bukan mau promot bisnes RM 20 hinggit tu. Ini aku cakap betul punya.Aku ada 2 benda yang aku selalu guna . Daripada aku online buta-buta, menghadap facebook, melayan twitter secara buta-buta tanpa ada keuntungan, bagus aku buat semua tu sambil tambah pendapat.



CARA 1

Blogging:


Kepada yang tidak tahu, dengan meletakkan iklan-iklan didalam blog anda, anda mampu mendapatkan pendapat tambahan. Untuk pengetahun kamu, ada antara blogger popular yang boleh mendapatkan pendapatan mencecah ribuan ringgit hanya dengan blogging. Sumpah aku ndak tipu kamu. Sebab ada yang siap post lagi gambar check dari Nuffnang. Aku pernah baca. Aku ??? Ya aku pernah dapat. Tapi tidak lah sampai riban. Aku bukan blogger popular macam diorang. Tapi at least aku pernah dapat. Berapa tu biarlah aku jak tau. Oklah daripada kamu yang online FB buta² tanpa dapat satu sen pun. Lagi-lagi yang pergi CC. membuang duit buta-buta jak kan.


Apa yang anda perlu lakukan adalah daftarkan blog anda di syarikat-syarikat pengiklanan seperti ADVERTLETS, NUFFNANG dan lain-lain lagi. Oh ya, Google Adsense pun boleh jugak. Lepas tu letakkan link iklan di dalam blog anda. 

Kepada yang rajin, pulangannya pasti berbaloi. TRUST ME.





CARA 2


Join Churpchurp:


Join Churpchurp ni paling la senang. Kita hanya perlu share jak iklan-iklan yang ditugaskankan kepada kita untuk share. Hanya dengan satu klik saja. Share jak. Semudah kacang. Sesiapa yang rajin promot, pandai promot, setiap iklan yang kita share, if ada orang klik, kita akan dapat beberapa sen(mengikut yang ditetapkan). Bayangkan sesiapa yang ada 5000++ friends di FB tu campur dengan Twitter lagi. Bayangkan kalau semua 5000 orang tu klik. FUH!! oklahkan berbaloi what. Bukan kena keluarkan apa keringat pun.

So, kepada yang baru mau join churpchurp boleh lah klik sini :




Lepas tu register la k.


Aku ndak mau tamak-tamak sendiri. Because sharing is caring, so aku share la. Aku ndak tipu ni wei. Ndak percaya tanya la blogger-blogger yang popular yang sudah pernah dapat ribu-ribu hanya dengan blogging dan join churp-churp. Eh chop, belum pernah lagi aku jumpa yang dapat riban-riban dari churpchurp tapi ratus-ratus pernah. Betul. Ndak percaya p kamu google.



Last sekali, sesiapa yang rajin tu datanglah blog aku selalu k. Kalau ada nampak iklan-iklan menarik tu, klik la kalau rajin. Tengok-tengok la apa produk yang diorang jual tu. Kadang-kadang best jugak tu.




p/s tunggu check nuffnang. LAMBAT!!!

05 January 2012

Apapun Akan Aku Lakukan Asal Dapat Duit Yang Halal

Tahun 2012 ni, aku memang nekad mau beusaha kecil-kecilan pun ndak pa. Janji ada kemasukan. Rasa boring jugak bila tiada kerja sampingan. Yalah. Orang lain boleh buat, kenapa aku tidak. 





Aku jadikan ORANG CINA sebagai idola. Biar sudah bergelar JUTAWAN pun masih mau grab bisnes yang kecil-kecil. Selagi ada peluang, diorang aka ambil. Kenapa kita melayu ndak mau? Malu?? Ya. Malu lah yang menjadi penghalang orang Melayu sekarang. Mau bisnes juta-juta. Kalau bisnes kecil-kecil ndak mau. Dorang lupa, TANPA SATU SEN, TIDAK AKAN CUKUP SATU JUTA itu. 





Dari situ, aku sudah nekad, tahun ni mau bisnes kecil-kecilan. Ndak payah lah untuk banyak-banyak. Untung sikit-sikit pun ndak pa yang penting kita ada bisnes. Mana tahu satu hari nanti akan membuahkan untuk yang juta-juta. Insyallah. 




Selain bisnes, aku jugak mahu mula aktif berblog. Ndak kisah la ada orang mau masuk ka ndak blog aku. Rezeki di tangan Allah. Tiada siapa tahu.Selagi kita berusaha pasti ada imbalannya. Begitu juga dengan churp-churp aku. Sekarang aku makin aktif dengan churp-churp. Hasilnya kebelakangan ini memberangsangkan. Betul la kata orang, kalau kita berusaha pasti berjaya.



Aku ndak kisah lah orang mau cakap aku blogging untuk dapat duit. MEMANG!! So What. Ada ramai bloggers yang dapat pendapatan lumayan hanya dengan blogging. Ada tu yang blogging suka-suka tapi pendaptan masuk. Kan namanya rezeki ALLAH. Selagi boleh berusaha, kita berusaha lah.Orang cakap sambil menyelan sambil minum air apa salahnya. 



Sekarang ni aku tengah tunggu stock barang-barang sampai. Lepas tu baru aktifkan bisnes. Buat masa ni stock belum sampai so, ndak dapat buat apa-apa. Aku mau ikut prinsip MZMZ, biar untung sikit yang penting customer kita akan datang balik kalau jual barang murah dan tidak cekik darah. Insyallah aku akan praktikkan.



Kadang-kadang aku terfikir, kalau orang lain boleh kenapa kita tidak??? kan kan kan...



So, apapun orang mau cakap, apapun orang mau fikir, aku persetankan saja. Yang penting bagi aku sekarang, aku buat apa yang aku suka dan tidak ganggu kehidupan orang lain.







Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik

Phewww!! Actually ini aktiviti terakhir aku di tahun 2011 iaitu pergi ke PULAU SEBATIK untuk pertama kalinya. For those yang tidak tahu Pulau Sebatik tu dimana, sila rujuk map dibawah ini.







Aku pergi ke Pulau Sebatik atas tujuan menghadiri perkahwinan kawan adik ipar aku dan setelah bepuluh tahun hidup di bumia TAWAU ni, ini lah kali pertama aku pergi ke Pulau tersebut. First timer tu. So sedikit excited lah.













Ini gambar jeti di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik.



Sebenarnya, aku ada tiada ambil pun gambar pengantin sebab aku malu mau keluarkan kamera aku yang ndak berapa canggih berbanding photographer yang ada di sana. So, aku simpan jak kameraku dalam beg. Lagipun keadaan cuaca yang amat panas membuatkan aku malas mau ambil gambar. So, biarkan saja.



Lepas salam pengantin, kami pun pergi berjalan-jalan di Pulau itu dengan menaiki abang OJEK. Ha ha ha. Actually, naik motor kawan adik ipar aku. Macam naik ojek pulak aku rasa. Dengan MZMZ pun aku ndak pernah naik motor. Hehehe. Tapi time tu aku beserah jak lah. Sambil pegang beg kamera, pegang handle belakang motor lagi. Punya kontrol aku duduk gara-gara nda mau bersentuhan sama abang ojek tu. Ha ha ha. Abang ojek ya. Kalau tu budak tau aku panggil dia abang ojek sure dia marah.


Sempatlah jugak aku ambil gambar-gambar dorang si Ninong ngan Lason. Gambar aku memang tiada sebab aku lebih suka ambil gambar dari bergambar.

































Gambar bawah ni pemandangan jeti ketika mau balik. Sebenarnya ndak sempat pun mau explore seluruh pulau ni sebab bot yang kami naiki tu adalah bot sewa khas oleh pengantin so kena cepat kerana ramai orang yang akan ikut untuk pulang ke Tawau semula. Terlepas bot yang ini, besok lah kau balik jawabnya.

















Sebenarnya ada perkara lucu yang berlaku semasa kami balik dari pulau tu. Memandangkan keadaan air laut yang tidak mengizinkan untuk turun di tempat sepatutnya (di BATU), bot yang kami naiki berhenti di jeti pasar ikan dan kami terpaksa turun di pasar ikan. Nasib baik lah pakai kasut flat. Aku kesian ada satu budak ni, dia pakai wedges bapak tinggi gila, mau 5 inci kali. Penuh bergaya dengan baju kurung cotton. Aku rasa time tu mesti dia rasa dia trendy gila. Tapi terpaksa lalu di pasar ikan. Tekedek-kedek jugak aku tengok dia. Malu kali.



Moral of the story, kalau mau pergi orang kawin di pulau-pulau janganlah pakai heels/wedges yang tinggi gedabak tu. Menyusahkan jak.

Litang, 2012

Hari ni, pertama kali di tahun 2012 aku pergi ke Ladang Litang,LD. Ada kerja sikit mau di buat.




Ahhh! Malasnya drive. Mau drive almost 6 jam pergi balik adalah kerja yang amat membosakan. Jadi penumpang lagi bosan. So aku lebih memilih untuk jadi pemandu.




Tapi aku rasa hari ini agak lambat sedikit lah perjalanan kami memandangkan hari ini puan besar ikut. So ndak boleh drive ikut suka hati tengkorak kaki aku. Terpaksa drive mengikut had laju yang di tetapkan. Kalau melanggar had laju, kompom mendapat bebelan dari puan besar.




Kebiasaannya, aku gerak dari Tawau jam 6.30. Tapi kali ni jam 7 nanti baru gerak. Sebabnya, si udin terpaksa hantar anaknya pergi sekolah dulu. Ahh, mana2 lah. Yang pasti, hari ni akan bakal menelan 20 biji sepurulina sebagai pemberi semangat.





Bye.





P/s rajinnya aku blogging sambil baring-baring. Thanks HP.




04 January 2012

Adlin Aman Ramli Meroyan Di MFACE??????????

First and foremost aku mau bagitau aku sudah register MFACE wei. Ha ha ha. Dan tujuan aku join sebab adik aku cakap si Adlin meroyan di MFace time Final Maharajalawak Mega hari tu. So aku register la. Saja mau tengok apa yang dia royankan.






Bukti aku sudah register. Wehewwww!!!




Ok, berbalik kepada tajuk entri. Tujuan aku buat post ni bukan mau kutuk or condemn sesiapa pun. Bukan mau condemn si Adlin tu pun. Cuma aku rasa dia ni kadang-kadang bercakap ndak berasas bah. Apa lah yang dia dengki dengan si OSBON(yang menang tu). Rezeki orang lah. Ndak kisah la dia berdua ka bertiga ka. Cukup la kan RM 3k satu orang. Sudahlah ko salah kira. 3 x 3 = 9 rasanya. Ndak pernah pulak cikgu aku ajar 3 x 3 = 12. Marah/dengki punya pasal sampai salah darab . Kelakar ndak kelakar bukan kau yang tentukan. Kau tu peserta jugak. Bukan juri. Ko tiada hak untuk pertikaikan kekelakaran seseorang. Terima lah kenyataan yang kau tu ndak lawak pun. 











Bawah ni pulak sambungan dari kisah sakit hati dia di FB terhadap ORANG DAPUR tu. HAH! Kau rasa lah apa orang/peserta AF rasa bila kau macammmm bagus komen pesembahan mereka. Apa yang ko rasa itu lah yang diorang rasa. Kau rasa kau bagus tapi si Chef Wan komen kau teruk. RASAIN LO!!!



Moral of the story, JANGAN KOMEN ORANG KALAU KAU SENDIRI NDAK DAPAT TERIMA KUTUKAN DARI ORANG LAIN!!!!










Apapun mari layan video lawak dari JOZAN( team fave aku). Patutnya Jozan yang menang!!!!










p/s sekadar meluah!!

Ciri-ciri Blog Yang Aku Akan Kunjungi Berkali-kali

• Blog yang ringan|| blog yang ringan yang aku maksudkan adalah blog-blog yang tidak terlalu sarat dengan gadget yang tidak perlu seperti jam dan lain-lain yang boleh memberatkan sesebuah blog. Bagi aku semua benda tersebut hanya akan memberatkan blog tersebut untuk loading. Jujut aku cakap, kalau blog yang berat ni, biar best macam mana pun, aku akan jarang untuk kunjungi blog mereka. Bukan tidak mau masuk, tapi serius berat. Lambat gilak untuk loading membuatkan aku bosan untuk menunggu.


• Blog yang tiada lagu || aku spesis manusia yang suka blogwalking dengan membuka tab-tab yang banyak. Biasanya aku akan buka sampai 5 tabs. Cuba bayangkan kalau kelima-lima blog yang aku buka tu ada lagu. Memang gila lahh! Kena-kena lagi lagu yang heavy. Memang gila lah. Kadang-kadang aku terpaksa mutekan laptop gara-gara lagu2 yang bercampur baur itu. Bagi aku lagu-lagu tu ndak penting sebab hanya akan membuatkan orang untuk malas berkunjung ke blog kita.




Buat masa ni blog sebegitu la yang rajin aku kunjungi. Kalau sesebuah blog itu berat dan mempunyai lagu, kebiasaannya aku hanya kunjungi sekali sekala. Bagi aku, aku ingin baca info dan cerita kawan-kawan dengan mudah dan happy tapi gangguan-gangguan sebegitu menganggu mood aku. So, daripada aku hilang mood untuk blogwalking, bagus aku ambil langkah awal untuk tidak masuk ke blog-blog yang berat itu.



P/s lately aku memang rajin blogwalking.



Wordless Wednesday #5 || I'm Jelly

02 January 2012

Al-Kisah Euro 2012 : Tiada Tempat Untuk Torres Di Euro 2012 ????? Apa Cerita lagi ni????

Bangun pagi plan mau cuci baju, tapi si mama pulak sibuk menuci pakaian bapak. Hurmm terpaksa kensel. Apa tidak. penuh aku tengok jemuran tu. Habis tu baju aku mau sidai mana???




Terpaksalah aku masuk bilik buka laptop. Selesai belek-belek Twitter, aku buka Facebook. Dan aku jumpa ini di laman Facebook Berita Harian.










 Tapi sekadar gambar lah. Entah mana beritanya. Apa yang tertulis ialah



"Mungkin tiada tempat buat Torres di Euro 2012: del Bosque. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini."




Buka BH Online nda ada pulak ceritanya. Ish. kedekut betul la BH ni. Mau jugak suruh beli BH. Menyampah! 



Buka EURO 2012 punya web pun belum ada. Ini aku malas ni. Mau explore lebih² malas la pulak. Nanti lah aku search balik.



Apapun, aku memang nda sabar tunggu 08.06.2012 - 01.07.2012 ni. Kompom masa tidur berubah lagi. 



Apa harapanku, team pilihan aku dari dulu England-Spain akan menang. 



Aku peduli apa orang cakap England ayam. Spain Ayam. Aku tetap nda berubah. Dulu kini selamanya.




Sekian dan selamat pagi. Off jap. Mau p brekafast.




01 January 2012

Santapan Pertama Di Tahun Baru 2012

Pagi tadi, bangun-bangun jak mamaku bawak pergi bandar. Berjalan-jalan katanya. Isi masa lapang dan isi keboringan. Tanpa breakfast, kami pergi ke bandar dalam jam 10. Seperti biasa, aktiviti wajib hari ahad adalah makan di Kedai Kopi Yuan Yuan. 



Kebiasaannya, aku makan soto atau pun kon lo men. Tapi hari ni bertukar selera.


Sup biasa a.k.a sup cina aku panggil. Isi kali ni aku pilih isi ikan, udang dan bebola  udang. Sangat nikmat.. Lagi-lagi untuk golongan manusia yang diserang hantu PMS macam aku ni. Licin aku kerjakan. 









Lepas ni akan menjadikan menu ini sebagai makanan wajib makan di Kedai Kopi Yuan Yuan.





p/s Tetap aku rindukan TOM YAM KEDAI KOPI WAN-WAN!!!

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2012.




Cepatnya masa berlalu. Sekarang sudah 2012. Banyak azam (konon) yang aku mau buat untuk tahun ini. Termasuklah rajin mengupdate blog pasal kehidupan aku. Aku berfikiran ingin menjadikan blog berbayar ini (punya aku tambirang, mentang² ada domain sendiri) sebagai kenangan untuk aku kenang dimasa depan memandangkan aku ni pelupa. YES. AKU PELUPA. Aku akuinya. ^__^ . 




Apa jua yang aku post di blog ini hanya sekadar untuk kenangan. Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk. Terpulang kepada persepsi orang. INI BLOG AKU. Bukan FACEBOOK. So aku berhak untuk masukkan apa jua yang aku perlu kerana DOMAIN BLOG INI AKU BAYAR. So aku ada hak untuk buat apapun termasuklah mengutuk, memaki hamun,memuji dan lain-lain. Kepada yang tidak berpuas hati, itu hak anda. Kepada yang bosan itu pun hak anda. Aku tidak berhak untuk suruh kamu suka dan PAKSA kamu baca blog ini.  





Entri 2012 dimulakan dengan revolusi bilik aku. YEAH!! Hari ini aku rajin untuk kemas bilik aku yang rasanya seminggu eh dua minggu sudah seperti TONGKANG PECAH! Dan tika aku tengah taip entri ini, bilik sudah selesai dikemas. AHH! Gembiranya.


















Tapi benda paling aku suka adalah lampu dan lilin itu. Dua-dua hasil dari songlapan dari luar. Lampu tu actually lampu yang ada patung ² ikan tu dan lampu dia tukar² warna. Dulu diletakkan di ruang tamu tapi memandangkan tiada sudah ruang untuk di ruang tamu, mamaku letaknya di dapur. So, tiba-tiba la aku dapat idea untuk curik bawak masuk bilik. boleh guna sebagai lampu bilik. 




Comelnya lah bah bilik aku sekarang ni. Begitu jugak dengan lilin tu. Aku songlap dari luar jugak. Pokoknya, tahun 2012 aku ber-environment baru . BEST!!!




Sekian!!




p/s sedang berfikir-fikir list 2012. Semoga!!!