05 January 2012

Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik

Phewww!! Actually ini aktiviti terakhir aku di tahun 2011 iaitu pergi ke PULAU SEBATIK untuk pertama kalinya. For those yang tidak tahu Pulau Sebatik tu dimana, sila rujuk map dibawah ini.







Aku pergi ke Pulau Sebatik atas tujuan menghadiri perkahwinan kawan adik ipar aku dan setelah bepuluh tahun hidup di bumia TAWAU ni, ini lah kali pertama aku pergi ke Pulau tersebut. First timer tu. So sedikit excited lah.













Ini gambar jeti di Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik.



Sebenarnya, aku ada tiada ambil pun gambar pengantin sebab aku malu mau keluarkan kamera aku yang ndak berapa canggih berbanding photographer yang ada di sana. So, aku simpan jak kameraku dalam beg. Lagipun keadaan cuaca yang amat panas membuatkan aku malas mau ambil gambar. So, biarkan saja.



Lepas salam pengantin, kami pun pergi berjalan-jalan di Pulau itu dengan menaiki abang OJEK. Ha ha ha. Actually, naik motor kawan adik ipar aku. Macam naik ojek pulak aku rasa. Dengan MZMZ pun aku ndak pernah naik motor. Hehehe. Tapi time tu aku beserah jak lah. Sambil pegang beg kamera, pegang handle belakang motor lagi. Punya kontrol aku duduk gara-gara nda mau bersentuhan sama abang ojek tu. Ha ha ha. Abang ojek ya. Kalau tu budak tau aku panggil dia abang ojek sure dia marah.


Sempatlah jugak aku ambil gambar-gambar dorang si Ninong ngan Lason. Gambar aku memang tiada sebab aku lebih suka ambil gambar dari bergambar.

































Gambar bawah ni pemandangan jeti ketika mau balik. Sebenarnya ndak sempat pun mau explore seluruh pulau ni sebab bot yang kami naiki tu adalah bot sewa khas oleh pengantin so kena cepat kerana ramai orang yang akan ikut untuk pulang ke Tawau semula. Terlepas bot yang ini, besok lah kau balik jawabnya.

















Sebenarnya ada perkara lucu yang berlaku semasa kami balik dari pulau tu. Memandangkan keadaan air laut yang tidak mengizinkan untuk turun di tempat sepatutnya (di BATU), bot yang kami naiki berhenti di jeti pasar ikan dan kami terpaksa turun di pasar ikan. Nasib baik lah pakai kasut flat. Aku kesian ada satu budak ni, dia pakai wedges bapak tinggi gila, mau 5 inci kali. Penuh bergaya dengan baju kurung cotton. Aku rasa time tu mesti dia rasa dia trendy gila. Tapi terpaksa lalu di pasar ikan. Tekedek-kedek jugak aku tengok dia. Malu kali.



Moral of the story, kalau mau pergi orang kawin di pulau-pulau janganlah pakai heels/wedges yang tinggi gedabak tu. Menyusahkan jak.

No comments:

Post a Comment