30 April 2013

Kesian Aysh!

Kesian Aysh. Bibir bengkak sebab ulser.Semoga Aysh cepat sembuh ya. We Love U...







29 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Kad Kahwin

Sebenarnya kad-kad ni sampai jumaat lepas. Al-maklum, 2 3 hari ni mood malas menjelma. Hujung "bulan" katakan. Macam aku pernah beritahu, aku order kad kahwin ni dari KAD KAHWIN JANZA (boleh google ya kalau mau link fb, al-maklum aku blogging guna hp, susah mau bagi link) , package yang sangat buat aku puas hati. Paling aku suka customize envelope dia. Buat kad-kad aku nampak mewah walaupun sekeping cuma. Tapi wa cakap lu, seSIMPLE-SIMPLE kad aku, ada kad yang mak aku dapat lagi simple. OMG , sangat mustahillah aku buat kad sesimple itu, pakai cover folio. Oh tidak! Walaupun orang cakap, kad kahwin tidak perlu mewah, sebab, lepas baca undangan orang akan campak masuk tong sampah jugak, tapi kad kahwin merupakan salah satu element penting dalam sesebuah perkahwinan. So wajib sediakan yang simple tp menarik.


Aku planning untuk edar kad 2 minggu sebelum tarikh kahwin, so untuk 2 minggu pertama dibulan Mei ini adalah misi untuk memerah otak mengingat nama-bama yang perlu dijemput. Kena ingat secara detail. Al-maklum, takut terlupa. Nanti lupa, ada yang merajuklah, marahlah. So memang kena prepare awal-awal list. (^___^)



Love,
rinadorina bahar


P/s oh souviner....

25 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation: Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita Sudah Siap YEAHH!!!

Assalamualaikum

Semalam selesai kerja-kerja untuk menyiapkan balang plastik jenama FAREEDA NYATA JELITA hasil bantuan sepupu-sepapat. Terima kasih ya wahai sepupu sepapatku. Malam ni kita rehat. Minggu depan akan ku kerah lagi tenaga kamu.





36 days untill we tie the knot. Rasa macam banyak benda belum setel, tapi bila berada dirumah rasa macam semua sudah selesai. Macam mana tu? 


Aku plan untuk berehat dari cari stock untuk KIKI e-SHOP start Mei nanti memandangkan banyak stock aku ambil bulan ini. Lagipun takut ndak terlayan kalau handle kerja kahwin dan urusan bisnes sekali gus. Nanti pas kahwin baru fikir pasal kedai. Tapi sepanjang bulan tu, kedai masih buka seperti biasa untuk jual baju-baju yang ready in stock tu. 




Love,
rinadorina bahar




p/s mood menaip aku hilang sebab si tiar ni malar becakap. Baru laju betul dia becakap. Kadang-kadang aku ndak faham dan menjadikan aku balik-balik cakap... apa?? aaa?? apa?? rasa macam aku ni pekak!

24 April 2013

IKLAN KIKI e-SHOP TAWAU : Chiffon Dress with Belt

Assalamualaikun dan selamat pagi,

Ada sesiapa berminat dengan chiffon dress with belt ini? Harga Rm 59 sahaja. Yang bawah ni free size. Details adalah seperti dibawah:

Measurement: Length: 140cm Bust: 90cm Shoulder: 36-38cm Sleeve: 47cm
Material : Chiffon With Silk Inner Lining

Free size


Ada lagi corak lain yang boleh anda miliki. Untuk keterangan lanjut boleh lawati FB page KIKI eSHOP Tawau.


Love,
rinadorina bahar

23 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Borong Brooch Kali Kedua

Pagi tadi, aku pergi memborong 2 dozen brooch lagi. Semangat dan nafsu tamak menguasai diri. Aku plan mau buat sekembang mampu bouquet aku tu. Tapi asal kamu tau, memang agak sakit lah jugak jari jemari aku menyediakan kuntuman itu. Al-maklum, pakai dawai saiz 20. So agak besar dan keras. Tapi demi mendapatkan jambangan bunga yang lawa, luka pun aku rela.




P/s balang Fareeda Nyata Jelita ada yang sudah siap. Yehuuuuu

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita

Assalamualaikum...

38 days until we tie the knot....


Semalam, bermulalah misi pengerahan tenaga sepupu sepapat. Misi kami dimulakan dengan balang plastik jenama Fareeda Nyata Jelita. Ha ha ha. Nama tu paling grand walaupun hanya dibuat dari balang plastik biasa yang berharga RM1.20 sebiji.Itu pun beli di Survay Hupermarket kalau beli di gudang di Kampung Titingan, silap-silap boleh dapat RM1 sebiji.


Pada mulanya, aku berniat untuk buat yang simple-simple saja, asal dapat cover penutup dia yang merah menyala tu dengan kain satin dan ribbon mengikut warna tudung paddle pop jenama Fareeda yang hot itu. So aku hanya beli ribbon, span, kain dan satin saja. Oh lupa termasuk bunga ribbon untuk perhiasan. Tapi al-maklumlah, keluarga aku ni kadang-kadang super creative jugak, diorang suruh aku beli renda-renda lagi. Ok fine. Saya ikut sahaja kehendak kalian. Asal kalian happy (^___^)//. So hari ini misi aku untuk cari renda dan malam nanti misi kerahan tenaga akan disambung semula. Kerja-kerja semalam stop setakat balut penutup dengan kain satin sahaja. Tergendala akibat belum ada renda. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Sekian.











P/s brooch ndak cukup. Hari ni mau memborong lagi.

22 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Brooch Bouquet

Assalamualaikum...


39 days untill we tie the knot...


Dibawah ini adalah hasil daripada memborong brooch di Fanika pagi tadi. Hasil bantuan my future MIL. First, time aku datang, dia tanya aku mau buat apa dengan brooch banyak-banyak. At last bila aku bagi tunjuk contoh, eh... dia lagi tolong pilihkan. He he he. Masa beli tadi, aku rasa macam banyak so aku stop, Bila sudah buka plastik, hasilnya adalah sedikit. Menurut tutorial yang aku tengok tu , dia perlukan at least 40-50 biji brooch. Tapi aku cuma memilik 30++ brooch besar dan yang kecil ada lebih kurang 20++. Aku rasa ndak cukup dan petang ni aku mau memborong lagi. 








Sebenarnya, idea ni datang dari cousin aku, dia yang suruh aku buat bouquet pakai brooch. Tapi sebenarnya dua tahun lepas, BFF aku sudah pernah buat. Tapi mungkin kali ni aku mau buat besar sikit dari si dD. FMIL aku cakap, kasi kembang. Oh yeah. Aku ni macam biasalah, semangat jak berkobar-kobar, entah jadi entah tidak. Apa-apa pun nanti kita share hasilnya. Hasilnya nanti share lepas kahwin la baru surprise. 







Kain untuk buat viel pun sudah beli. Sekali beli dengan kain satin untuk toples kacang. Hasilnya nanti aku kongsi ya. Yang pasti semua kongsi selepas kahwin baru surprise. Sekarang ni aku just mau buat checklist mana yang belum mana yang sudah. Harap-harap semua berjalan lancar.





P/S malam ni bermulalah sudah masa untuk MENGERAH TENAGA SEPUPU SEPAPAT!!!




Love, 
rinadorina bahar

20 April 2013

IKLAN KIKI e-SHOP TAWAU : Fishtail Lycra Peplum

Assalamualaikum. 



Ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Fishtail Lycra Peplum seperti dibawah ini atau seperti yang saya pakai warna pink itu?? Boleh dapatkannya dari KIKI eSHOP TAWAU







Material : Lycra 
Size : Free Size (fit from L to 2XL) 
Stretchable : Yes 
Thickness : Normal 
Price : RM 49

Measurement: 
Shoulder Width :37 - 46cm 
Armhole: 40cm 
Bust: 86 - 112cm 
Waist: 82 - 110cm 
Length :66 - 92cm






Ini contoh aku pakai time kawinan abang si nonong. Aku pakai skirt hijau sebab shawl aku hijau pink. Trep-trep colour blocking la. Tapi serius cakap aku rasa bergaya gila time pakai baju ni. Aku plan nanti mau tambah pearl di baju ni so raya boleh pakai lagi. (^___^)//





Love,
rinadorina bahar

Jangan Perasan Boleh?????

Assalamualaikum...


Bukan niat mengubah ciptaan ALLAH. Aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki. Cumanya aku mau buktikan pada semua orang, jangan mudah percaya bila seseorang tu post gambar lawa-lawa tahap gila lawa tu. Antara dua jak tu, samada make-up 10 inci atau edit guna perfect 365.  



Bagi aku, mau tengok seseorang tu PERFECT 365 cantik adalah ketika dia tidak pakai satu make up pun. Yang natural beauty kata orang putih. Kalau sudah make up, muka nenek pun boleh jadi lawa.Percaya ndak??? Sila percaya... Gambar bawah ini adalah real. Dan tahniah kepada jurusoleknya kerana berjaya mengaburi mara orang ramai. (^___^)







Gambar bawah ini pula adalah hasil dari editan berjaya menggunakan Perfect365. Sila jangan percaya gambar sebelah kanan itu kerana ianya hanya edit semata-mata. Aku masih ada perasaan SEDAR DIRI yang aku tidak selawa itu. Tapi kalau ada jurusolek yang mampu buat aku selawa itu, fulaweiii... lu memang  hebat wa cakap lu.








Apa-apapun, sila jangan ambil serious dengan editan diatas. Aku tau mesti ramai mulut-mulut busuk yang mengata aku ubah ciptaan ALLAH. Aku tiada niat. Asal anda tau, itu cuma editan. Just for fun. Siapa ambil serious aku cocok mata kamu sana. Bye.


note: gambar atas sekali adalah bersumberkan FB.



Love, 
rinadorina bahar

Shawl Lace Halfmoon PERCUMA!!!!

Assalamualaikum..dan selamat berhari bersabtu, selamat mendengar nama calon-calon PRU13.

Wahhhhhhhhh... Lama ndak ikut contest ni tapi ada seorang blogger yang invite so aku join saja walaupun sejak start blogging sampai sekarang, kalau join contest mana pernah menang pun . Tapi apa bilang orang tu, cuba nasib, mana tau ada rezeki (^__^).

Here there are..





Aku sejujurnya, tidak tahu mau review contest ni macam mana sebabnya sudah berkurun tidak join contest. Tapi sejujurnya jugak, kalau aku menang shawl lace tu, aku akan request warna hijau turquoise sebab planning aku dan bakal suami raya pertama mau pakai warna itu. Baju bakal suami sudah hantar, tinggal baju aku jak belum Sebabnya, makcik tukang jahit sebelah rumah sibuk jahitkan baju untuk makcik-makcik aku, sepupu sepapat aku pakai time maljlis aku nanti. Mesti best kan raya pertama bersama suami pakai shawl free. 

So, kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan shawl halfmoon free masa raya, boleh la cuba-cuba nasib untuk sertai contest ni. Senang jak. Apa-apahal boleh refer  SINI.





Love , 
rinadorina bahar

18 April 2013

DECO JIMAT!

Assalamualaikum.


Since semalam aku sudah kalah poker, so hari ni ndakda bawak balik laptop. Malas pun iya jugak. Malas mengusung. So, aku dengan rasa yakin dan penuh semangat telah membuat bunga tisu yang mana paper crepenya sudah berminggu aku beli. Masa baru beli hari tu ada jgk try buat satu, first timer katakan. Menjadi lah. Tapi time tu rasa malas plak mau sambung buat. Konon-konon, awal lagi. So tadi aku merajinkan diri. Hasilnya....



Aku ni bukan jenis manusia kreatif, tapi aku suka mencuba sesuatu yang bagus untuk dipelajari yang boleh membuatkan aku nampak kreatif walaupun kadang-kadang semangat aku ni hangat-hangat tahi ayam jak pun. Tapi kata orang, kalau rajin mencuba, pasti akan peroleh ilmu (cewah). 


Sebenarnya, aku mau cari tanglung-tanglung untuk dijadikan perhiasan di area makan pata jemputan. Sekadar untuk dijadikan hiasan dan penyejuk mata. Al-maklum, majlis berlangsung di kawasan rumah sahaja. Famiy aku ndak suka kawin di dewan-dewan ni, kesian orang kampung yang tiada teansport kata mamakku. So bagi aku ndak kisah lah kawin dimana pun, asalkan kita bijak mengatur. Bagi aku sesebuah majlis itu tidak perlu mewah, tidak perlu pelaminan yang harga puluh ribu. Apa yang penting, semangat kekeluargaan tu ada. Semangat gotong royong. Seperti kata uztaz time kursus, sebaik-baik majlis perkahwinan, makanannya dimasak sendiri oleh ibu pengantin. So kalau harap mamakku yang masak semua silap-silap pengsan mamakku. So apa yang paling penting kerjasama penduduk kampung. Al maklum la cucu tuan tanah. Ha ha ha . 


Dipendekkan cerita, inilah idea baru yang bakal aku jadikan sebagai salah satu perhiasan untuk majlis aku nanti yang aku beri nama, DECO JIMAT!!!!




P/s idea banyak cuma kemampuan saja yang ndakda. Dalam erti kata lain NAFSU jak lebih (^___^)//

Yang Ringkas Itu Menarik

Assalamualaikum...


44 hari lagi. Oh my... Cepatnya masa berlalu. Aku menghitung hari dari 100++ sampai sekarang sudah 2 bulan berlalu. Lagi 44 hari dan aku rasa aku sudah patut start gear 1. Benda-benda kecil patut disediakan.


Benda first yang aku boleh start buat adalah bekas untuk makanan ringan. Ala yang orang selalu letak atas meja makan tetamu tu macam kacang-kacang tu. aku dan mak plan mau hiaskan bekas plastik tu dengan hiasan sederhana. Warna wajib 3 lah kan ikut warna tema. Malam ini atau hijung minggu ni akan aku kerah tenangan sepupu sepapat, si ninong dan jugak anak-anak buah ku. SEDIA KAMU ARR! Hari ni aku pergi cari kain satin dan riben. Malam ni aku usaha buat seberapa yang mampu. Al-maklum, ada 45++ bekas yang mau dihias. Apa guna ada sepupu sepapat kalau 45-45 tu aku yang kasi siap. Ehewww! He he he...


Oh ya berbalik kepada tajuk asal (uisehhh) , apa yang aku mau cakap sebenarnya pasal pelamin. Apa yang mampu aku cakap pasal pelamin si nonong aka bakal mak andam aku, I LOVE YOUR JOB. Ya bukan pelaminan aku. Pelamin aku belum lagi. Tapi hasil kerja si nonong ni memang aku suka. Biarpun orang cakap pelaminnya simple or ada yang cakap macam hiasan rumah, tapi itulah pelamin zaman sekarang. Bagi aku lah. Aku ndak tau lah pulak bagi manusia-manusia yang beranggapan sebuah pelamin itu perlu ada berjuta bunga. Perlu ada berjuta tiang-tiang. Ah aku tidak suka itu. Aku perlukan pelamin yang ringkas tapi sedap mata orang memandangnya dan thanks Nonong sebab kau manusia yang kreatif. Mungkin itu bezanya pemikiran orang tua dan muda. He he he... Maaf kalau ada yang terasa. Apapun jangan risau nonong, akan aku bantu semampu mungkin untuk bagi kau prop-prop yang aku hanya cuma mampu beli tapi tidak berapa kreatif untuk menghias. *smile* .



Kepada yang minat dengan hasil kerja si nonong boleh cari dia di FB she_izyan. Tapi sorry 30/5/13 dan 1/6/13 dia aku punya!



nota kaki tangan dan mulut:Kad belum sampai.badge sudah tempah. Sticker sudah sampai. Kasut kawin 2/5/13 dijangka siap. Baju kahwin belum jumpa si aunty. Veil lagi hampes belum ada dalam kepala otak. Oh tidak!!!!



Love,
rinadorina bahar







ps/ gambar curi dari FB Nonong. :D

17 April 2013

Selamat Ulangtahun Bapak

Hari ni 17/4/2013 , ulangtahun bapak yang ke 51 tahun.


Selamat Ulangtahun Bapak, Hj. Bahar Lausin. Semoga rezeki makin bertambah. Diberikan kesihatan yang baik dan dijauhi dari segala penyakit. AMIN.




Love,
rinadorina bahar.

Printed Wide Shawl

Assalamualaikum. Hari ni mau cerita pasal printed wide shawl. Kain cotton yang sangat selesa dipakai dikala cuaca di Tawau sekarang ni sangat la panasnya. Bersaiz 180cm x 80cm. Kepada yang berminat boleh lawati FB page kami KIKI ESHOP TAWAU . Harga RM 20/pc sahaja. Beli 2 pcs keatas boleh beli dengan harga RM 18/helai. Sesiapa berminat boleh inbox fb page, sms atau whatsapp 0168453085 ya kawan-kawan.









Apa kelebihan shawl lebar dan panjang ini? Boleh digayakan seperti square scarf (bawal) ya kawan-kawan.
Tutorial dia macam RITA RUDAINI buat ni .




Hasil dia lebih kurang macam yang adik saya pakai ni la..





Bawah ni antara koleksi yang ada. Koleksi lain boleh klik SINI






Love ,
rinadorinabahar

13 April 2013

PLAIN LONG SKIRT

Assalamualaikum and happy sunday.
Hari ni kita mulakan kehidupan dengan iklan Kiki e-Shop Tawau. Kepada yang berminat dengan plain long skirt boleh dapatkan dari FB page kami. Harga RM38 sahaja. Boleh digayakan pelbagai cara mengikut kesukaan anda. Sangat selesa dan sangat best!



Love,
Rinadorina Bahar

12 April 2013

Hi Si Plus Size, Anda Juga Boleh Bergaya


Anda plus size? Ingin bergaya dengan PEPLUM tapi sukar untuk mendapatkan saiz yang sesuai?? Anda berhak untuk bergaya. Dapatkan koleksi PEPLUM PLUS SIZE dari KIKI e-SHOP TAWAU.


11 April 2013

Happy Birthday Ibu dan Ayah Aysh!








Birthday Ibu Aysh 10 April. Birthday Ayah Aysh 12 April. So, HAPPY BIRTHDAY YA IBU DAN AYAH AYSH ARYAN. SABTU baru kita celebrate ok. 

51 Hari Menuju Hari Kemuncak

It's 51 days until my big day. Segala persiapan berjalan seperti biasa. Banyak benda belum setel pun. Baju nikah masih dengan tailor. Paling sadis veil nikah belum ada dan aku masih bisa releks. Ya releks. Releks konon sebab aku jenis manusia yang suka buat kerja last minute. Baru rasa mencabar. I was planning untuk buat veil nikah sendiri. Aku ni ndak kreatif tapi suka mencuba. First aku plak mau upah orang buat, tapi memandangkan baju belum siap jadi aku ndak berani mau suruh orang buat sebab nanti ndak sama dengan baju. Lain plak. So, dengan semangat waja, aku plan mau buat sendiri. Apa result dia kita nantikan saja. 


Oh ya cerita pasal persiapan kawin, ada beberapa lagi yang belum siap. Bawah ni checklist untuk aku kaji-kaji supaya last minute aku ndak membawa padah.


- Kad kahwin : tengah print. masih dengan orang yang buat kad sebab sekarang tengah print banner, penunjuk arah dan sampul. Aku order dari Semenanjung. Bapak jauh kan. Bukan apa, package dia bagi memang berbaloi. Full package la. 1000 pcs kad, sampul bercetak, banner, penunjuk arah dan ada pocket kalendar. Harga pun berbaloi. So sesiapa yang berminat untuk dapatkan package yang macam aku beli boleh dapatkan dari KAD KAHWIN JANZA .Seminggu sebelum tarikh sanding baru edar kad. 

Souvenir :   Selamat usung dari Bandung last month. Yang simple saja memandangkan aku beli banyak. 800 pcs usung dari Kota Bandung dan harap2 cukup . Berniat untuk cari lagi 200 pcs. Tapi macam tambirang pulak kan kalau jemputan ndak sampai 1000 yang hadir. Tapi ndakpa. Persediaan. Biar murah asal semua dapat. I still remember, bukan mengaibkan tapi untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri. Majlis persandingan seorang kawan. Serius majlis dia 'macam' hebat. Ada photobooth, pelamin gempak. Mau jugak RM 5K pelamin dia tu. Semua gempak la. Kira macam 'A PERFECT WEDDING' lah for her. But malangnya, tidak perfect bg aku bila tetamu yang datang tidak dilayan. Souvenir pun aku ndak dapat. Bukan jugak mengharap, tapi itu paling aku utamakan. Biar murah asal ada ole2 untuk tetamu. Oh ya. Sticker untuk souvenir baru sampai kemarin. Nanti mau mengusung sepupu sepapat untuk tampal. 

- Barang Hantaran :  Almost done. Tinggal beberapa lagi barang untuk En. Tunang. Barang aku setel. Al-Maklum 7 berbalas 9. So barang En. Tunang ni yang banyak. Lagi satu, susah sikit. Kalau mau beli kena tanya dia dulu. Takut ndak suka. Dia ni kadang, ndak suka membazir, bila aku suka, dia ndak suka. Dia cakap mahal. Sudahnya aku ndak jadi beli. Aku bukan apa, aku takut nanti orang cakap aku kedekut. Ha ha ha. Oh ya. No gadget untuk barang hantaran. So nootttttttt me. 

- Bilik : Almost done jugak. Katil beli baru. King size. hah ambek ko puas hati aku! Almari untuk bakal orang baru pun sudah beli. 4 pintu. Puas hati jugak. Tinggal langsir.Langsir nanti beli yang ready made senang. Cadar sudah beli time di Bandung. Mengusung lagi. Serius sana murah. Standard Akemi malah rasanya lagi better dari AKEMI, harga sana baru Rp. 450K. kalau sini mau kau sampai riban-riban. 

- Bab imam, wali, kadi dan sebagainya sudah setel.

- Bab mak andam, sudah assign. Tapi sekarang mak andam busy urus majlis abang dia. So start minggu depan baru follow up dengan dia.

- Bab persiapan hidangan, start minggu ni baru tolong mamak shopping. Kami ndak ambil catering. Mamak ndak suka. Takut ndak cukup dan satu lagi mahal. Bagus masak sendiri. paling afdal bilang Uztaz (time kursus kahwin), hidangan masa majlis dimasak sendiri oleh mak pengantin perempuan. Tapi kali usia menghalang mamakku. Tapi ndak apa, asal makanan cukup untuk tetamu.

Setakat ni itu saja checklist. Kalau ada kurang nanti di update lagi. Petang ni mau singgah tempat tailor tanya apa cerita sudah baju nikahku. 


Bye. 

Assalam.



*** mood blogging tiba2 melabung tinggi