29 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Kad Kahwin

Sebenarnya kad-kad ni sampai jumaat lepas. Al-maklum, 2 3 hari ni mood malas menjelma. Hujung "bulan" katakan. Macam aku pernah beritahu, aku order kad kahwin ni dari KAD KAHWIN JANZA (boleh google ya kalau mau link fb, al-maklum aku blogging guna hp, susah mau bagi link) , package yang sangat buat aku puas hati. Paling aku suka customize envelope dia. Buat kad-kad aku nampak mewah walaupun sekeping cuma. Tapi wa cakap lu, seSIMPLE-SIMPLE kad aku, ada kad yang mak aku dapat lagi simple. OMG , sangat mustahillah aku buat kad sesimple itu, pakai cover folio. Oh tidak! Walaupun orang cakap, kad kahwin tidak perlu mewah, sebab, lepas baca undangan orang akan campak masuk tong sampah jugak, tapi kad kahwin merupakan salah satu element penting dalam sesebuah perkahwinan. So wajib sediakan yang simple tp menarik.


Aku planning untuk edar kad 2 minggu sebelum tarikh kahwin, so untuk 2 minggu pertama dibulan Mei ini adalah misi untuk memerah otak mengingat nama-bama yang perlu dijemput. Kena ingat secara detail. Al-maklum, takut terlupa. Nanti lupa, ada yang merajuklah, marahlah. So memang kena prepare awal-awal list. (^___^)



Love,
rinadorina bahar


P/s oh souviner....

No comments:

Post a Comment