Assalamualaikum...
Bukan niat mengubah ciptaan ALLAH. Aku sudah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki. Cumanya aku mau buktikan pada semua orang, jangan mudah percaya bila seseorang tu post gambar lawa-lawa tahap gila lawa tu. Antara dua jak tu, samada make-up 10 inci atau edit guna perfect 365.
Bagi aku, mau tengok seseorang tu PERFECT 365 cantik adalah ketika dia tidak pakai satu make up pun. Yang natural beauty kata orang putih. Kalau sudah make up, muka nenek pun boleh jadi lawa.Percaya ndak??? Sila percaya... Gambar bawah ini adalah real. Dan tahniah kepada jurusoleknya kerana berjaya mengaburi mara orang ramai. (^___^)
Gambar bawah ini pula adalah hasil dari editan berjaya menggunakan Perfect365. Sila jangan percaya gambar sebelah kanan itu kerana ianya hanya edit semata-mata. Aku masih ada perasaan SEDAR DIRI yang aku tidak selawa itu. Tapi kalau ada jurusolek yang mampu buat aku selawa itu, fulaweiii... lu memang hebat wa cakap lu.
Apa-apapun, sila jangan ambil serious dengan editan diatas. Aku tau mesti ramai mulut-mulut busuk yang mengata aku ubah ciptaan ALLAH. Aku tiada niat. Asal anda tau, itu cuma editan. Just for fun. Siapa ambil serious aku cocok mata kamu sana. Bye.
note: gambar atas sekali adalah bersumberkan FB.
Love,
rinadorina bahar
No comments:
Post a Comment