23 April 2013

rinaNzam Wedding Preparation : Part - Balang Plastik Jenama Fareeda Nyata Jelita

Assalamualaikum...

38 days until we tie the knot....


Semalam, bermulalah misi pengerahan tenaga sepupu sepapat. Misi kami dimulakan dengan balang plastik jenama Fareeda Nyata Jelita. Ha ha ha. Nama tu paling grand walaupun hanya dibuat dari balang plastik biasa yang berharga RM1.20 sebiji.Itu pun beli di Survay Hupermarket kalau beli di gudang di Kampung Titingan, silap-silap boleh dapat RM1 sebiji.


Pada mulanya, aku berniat untuk buat yang simple-simple saja, asal dapat cover penutup dia yang merah menyala tu dengan kain satin dan ribbon mengikut warna tudung paddle pop jenama Fareeda yang hot itu. So aku hanya beli ribbon, span, kain dan satin saja. Oh lupa termasuk bunga ribbon untuk perhiasan. Tapi al-maklumlah, keluarga aku ni kadang-kadang super creative jugak, diorang suruh aku beli renda-renda lagi. Ok fine. Saya ikut sahaja kehendak kalian. Asal kalian happy (^___^)//. So hari ini misi aku untuk cari renda dan malam nanti misi kerahan tenaga akan disambung semula. Kerja-kerja semalam stop setakat balut penutup dengan kain satin sahaja. Tergendala akibat belum ada renda. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah. Sekian.











P/s brooch ndak cukup. Hari ni mau memborong lagi.

2 comments:

  1. cantik jg kalau pakai kain satin kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya... ini belum siap lagi. ada sudah yg ada renda..:D

      Delete