18 April 2013

DECO JIMAT!

Assalamualaikum.


Since semalam aku sudah kalah poker, so hari ni ndakda bawak balik laptop. Malas pun iya jugak. Malas mengusung. So, aku dengan rasa yakin dan penuh semangat telah membuat bunga tisu yang mana paper crepenya sudah berminggu aku beli. Masa baru beli hari tu ada jgk try buat satu, first timer katakan. Menjadi lah. Tapi time tu rasa malas plak mau sambung buat. Konon-konon, awal lagi. So tadi aku merajinkan diri. Hasilnya....



Aku ni bukan jenis manusia kreatif, tapi aku suka mencuba sesuatu yang bagus untuk dipelajari yang boleh membuatkan aku nampak kreatif walaupun kadang-kadang semangat aku ni hangat-hangat tahi ayam jak pun. Tapi kata orang, kalau rajin mencuba, pasti akan peroleh ilmu (cewah). 


Sebenarnya, aku mau cari tanglung-tanglung untuk dijadikan perhiasan di area makan pata jemputan. Sekadar untuk dijadikan hiasan dan penyejuk mata. Al-maklum, majlis berlangsung di kawasan rumah sahaja. Famiy aku ndak suka kawin di dewan-dewan ni, kesian orang kampung yang tiada teansport kata mamakku. So bagi aku ndak kisah lah kawin dimana pun, asalkan kita bijak mengatur. Bagi aku sesebuah majlis itu tidak perlu mewah, tidak perlu pelaminan yang harga puluh ribu. Apa yang penting, semangat kekeluargaan tu ada. Semangat gotong royong. Seperti kata uztaz time kursus, sebaik-baik majlis perkahwinan, makanannya dimasak sendiri oleh ibu pengantin. So kalau harap mamakku yang masak semua silap-silap pengsan mamakku. So apa yang paling penting kerjasama penduduk kampung. Al maklum la cucu tuan tanah. Ha ha ha . 


Dipendekkan cerita, inilah idea baru yang bakal aku jadikan sebagai salah satu perhiasan untuk majlis aku nanti yang aku beri nama, DECO JIMAT!!!!




P/s idea banyak cuma kemampuan saja yang ndakda. Dalam erti kata lain NAFSU jak lebih (^___^)//

2 comments:

  1. yang penting kena rajin n belajar...macam sy dulu skrg dah boleh buat bisnes kecik2...semuanya belajar sendiri dari pemerhatian...banyak je youtube dok ajar kan he3..

    jemput join contest
    http://izyanty.blogspot.com/2013/04/giveaway-contest-izyanty-collection-2013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun belajar dr blog orang dan youtube :D..

      Delete