27 August 2012

Kehidupan

Kadang-kadang, kehidupan ni tidak adil. Oh bukan dan tidak sesekali aku salahkan takdir. Cuma aku terfikir, kenapa harus begini(๑•̌.•̑๑)ˀ̣ˀ̣

Susah sangat ka untuk mencari kebahagiaan(๑•̌.•̑๑)ˀ̣ˀ̣ Mungkin tidak bagi kamu. Tapi ya bagi aku. Menjadi anak perempuan sulung yang konon-konon menjadi waris kepada bisnes yang bapak aku miliki amatlah berat. Lagi-lagi aku bukanlah wanita cantik yang menjadi idaman tiap lelaki yang kaya dan kacak diluar sana. Sudah ditemukan dengan lelaki yang sederaha tapi mampu membahagiakan aku sudah cukup bagi aku. Tapi mungkin tidak bagi orang tuaku. Bila harta menjadi ukuran, percayalah, kebahagiaan sukar untuk ditemui. Kadang2 aku rasa aku ingin kembali kezaman kesederhanaan keluargaku. Yang hidup dalam kesederhanaan dimana bukan harta yang menjadi ukuran.

Tipu kalau aku cakap aku tidak ada perasaan cemburu dengan kawan seusiaku. Yang bahagia dan gembira punya keluarga sendiri. Kadang-kadang aku terfikir, bila turn aku ya?? Dan percaya atau tidak, kini aku sudah putus asa. Bukan melawan takdir, tidak sesekali. Tapi, keadaan! Keadaan tidak mengizinkan. Ya! Mungkin takdir aku begini. Dan aku pasrah. Bukan sekali. Tapi sudah berkali-kali aku gagal! Dan kali ini aku serahkan semuanya pada yang Esa. Dia lebih mengetahui kerana Dia yang atur kehidupan aku begini. Mungkin.. Aku kata mungkin.. Aku adalah salah seorang waris Arwah nenek Merah. Pergi dari dunia ini tanpa meninggalkan seorang pun waris. Who knows kan?



16 August 2012

Bersarang!!

Lama rasanya ndak memblogkan diri. Ahhh. Sungguh aku lupa denganmu wahai blogku. Serasa aku bulan depan ulangtahunmu ber dot com. Ahh. Belum renew domain. Will do it as soon as posibble.

Lately,i mean 3-5 bulan kebelakangan ni, aku betul2 busy. Seakan aku lupakan semuanya pasal kewujudan blog ini. Ahh. Benci lah begini. Aku just berharap, lepas ni aku akan lebih rajin lagi. Serajin aku memajukan Kiki e-Shop.



Amin!!!