28 October 2010

...TBU : Tawau Bloggers Unity...

APA itu TBU???

PENGENALAN.
Tawau Bloggers Unity bukanlah sebuah persatuan atau pertubuhan rasmi yang mewakili mana-mana pihak yang berkepentingan tapi ia hanyalah kelompok penulis laman blog di daerah Tawau. Penulis blog ini terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, pendidikan, usia dan pengalaman hidup namun persefahaman dan kematangan mahu membentuk budaya blog yang sihat di Tawau adalah antara persamaan kami.

BAGAIMANA TBU DITUBUHKAN.
Idea penubuhan TBU adalah hasil usahasama tiga penulis blog dari Tawau, Budihermawan.com, puadede.com dan wunabarakati.com pada awal Jun 2008. Ianya muncul secara spontan kerana menyedari aktiviti berblog semakin menular di mana-mana sahaja dan sudah tiba masanya ianya disatukan dalam satu pertemuan. Selepas perbincangan melalui online, akhirnya lapan blog akhirnya mencapai kata sepakat berkumpul buat kali pertamanya.
Rujukan penubuhan TBU: http://puadede.com/v1/1st-tawau-bloggers-gath/

MATLAMAT TBU.

1. Dapat mempromosikan Tawau kepada orang luar melalui media blog.
2. Menjadikan hobi menulis blog lebih menarik dengan wujudnya aktiviti yang turut dikongsi bersama bloggers lain.
3. Mengikis tanggapan negatif masyarakat terhadap budaya blog dan internet.
4. Memupuk nilai kekeluargaan dalam komuniti.

MOTO TBU.
Together as one.

Sumber:http://tawaubloggers.com


Ok...setelah hampir 2 tahun aku berblogging...baru pagi tadi aku sah jadi ahli TBU... ini kali ketiga aku register dan isi borang. Aku ndak tau di mana silapnya. Yang pasti pagi tadi aku gatal tangan meng-add Si Adry di FB dan tanya dia pasal keahlian aku. Then dia suruh aku isi form semula dan on the spot aku dpt reply.. so sekarang secara rasminya aku ahli TBU...hikhikhik...


nota kaki tangan dan mulut: banyak betul join group² ni...macam la aktif betul berblogging..


No comments:

Post a Comment