Aku masih ingat lagi kamera digital pertama aku ialah dari jenama BENQ. Aku beli kamera tu time aku tahun 1 di UMP dulu.Kalau ndak silap aku harga dia RM 699 jak (kira mahal ok time ni..student la katakan). Then, pada tahun kedua di UMP.. aku beli plak video cam..jenama sony. tapi itu sebenarnya hadiah sempena harijadi aku dari bapakku. bapak kirim duit, aku pegi beli. tapi aku jarang guna sebab... entah...malas.sebenarnya time aku beriya mintak beli tu pun bukannya sebab aku minat... cuma masa tu macam ramai jak aku tengok orang pakai.so aku pun teringin la. Kamera BENQ tu jugak la aku usung kemana². sampailah aku tahun 4. banyak jugak jasa kamera tu ngan aku.
Sehinggalah aku start bekerja. Time tu aku guna duit asb aku untuk beli kamera Sony T-70 ni. Harga dia time ni kalau ndak silap RM 1499.Latest version la katakan. Touch screen konon. fuh..bangga jugak time tu pakai kamera touch screen. pastu ada smile detector.8.1 megapixel pulak tu. Paling membangga bila kamera itu berwarna pink.Kamera itu la banyak berjasa sepanjang aku kerja d WCT dan aku pakai kamera tu hingga la sekarang walaupun aku rasa gambar dia ndak berapa cantik sudah. maybe kesan daripada beribu kali jatuh. dan pernah sekali masuk Sony Centre.lalalalala.......
Tapi.. lately aku rasa ramai yang TAKSUB dengan kamera DSLR. ndak kira la apa jenama.. Canon ka..Nikon ka..Sony ka.. apa² lagi la.. ada yang ke sana kemari mengusung DSLR... lain lagi d FB.. masing² nay begambar dan tunjukkan kamera masing²... sepertinya mereka berbangga memilik kamera sebegitu... fuh... kadang² naik menyampah jugak aku... bukan apa... kadang² mereka seperti menunjuk². Masing² ingin menunjukkan pada dunia mereka memiliki kamera mahal dan canggih itu. sepertinya sudah menjadi trend masa kini memiliki kamera sebegitu. sepertinya kamera bukan lagi keperluan tapi sudah menjadi trend semasa. FUHH.... menyirap jugak darah. Aku bukan apa.. kalau ikut hati mau jugak aku beli sebabnya aku suka tengok hasil dari kamera DSLR ni...dan kadang² kerana kecantikan gambar² aku jadi meminati bidang photography ni... cumanya sekarang ni.. selagi si pinky itu masih bisa bernyawa pastinya mamaku tidak membenarkan aku membeli kamera itu. Membazir katanya. Bukannya aku mau jadi photographer pun. Buat apa beli kamera gitu. lagipun buat berat jak bilang mamaku.bagus simpan duit buat modal buka bisnes. oh mama.. nasiblah aku ini anak yang mendengar kata orang tua. Buat masa ini akan kuturutkan katamu itu.akan ku simpan duitku itu untuk di jadikan simpanan untuk masa depan. tapi andainya suatu masa nanti ada jika ada kesempatan dan ruang, pasti akan ku miliki kamera DSLR itu..dan mungkin akan ku beli yang paling canggih. Percayalah ibu...;D
nota kaki tangan dan mulut:kalau ndak boleh beli sendiri... mintak sebagai hadiah hantaran boleh bah kan???
hahahhaah smlm aku mimpi beli dslr baruuuuu!!! semangatnya aku.. padahal dlm mimpi jak pn~!
ReplyDeletehaha cam enfon sudaa ;D
ReplyDelete