Fuh!! Sangat busy hari ini.Pagi² buta sudah kena pergi ke airport untuk ambil someone. Lepas dari airport pulak kena pegi sana..pegi sini. Tapi yang paling best dalam busy ke sana ke mari tu aku sempat singgah Watsons. Tujuan aku untuk cari syampu jak pun sebab yang lain sudah beli dan TERIMA KASIH cashier Watson sebab berjaya mempengaruhi aku untuk join membership Watsons.
Antara kelebihannya:
- Yuran keahlian RM 12 seumur hidup. Tiada tarikh luput. Tidak perlu perbaharui. SEUMUR HIDUP!
- Dapat voucher diskaun pelbagai produk bernilai RM 200. (ala..bukan semua produk aku suka pun)
- Selepas dapat kad ada 3 cara untuk aktifkan member card:
- www.watsons.com.my : percuma 200 points
- 1-300-800-847 : tiada percuma points
- Borang permohonan : ambil masa 14 hari bekerja untuk dapatkan maklum balas (punya lama)
- RM 1 di kira 1 point
- Point x 2 bila membeli produk Watsons
- Bonus Harijadi : point x5 untuk belian pertama di bulan kelahiran
- Tiap bulan ada members day
- Jemputan Eksklusif sekiranya ada sales.
- Point yang terkumpul boleh reedem barang.
Panjang lebar budak cashier tu explain ke aku dan akhirnya aku terpengaruh jugak dan on the spot aku guna discount vousher tu untuk beli syampu.
Terus terang aku cakap aku bukan la penggila barang² di Watson tu. Aku saja² jak join member tu. Dulu aku memang suka join membership ni.Aku suka kumpul kad. Tapi itu dulu time kerja di KK. Sekarang semua member kad tu tersimpan rapi dalam purse yang aku nda pakai. Cerita pasal barangan di Watson ni, macam aku cakap tadi aku bukan pencinta sejati Watsons ni sebabnya aku selalu compare barang di Watsons dan Guardian. Di Tawau ni Watson dan Guardian ni macam berlawan antara satu sama lain. Kedai pun sebelah menyebelah. So senang la aku compare harga. First pergi either Watsons or Guardian... depends la..tapi biasanya aku pergi Guardian dulu. Then lepad tu baru pergi Watson. Kalau harga Guardian lebih murah aku perge ke Guardian then beli la barang² tu.Jimat apa macam tu. Buat apa membazir kalau kita boleh dapatkan produk yang sama dengan harga yang berlainan. FUH! Even beza seringgit pun aku memang berkira. Rasa sayang mau membazir. Bukan kedekut ok..tapi ini namanya berjimat-cermat.
So kepada yang suka beli barang di Watsons tu boleh la jadi member..tapi kalau nda mau boleh pinjam kad aku.Tapi point aku punya...Deal??? hihihihi...
So kepada yang suka beli barang di Watsons tu boleh la jadi member..tapi kalau nda mau boleh pinjam kad aku.Tapi point aku punya...Deal??? hihihihi...
No comments:
Post a Comment