Assalamualaikum semua.Cewah.Suci murni aku di pagi ahad ni kan. Biasanya main bedal jak aku punya intro. Tapi ndak salah jugak kan. Aku Islam pulak, so ndak salah kan bagi salam.
Sebenarnya aku ni tengah tunggu mak kesayangan aku bersiap. So sementara menunggu ni menyempat lagi aku menhapdet blog ni hah. Biasalah, hari ahad kan hari untuk menemani dan menjadi driver mak aku. Sudahnya isnin sampai sabtu asyik keluar ngan En. Boipren so pandai-pandai la bahagikan masa. Anak mithali la katakan.
Ok. Lupakan bab anak-anak mithali ni. Berbalik kepada tajuk kita pada pagi ini (OMG! sounds like aku ni penceramah bebas tidak berbayar pulak), semalam aku pitam time tengah syok kena buli oleh En. Boipren di gym. Punya la dia mau jadi coach sampai beriya paksa aku. Aku ni memanglah jenis suka kena paksa, tapi semalam aku ndak tau kenapa aku rasa aku almost flat. Aku bagitau en. Boipren aku ndakda tenaga sudah ni (padahalnya, aku exercise benda yang sama yang selalu aku buat juga). Tapi dia paksa aku jugak. Beriya suruh aku guna kekuatan mental. Mental la sangat. Yang aku ni pun konon jenis dengar cakap. Lagipun aku memang konon-konon tengah berdiet keras. Termasuk semalam,sudah 4 hari aku ndak sentuh nasi. Konon la kan ndak mau makan nasi, tapi bak kata kumpulan Sepah, "Gajah tu bertahun-tahun ndak makan nasi, ndak kurus pun" tiongggg!!!.
Dipendekkan cerita, selepas membuat aktiviti yang dipaksa oleh en. boipren, masuk set yang ketiga, tiba-tiba aku rasa kepala berpinar.!@#$%^&*()_)(*&^$... Uiks.. kenapa tiba-tiba aku rasa macam bukan berada di dunia nyata ni. PERGHH!! Pitam??? wah wah wah... si Otromen pitam. Seumur hidup aku, ini maybe kali yang ke 3 aku pitam.Trep-trep aku ni hebat la kan ndak pernah pitam. Aku ingat lagi time sekolah rendah dulu, suka sangat ikut perbarisan. Tapi aku bangga, ndak pernah pitam time perbarisan sukan sekolah tu. Ni baru suruh senaman lebih sikit tiba-tiba rasa mau pitam. Aku sure, mesti en.boipren ingat aku saja mau lari dan mau escape. Sumpah en. boipren, saya betul-betul rasa mau pitam. Sudahnya, aku keluar dari gym tu. Konon-konon mau ambil angin luar, berharap dapat kembali ke normal. Tangan, kaki kepala suma rasa ringan dan lemah. Aku duduk. En. boipren marah. Katanya nanti bontot tambah besar. OMG! Dia suruh aku bediri. Wei! ada jugak aku tejepuk jatuh ni. At last aku serius ndak tahan, aku baring jak atas lantai di luar gym tu. Mampus la. Aku ndak peduli sudah. Kotor pun kotor la. Janji aku ndak pengsan. Lepas baring tu, lepas beberapa minit, baru aku rasa lega.Yang paling best, tetiba la kan perut aku meragam. Kentut baik punya. Angin keluar sabung-menyabung macam kilat. Lepas kentut, serius, SUMPAH! LEGA WEI!.
Hiasan semata-mata |
Tahu pucat muka en. boipren tengok aku pitam. HAH! Paksa lagi. Paksa lagi. Tang-tang tu en. boipren ajak balik. Masuk dalam kereta, penat aku berfikir. Kenapa boleh tiba-tiba rasa mau pitam. Biasanya ok jak pun. Bukan baru first time aku main gym ni. Fikir punya fikir punya fikir,ya ampun tengahari dan petang td aku minum air kelapa. Aku ndak tau betul ka ndak, tapi mak aku cakap, air kelapa memang bagus untuk cuci sistem pencernaan tapi ianya jugak boleh melemahkan badan. Ok, melemahkan. Setakat melemahkan tiada masalah.Ndakkan la sampai boleh buat pitam kan.Aku sambung berfikir lagi kenapa aku betul-betul teruk hari ini. Fikir punya fikir punya fikir,tiba-tiba aku terfikir, sebelum minum air kelapa tu aku minum kopi pearl kacip fatimah.Fungsi??/ Untuk kelihatan gagah malam ni. Jeles wei ngan Eda. Dia main gym 2 jam setengah. AKu paling lama mampu pun 1 jam. Itu pun banyak rehat. So hantam kacip fatimah la. Adakah mungkin KACIP FATIMAH + AIR KELAPA boleh melemahkan sistem badan aku.Atau pun sebab aku campur dua minuman ni. OH! TIDAK! Tapi yang pasti dan tidak syak lagi, dua benda tu yang buat aku memalukan diri di gym. Nasib baik malam minggu.Ndak ramai orang kalau tidak malu jugak aku kan.
Moral of the story, jangan campur-campur minuman anda. Jika tidak ianya mampu membuat anda pitam dan mungkin jugak keracunan. eh... keracunan???? boleh ka??? Entah...
p/s tapi sebelum pegi gym tu aku telan sepirulina, minyak ikan dan prime rose. hah! apa cerita????
p/s/s baru post benda alah ni. Draft dari pagi tadi... tionggg!!!
p/s/s baru post benda alah ni. Draft dari pagi tadi... tionggg!!!
No comments:
Post a Comment