Period pain atau dalam bahasa Melayunya adalah SENGGUGUT adalah satu penyakit yang paling dibenci oleh semua manusia yang berjantinakan PEREMPUAN.TIPU... aku ulang sekali lagi... ORANG ITU ADALAH PENIPU kalau dia cakap dia suka bila senggugut. Siapa yang suka senggugut?? Bagi tau aku kalau ada...mari aku sumpah dia senggugut seumur hidup.
Dari pembacaan dan pengalaman aku, ndak semua orang akan kena senggugut ni.Ada orang yang kena dan ada yang tidak. Dan senggugut itu sendiri ada berjenis-jenis. Ada yang teruk ada yang tidak. Aku ingat lagi, ada seorang kawan time study dulu-dulu, bila time mau period or period, sure ndak masuk kelas sebabnya senggugutnya melampau-lampau. Sampaikan ada yang boleh pengsan sebab senggugut ni.
Tapi sepanjang penglibatan aku dalam duniaku sebagai seorang yang sudah akil baligh ni (cewah), aku jarang kena senggugut yang melampau-lampau hingga boleh membuatkan aku pengsan. Sakit-sakit biasa macam sakit mau berak tu selalu la. Tapi yang ganjilnya aku ni, kadang-kadang penyakit senggugut ni datang berganti-ganti. Contohnya, kalau bulan ni aku kena, bulan depan period aku akan berjalan dengan lancarnya. Tanpa ada penyakit senggugut ini. Aku pun ndak tau aku normal ka ndak. Tapi itulah yang berlaku. Dan yang pasti, bulan ini (iaitu detik ini) penyakit itu menyerang aku. Dan aku sangat benci!!. Tapi, aku bukan jenis manusia yang terlalu begantung dengan ubat. So aku ndak pernah ambil ubat-ubat tahan sakit ni. So sebagai menelampiaskan kesakitan aku, biarlah blog ini menjadi mangsa.
MR. PERIOD PAIN...PLEASE GO AWAY!
P/S Secara tidak langsung aku mau bagitau dunia, aku tengah period so emosi kurang stabil. Jangan sesekali cari pasal..ok.
Aku pun selalu sakit senggugut tp xda lah sampai pengsan. Dan aku tidak pernah mabil ubat-ubatan pun. tahan sendiri saja.
ReplyDeleteMemang ada orang yg sampai pengsan2 lg tu. TP aku dgr lepas kahwin hilang juga ni sakit
Cinoi: ya ya ya..jadi kawin la jom..
ReplyDeleteada pulak orang kata, kalo perion pain teruk, nanti sudah kawin susah mau dapat anak. ehmm.
ReplyDeleteaku pun setiap bulan akan kena period pain. yg kadang2 smpi ndak larat mau bangun. tp skng aku sapu cream intra. alhamdulillah, ndak smpi berapa minit senggugut tu hilang.