18 April 2011

Orang Cakap Teh Boleh Buang Lemak, Betul kah???


Hari sabtu lepas, time pergi gym, aku ada sembang-sembang dengan seorang kawan (lelaki). Dia cerita la dulu badan dia sudah jadi. Maksud aku jadi tu, badan dia sudah ada muscle. Bukan la macam ahli bina badan tu tapi dalam kategori LELAKI SEKSI la. Selama ni aku ingatkan perempuan jak yang sibuk jaga badan, rupa-rupanya lelaki pun sama. So, dipendekkan cerita, si kawan aku ni pun cerita la, dulu-dulu badan dia sudah jadi. But, since dia kerja, dia jarang workout dan penyebab utama badan dia kurus balik adalah disebabkan dia selalu MINUM TEH. Baru aku tau, lelaki yang workout ni jarang minum teh sebab boleh menyebabkan badan diorang ndak jadi. Tapi paling best dia cakap " hah! kalau macam kau ni, kalau mau cepat turun badan, rajin-rajin la minum teh" erkkkkkk... malu plak aku. Tau la aku chubby. Tapi cute ok. ha! ha! ha! *perasan*

Lelaki Seksi - Hiasan semata-mata. Entah sapa ntah ni.

Lelaki seksa. Sumpah aku takut kalau dapat
laki badan macam ni.


Dipendekkan cerita lagi, bermula dari hari tu aku pun sibuk la minum teh. Beriya benar mau kurus kan. Entahnya, dari tahun lepas, eh tahun sebelum tahun lepas lagi, eh dari dulu lagi, beriya benarlah kan mau diet. Mau kurus. Tapi at last HAMPEH! Ndak pun kurus-kurus sampai sekarang. Hangat-hangat tahi ayam jak tu. Paling tahan aku diet pun seminggu dua jak. Lepas tu, mampus la.Janji aku kenyang. LOL!


Tadi, atas dasar semangat hangat-hangat tahi ayam, aku pun google la kelebihan teh. Apa yang aku jumpa adalah:


1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser


Hah! Nampak tu yang highlight tu. Happy aku baca no 7 tu. Dan sekali lagi atas dasar semangat hangat-hangat tahi ayam tu jugak, hari ini aku ke opis berbekalkan sebotol air teh o kurang gula.




Aku pun ndak sure la keberkesanannya. Sebenarnya dari dulu lagi aku tau benda ni. Cumanya aku saja yang malas. Bukan apa, aku sensitif minum teh ni. Pandai berangin badan. Tapi, demi untuk kurus, aku try jak la. Kan demi untuk kurus apa pun aku lakukan. Main gym sampai pitam-pitam boleh plak kan. Ndakkan setakat minum teh o ndak boleh. 


Harap-harap bila kurus nanti aku dapat perut macam minah bawah ni. Ha ha ha! Lucu. Gambar bawah ni aku dapat dari FB seorang kawan. Siap tag aku  la. " OTROMEN RINA, BILA NAK DAPAT PERUT MACAM NI?" ... Oh Mak Kau! Perut macam gini. Adui, dalam mimpi la agakanya kan. Baru gym sejam lebih sudah mau pitam. Silap haribulan kalau paksa diri sampai dapat perut macam ni bukan lagi pitam, silap-silap boleh mati aku dikerjakan.





P/S breakfast biskut + ndak makan nasi + minum teh, agak-agak boleh kurus ka???


P/S/S Kesian en. boipren, seminggu sakit badan dah jatuh.Kan ndak seksi sudah... 

12 comments:

  1. fai pun suka minum teh . teh o je .
    tapi bile minum kan , angin kus kus cepat kuar .
    ngeeee............... hahahaha :)

    bile order teh o kan , ramai cakap air orang tua . jaat kan .
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. @cik fai

    Saya selalu minum lemon teh la..teh o ni jarang sikit. tp time study faveret ni teh o ni..:D

    ReplyDelete
  3. Sebab tu aku selalu minum teh..apa2 saja jenis teh dan tidak bergula..fav aku Teh Sabah..Mas Hida pun dah ketagih minum Teh Sabah..sebaiknya jangan buat dalam bekas plastik..tapi buat dalam bekas kaca atas seramik..aku amalkan dari dulu..Alhamdulillah..memang nampak hasilnya..badan tetap maintain walaupun makan banyak..Welcome to Tea Lover Club!! ~peace~

    ReplyDelete
  4. gua punya badan sebijik lah macam badan lelaki seksi di atas. amcam? amcam? kehkehkeh.

    Gua kaki teh. teh susu.

    ReplyDelete
  5. @izmizahana

    Aduh..aku bawak bekal tu dr rumah..sah-sah la kena letak dlm botol plastik tu. knp x elok ka kalau bekas plastik?

    ReplyDelete
  6. aku baru start minum teh konon2 mau ganti nescafe yg suda lebih 10 thn jadi teman pagiku.. last2 tadi pagi aku rasa mual semacam time tgh2 minum teh susu.. aduss~ nda dpt la aku guna petua ni utk kasi turun berat badan.. huhuhu~

    ReplyDelete
  7. @Leezan Alee

    Samalah..aku mana boleh buang kopi daari hidup aku. Sudahnya aku minum breakfast nescafe jgk...pastu teh ni buat2 mcm minuman time haus.. tapi belum sehari..ambek ko..mcm berangin sudah perut ku ni...adoi!..gagal!


    p/s kurus bah sudah ko tu jan..

    ReplyDelete
  8. @rinaDOrina
    Kalau guna plastik..akan ada kesan kimia..biasalah plastik..even kalau ko pakai spesis tupperwarepun..hehe..paling baik amalkan teh o tu tanpa gula sama sekali..mula2 ko akan rasa xbrp sedap..tp bila lidah ko dah serasi dgn rasa kelat2 teh tu..pasti ko nak ulang juta2 kali macam aku..aku setuju dgn artikel yg ko letak tu..mmg aku rasa bertenaga, lebih fokus dan yang paling penting..kawalan kepada berat badan..pastu bertambah ler awet muda ko nanti..:)

    ReplyDelete
  9. @izmizahana

    thanks ya for the info. so aku kene beli mug kaca besar la ni kan...:D

    ReplyDelete
  10. patut la aku x pndai gemuk sbb aku suka minum teh..
    hari2 aku minum teh.. hihihi..

    ReplyDelete
  11. mmg teh bagus. dan teh tu kalau boleh teh x bergula. kira wat la teh nipis. sebenarnya lebih baik lagi kalau minum teh hijau @ pun teh cina. itu adalah sebaik2 teh ;-)

    ReplyDelete