High Heels! Almost semua perempuan di dunia ni suka pakai High Heels..Termasuk aku. Eh aku?? Aku jarang wei. Aku selalu pakai high heels time pergi kerja walaupun pada hakikatnya masuk opis aku kena buka kasut. Kalau untuk berjalan-jalan di bandar tu aku lebih suka pakai flip flop atau dalam bahasa kampungnya selipar jepun.Untuk nampak lebih formal sikit, paling kurang pun aku pakai sandal dan fave sandal aku sekarang adalah ini.
Aku mengaku, dulu time study UMP, aku hairan macam mana ada kawan boleh pakai high heel dari asrama sampai ke dewan kuliah. JALAN KAKI! Di ulangi JALAN KAKI! Oh!Memang Gila la kan. Sampaikan aku siap cakap lagi dengan kawan aku tu, aku maybe kahwin pakai sandal jak. Ndak mampu rasanya pakai high heels bagai ni. Macam seksa pun ada.
Seingat aku, heels pertama aku beli adalah ketika aku kerja di WCT. Time tu lagi la rasa bangang kan. Kerja site office. Hari-hari masuk site, ada hati beli high heels. Semua ni disebabkan terpengaruh dengan rakan sekerja la. Macam cantik la kan pakai high heels. Nampak bergaya la kan pakai high heels pergi kerja.Dari yang satu inci, berani pulak cuba yang 2 inci sampai la ke 4.5 inci. Itu pun pakai time ke majlis2 kahwin yang mana lebih banyak duduk dari berjalan. Tapi aku belum berani lagi pakai yang 5 inci. Tinggi sangat rasanya. Belum berani!
5 Inci : BAPAK TINGGI! |
Selain dari tinggi, aku ndak berani (takut jatuh) pakai high heels tinggi-tinggi sangat ni bukan sebab apa, sebabnya susah wei mau bejalan pakai high heels ni kalau ndak pandai. Tapi, ada orang, biar seksa janji, nampak COOL! Nampak CANTIK! Padahal, rasa mau mati sudah mengusung high heels tu. Biar seksa asal cantik! phewwwww!!!!
Ada jugak aku tengok, orang yang pakai high heels ni tapi ndak kena cara jalan (salah lagi satu sebab kenapa aku ndak mau pakai high heels tinggi-tinggi ni, jalan macam jantan pakai high heels BURUK WEI)
Tapi kepada yang ndak CUN pun pakai high heels dan jalan pun ndak betul tapi mau pakai jugak, ni hah aku jumpa video orang putih ni mengajar MACAM MANA MAU BERJALAN MENGGUNAKAN HIGH HEELS! Entah betul ka tidak apa dia ajar ni, aku pun ndak tau. Tapi , Because Sharing Is Caring so aku share la apa yang patut.
So, sila la belajar dulu ya kalau mau jugak pakai high heels ni. Cuma satu aku mau pesan, perempuan yang rajin pakai high heels ni, kesuburannya terganggu wei. Sia-sia cantik wei kalau ndak dapat bagi anak ngan laki kau kelak!
p/s aku pergi tengok wayang pun pakai selipar jepun. P melancong pun pakai selipar jepun. Nasib baik pergi gym ndak boleh pakai selipar jepun (atas tujuan keselamatan), kalau tidak sudah lama aku bantai pakai selipar jepun jugak.
tapi ada jugak org pakai wedges sampai 5inci kan kan kan. ndak sama ka tu? huhu.
ReplyDelete@Koko | Prophile sama kali..hahahahah!
ReplyDelete