23 April 2011

Gym Sampai Pengsan!!!

Assalamualaikum....



Tadi aku dapat mesej dari En. Boipren:


"Malam ni pergi gym lagi k"


Sumpah! Masa sms tu sampai aku baru mau #tweettweet


" Harap-harap malam ni en. boipren ndak bawak aku pegi gym lagi sebab betis aku sakit gila babeng ni"


Haiyok!! Kalau pergi lagi malam ni, ini sudah masuk malam ketiga aku pergi gym. Straight!!! Oh!Memang Gila! Sekarang betis sakit tahap bapak dewa kesan daripada cycling gila-gila semalam. Ingatkan malam ni dapat rehat rupanya tidak. 


Kalau ikutkan hati, aku memang la suka pergi gym tu. Bila peluh keluar tahap super duper keluar, badan rasa lega. Ringan. Fresh. Lagi-lagi sekarang aku kan dalam misi untuk KURUS! diulangi KURUS! Dari dulu misi ni berjalan sampai sekarang ndak jugak kurus-kurus. Adoi la!


Tiba-tiba pulak la kan aku teringat MISI HIDUP TANPA KOPI.Siap buat entri ni lagi kan.Misi ini adalah salah satu daripada misi untuk KURUS. Termasuk hari ni, ini hari keempat aku menjalankan misi ini.


Hari pertama - LULUS : aku berjaya hidup tanpa kopi.


Hari kedua - GAGAL : aku lupa wei aku tengah diet kopi sekarang ni. Balik kerja, aku dengan muka tidak bersalah ambil mug buat kopi. Siap cicah biskut mayat lagi. Lepas habis bantai tu biskut baru aku sedar... OPSSSSSSSSS!! KOPI!!


Hari ketiga - LULUS


dan hari ni Hari keempat. Setakat jam 5.04PM, aku ndak da lagi minum kopi dan dalam erti kata lain aku kategorikan sebagai LULUS!


Apapun, aku berharap misi untuk KURUS kali ini berjaya sebabnya kali ni misi aku dijaga oleh En. Boipren. Kesian la dia kan, beriya ajak aku pegi gym, beriya bagi aku semangat dan kalau aku gagal bermakna dia gagal jugak. Kesian pulak kan.So, kali ini aku akan buat sebaik mungkin. Sakit betis pun sakit la janji KURUS.  ehh..boleh ka macam tu??? hurmmmmmmmmmmmmmmm


Oklah. Sampai sini untuk kali ni. Tengah ada mood mau blogwalking di petang hari yang indah ini.




p/s gym sampai pengsan..dan pitam macam minggu lepas...erkkkkkkkkkkkkkk!!

21 April 2011

Virgin Coconut Oil - Apa yang bestnya????

Dua tiga menjak ni, bila aku blogwalking jak, mesti aku terjumpa pasal Catalyst2u Virgin Coconut Oil.



Mula-mula tu, aku buat 'dunno' la kan. Alah, produk-produk macam ni, memang selalu orang iklan kan. Sama jugak macam product collagen yang aku pernah try dulu. At last, tiada effect jugak pun. Semuanya tipu. Macam semua pun hanya marketing strategy jak yang lebih.


Tapi, bila makin ramai, ramai dan ramai blogger-blogger cantik promosi kan benda alah tu, aku macam ada hati dan tergerak mau cuba jugak la. Tapi bila fikir-fikir balik, alahhhhhh... memang la. Diorang memag cantik. Kulit pun memang sudah cantik dari azali. Mustahil la sebab benda alah tu kan.


Then, aku buang niat lagi mau beli. Tapi dalam masa yang sama, still ada jugak niat dalam hati ni mau mencubanya. Cumanya, aku perlukan lagi sedikit masa dan sedikit kepercayaan. 

Oleh sebab itu, aku masih lagi mengexplore pasal VCO ni. Mengexplore sampai tergerak hati mau beli.

Tapi bila???


Entah. tunggu la. Aku sudah bosan la dengan produk-produk macam gini. Dulu beriya beli kopi collagen tu. Tapi tiada perubahan jugak pun. Diorang cakap minum sampai at least 3 bulan baru nampak effect dia. Tapi lepas 3 bulan, still the same jugak. I got nothing. Start dari situ aku malas la mau cuba produk-produk gini ni. 


Tapi itulah kan, cantik punya pasal,aku pun agak terpengaruh la jugak dengan produk VCO ni.


So, aku harapkan sesiapa yang ada pengalaman menggunakan produk ini, boleh la cerita ke aku dengan lebih detail.



P/S tolong...tolong...tolong buat aku terpengaruh...PLEASE!