Biarpun sudah selamat mendirikan rumahtangga pada 12 November 2010 yang lalu, namun masih ada lagi pihak yang tidak habis-habis memperkatakan tentang gosip dia hamil sebelum menikah. Lebih-lebih lagi, kini susuk tubuhnya kelihatan nampak lebih agak berisi berbanding sebelumnya.
Sungguhpun begitu, hal itu sekali lagi telah dinafikan oleh , Raja Farah Raja Aziz, 22.
"Saya akui memang berat badan saya semakin naik tambah-tambah selepas kahwin ini. Namun, bukan sebab ianya berisi kerana saya sedang berbadan dua seperti yang orang cakap tetapi mungkin sebab saya sedang mengambil kursus untuk mendapatkan lesen menyelam skuba di beberapa pulau seperi Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
"Gara-gara kursus itu berat badan saya telah naik mendadak kerana sentiasa lapar dan makan dengan kuantiti yang berlebihan selepas bermain dengan air. Saya sedang cuba nak turunkan berat badan tetapi memang agak sukar kerana saya tidak gemar bersukan," kata Farah yang ditemani suaminya sewaktu menghadiri tayangan preview filem Aku Masih Dara di Cattahy Cineplex e@curve tengah hari semalam.
Menurut Farah lagi kehidupannya kini semakin berubah serta lebih teratur selepas menjadi isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25. Dalam pada itu dia juga mengakui belum bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini.
"Alhamdulilah kehidupan saya makin indah selepas berumah tangga. Lebih-lebih lagi apabila selalu ditemani suami ke mana sahaja. Saya kini rasa lebih dilindungi dan bahagia.
"Manakala mengenai cahaya mata pula saya tidak merancang, tetapi kalau boleh biarlah rezeki itu datang selepas majlis resepsi saya pada februari tahun hadapan. Kalau boleh saya tak mahu jadi bunting pelamin," jelas Farah kepada murai.com.my.
Masih lagi menjalani pengambaran untuk drama bersiri muzikal Kau Dan Aku bagi musim kedua sehingga 31 Disember ini, Farah bagaimanapun memberitahu, dia bakal memperlahankan aktiviti seninya selepas ini bagi menumpukan kepada bidang perniagaan.
"Setelah menerima pandangan dan nasihat daripada keluarga serta suami, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memperlahankan aktiviti dalam bidang lakonan ini.
"Lagipun suami sudah merancangkan sebuah perniagaan untuk saya. Sebanarnya dah lama, saya idamkan satu perniagaan perkhidmatan spa dan kini suami bakal merealisasikannya," katanya yang akan membuka perniagaan spanya di negeri kelahiran suaminya di Kelantan.
Bukan rimas mahupun serik tetapi Farah berpendapat, sedikit sebanyak tindakannya untuk memperlahankan aktiviti seni itu adalah kerana dia sudah lelah dengan tohmahan yang diterimanya selama ini.
"Sebenarnya agak berat untuk saya meninggalkannya bidang ini. Saya juga sayang dengan dunia lakonan. Tetapi mungkin kini saya dah mula rasa bosan apabila sudah menceburi bidang yang sama sejak saya berusia 15 tahun lagi.
"Tambahan pula, saya kini sudah makin penat dan tertekan dengan gosip yang tidak berasas yang dilemparkan kepada saya selama ini. Sehingga menyebabkan penyakit migraine saya menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini," tambahnya apabila tuduhan yang mengatakan dirinya mengadung anak luar nikah itu telah memberi kesan yang begitu mendalam terhadap diri dan keluarganya.- Murai
Kesian Raja Farah.Nda habis-habis kena fitnah.Aku pun gemuk jugak, nda kan aku pun orang cakap hamil...gila ka apa?? dasar manusia tidak pernah senang tengok orang lain senang.Ada jak yang cemburu. Ada jak yang iri hati. Ish..ish...
tula ba kan. abisla aku yg gemok ni pun dibilang hamil hahaha
ReplyDelete