19 February 2012

Ahad Lagi...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia....


Ha ha ha ha. Punya skema tu salam. Macam pembaca berita pulak aku rasa. Adeiiii lah. Untuk kesekian kalinya, diatas kesedaran diri yang amat tinggi, aku tergerak hati mau update blog yang kian dilupai.Janji hanya tinggal janji. Janji mau rajin update tapi hampagas. Satu habuk pun tara. 

Hari ni 19.02.12, adalah hari yang tidaklah special mana pun cuma merupakan sebuah tarikh yang patut aku ingati.Weheuuuu. 

Jam menunjukkan 6.30 am. Aku kena pergi mandi sebab jam 7 mau pergi Pasar Minggu Takada. Aktiviti temankan mamaku. 

See you next time my blog. 




p/s i love you b 

05 February 2012

Cerita Kelmarin

Kelmarin, 4.02.12, aku pergi Peperiksaan Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam WK1-1. Ini kali ketiga aku dapat panggilan SPA. Kali kedua pergi test. Yang kedua aku ndak p gara-gara frust ndak dapat JPS dulu tu. hahaha.


Seperti biasa aku pergi tanpa sebarang persediaan. Sepanjang minggu ini aku hanya sibuk berbisnes. Malam sebelum test baru aku sibuk check google. Eh bukan malam, subuh sebelum test. Rasa macam main-main la pulak kan. \\(^__^)//


On the way pergi test, aku singgah kedai beli peralatan menulis seperti pen, pensil, pemadam dan pengadah pensil. Bila difikir-fikir, lawak jugak. Apa tidaknya, serius aku tiada persediaan.


Bila sampai didewan, time tu ramai jugak orang lain yang datang awal. Semangat gila. Hehehehe.


Cerita Sesi Pertama; soalan objektif. 50 soalan perlu dijawab dalam masa 40 minit.Kebanyakannya pengetahuan am dan pasal cukai. Sumpah 50% dari soalan adalah hasil tembakan yang separa tepat dari aku. Soalan tidak susah cuma mengelirukan. Pasal culai-cukai ni aku susah sikit. Tapi at least aku masig boleh tersenyum.


Cerita Sesi Kedua; soalan penyelesaian masalah. Lebih kepada soalan matematik. Soalan memang senang. Cuma, ketidakbolehan memakai kalkulator sedikit melambatkan mada. 40 soalan kira-kira perlu diselesaikam dalam masa 45minit. Sumpah. Ada 10 soalan aku memang tembak. Tanpa mengiranya. Soalan memang tidak susah. Cuma ada soalan yang tiada jawapan. Agak bodoh. Sampaikan si penjaga peperiksaan boleh cakap " soalan 12, pilih jawapan yang hampir" time tu aku.. WHATTTT THEEEE....


Cerita Sesi Ketiga; esei BM. Perlu disiapkan dalam masa sejam. Ahhh! Agak lama tidak mengarang formal. Mengarut di blog selalu lah. Hehehe. Ada tiga soalan. Aku lupa apa dua soalan tu, tapi yang pasti aku pilih soalan ketiga. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENYELUDUPAN. Rancak jugak aku mengarang. Sambil senyum2 lagi. Hehehe


Cerita Sesi Keempat; esei BI. Sama seperti esei BM. Tiga soalan. Pilih satu. Siapkan dalam masa sejam. Aku pilih soalan ketiga. Soalannya "TRADITION ANG CUSTOM CANNOT FITS INTO OUR WORLD OF SCIENCE AND TECHNOLOGY.DISCUS." Fuh. Kali ni aku memang tiada idea. Kalau bah-bab tradition ni aku memang blur. Setengah jam aku sudah siap. Dan terus balik. Aku buat 1 3/4 page sahaja. He he he


Lepas siap aku terus balik. Tapi entah sial apa, aku terlupa bawak balik botol air aku yang aku letak di bawah meja. Gara-gara excited mau balik sampai terlupa. Mamaku cakap, manatau rezeki dapat kerja Kastam, sedekah jak la botol tu. hahaha. Ndakda kaitan bah.


Apapun keputusannya 9 March nanti, aku terima sahaja. Tidak permah menaruh harapan kerana aku semakin suka dengan kerjaya baru aku sekarang ni. Bisnes. Ada niat mau buka butik. Harap-harap, ada rezeki lepas kahwin nanti.



AMINNNNNNNN!!!!

04 February 2012

Good Luck Rina!

Kali ketiga mendapat panggilan.Wish me luck. Sekadar mengisi kekosongan ujian. Teringat kata-kata kawanku

" Kalau ndak mau pigi, jangan isi borang, tutup peluang orang lain jak"

Uiks. Gara-gara2 dia jugak aku pergi ni walaupun hanya berbekalkan sepucuk pistol dan ratusan peluru.


Apapun WISH ME LUCK ya. Hanya luck yang dapat membantu aku.

03 February 2012

Dress Bundle RM5

Aku ingat lagi, zaman study UMP dulu, ada kawan rajin bawak pergi bundle. Nama dia Noraliana. Panggilan dia INA. Tapi ada yang panggil dia Ina Lesung sebab dia ada lesung pipit yang comel.


Lepas dari zaman UMP, aku memang sudah jarang pergi bundle. Cuma lately, semenjak selalu bosan untuk mencari tempat untuk window shopping di bandar Tawau ni, aku mamaku dan ninong rajin le bundle. Kadang-kadang sekadar untuk cuci mata. Semua bundle di Tawau ni kami round, kecuali yang di bandar sabindo. Best jugak sekali sekala membundlekan diri.


Tapi, paling best, ahad minggu lepas. Membundlekan diri bersama KCP (Kaki Candid Photography) crew. Ramai-ramai memang best. Round punya round punya round, aku jumpa sehelai dress yang bagi aku comel. Aku tanya en boipren, lawa ka? Dia cakap lawa. Aku terus grab. Tengok tag harga Rm5.90. Muat ndak muat belakang kira. Bukan RM 5900 pun. Kalau ndak muat aku niat mau sedekah ke orang yang lebih kurus dari aku. Tapi syukurlah muat.


Aku tau, ada spesis manusia ndak layan baju-baju bundle ni. Bagi diorang, ndakda standard lah. Kotor la. Apa lah. Tp bagi aku, tiada masalah. Kadang-kadang orang yang temberang konon ndak layan bundle ni, orang trep kaya jak. Dia ndak tau orang-orang kaya pun ada jugak layan bundle. Ah biarlah mereka. Yang penting aku happy dengan dress RM 5 aku. Sukaaa!!


Hati-hati My Cinta (^_^)

Prakkk!!! Prakkk!! Perghhhh! Hebat bunyi tulang temulang aku lepas mengeliat ke kiri dan kanan. Itu tandanya tulang temulang orang penat. Penat seharian bekerja. Mencari rezeki la katakan. Cewahh!


Rasa penat seharian kemarin driving dari Tawau ke Litang Estate, Lahad Datu masih lagi terasa. First time lah ni pemergianku ke sana mengambil masa yang lama.


Pagi kemarin, aku gerak dari rumah lebih kurang jam 7. Singgah di Senario untuk mamaki menapau kuih sebagai alas perut. Oh ya. Macam biasa. Mamaku ikut. Hilangkan bosan katanya.


Lepas beli kuih, kami pergi ambil si Udin di batu 2 Bentol dan barang-barang yang hendak dibawak ke sana. Lepas segala urusan pemindahan barang, aku teruskan perjalanan lebih kurang jam 7.34 pagi.


Sampai d Bandar Sri Perdana LD lebih kurang jam 9. Seperti biasa, makan di Restoran Rumpun Selera adalah perkara wajib bila pergi LD.


Meneruskan perjalan ke Ladang Litang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minituntuk sampai ke Litang. Maksud aku dari Bandar LD. Kadang-kadang sejam. Bergantung kepada keadaan jalan. Jalan estate. Biasalah nama pun jalan estate.


Tujuan hari ni ke Litang adalah untuk inspection untuk check samada progress claim kami adalah sama dengan keadaan di site. Thank God. Progress claim aprroved.


Hari kemarin merupakan hari paling memenatkan. Sebabnya, sampai di Litang ada meeting. 1st meeting tu start lebih kurang 12 lebih. Aku ingat betul time tu adalah 12 lebih sebab tengah baru mau mulakan meeting, alarm azan si Udin berbunyi. Lepas tu round site. Lebih kurang 1/2 jam. Balik office estate lagi untuk meeting. Habis dalam pukul 1 lebih. Lepas tu, urus lori-lori di litang lagi. Lepas tu baru keluar dari Litang dalam jam 2 .


Kebiasaannya, balik dari Litang, kami akan terus balik ke Tawau. No more berhenti. Tapi memandangkan perlu hantar orang dari HQ SLDB pergi airport, so kena masuk bandar LD. Sebelum tu kena singgah makan lagi.


Keluar dari bandar LD lebih kurang 3.45. Aku meneruskan perjalanan seperti biasa. Sampai di Tawau dalam jam 5. Memang aku bawak super gila kemarin. Ditambah penat dan mengantok, kadang-kadang aku bantai 150 km/jam.


Belum lagi sampai rumah, aku mendapat sma dari si Ninong. Katanya si Ila sakit. Bergegas balik rumah, kemudian menghantarnya ke Klinik lagi. Selesai segala urusan dalam pukul 6.45 petang.



Aku berehat sebentar. Dalam jam 8.30 malam aku keluar lagi. Menemankan si encik boipren ke Studio. Lepas tu makan dan balik rumah dalam jam 11.


Sampai rumah, cuci muka. Berus gigi. Letak kepala di bantal. Langsung landing.


Hari yang teramat penat rasanya. Penat driving. Bosan pun iya. Aku hairan kenapa ada orang suka driving. Bosan lah. Dulu-dulu time baru dapat lesen memanglah excited. Sekarang ni, malas sudah. Penat bah.



P/s my encik boipren mau p KK pagi ni bersama geng KCP. Ada kursus photography. Harap2 semuanya selamat pergi dan balik. Amin!!