Kelmarin, 4.02.12, aku pergi Peperiksaan Skim Perkhidmatan Penguasa Kastam WK1-1. Ini kali ketiga aku dapat panggilan SPA. Kali kedua pergi test. Yang kedua aku ndak p gara-gara frust ndak dapat JPS dulu tu. hahaha.
Seperti biasa aku pergi tanpa sebarang persediaan. Sepanjang minggu ini aku hanya sibuk berbisnes. Malam sebelum test baru aku sibuk check google. Eh bukan malam, subuh sebelum test. Rasa macam main-main la pulak kan. \\(^__^)//
On the way pergi test, aku singgah kedai beli peralatan menulis seperti pen, pensil, pemadam dan pengadah pensil. Bila difikir-fikir, lawak jugak. Apa tidaknya, serius aku tiada persediaan.
Bila sampai didewan, time tu ramai jugak orang lain yang datang awal. Semangat gila. Hehehehe.
Cerita Sesi Pertama; soalan objektif. 50 soalan perlu dijawab dalam masa 40 minit.Kebanyakannya pengetahuan am dan pasal cukai. Sumpah 50% dari soalan adalah hasil tembakan yang separa tepat dari aku. Soalan tidak susah cuma mengelirukan. Pasal culai-cukai ni aku susah sikit. Tapi at least aku masig boleh tersenyum.
Cerita Sesi Kedua; soalan penyelesaian masalah. Lebih kepada soalan matematik. Soalan memang senang. Cuma, ketidakbolehan memakai kalkulator sedikit melambatkan mada. 40 soalan kira-kira perlu diselesaikam dalam masa 45minit. Sumpah. Ada 10 soalan aku memang tembak. Tanpa mengiranya. Soalan memang tidak susah. Cuma ada soalan yang tiada jawapan. Agak bodoh. Sampaikan si penjaga peperiksaan boleh cakap " soalan 12, pilih jawapan yang hampir" time tu aku.. WHATTTT THEEEE....
Cerita Sesi Ketiga; esei BM. Perlu disiapkan dalam masa sejam. Ahhh! Agak lama tidak mengarang formal. Mengarut di blog selalu lah. Hehehe. Ada tiga soalan. Aku lupa apa dua soalan tu, tapi yang pasti aku pilih soalan ketiga. LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENYELUDUPAN. Rancak jugak aku mengarang. Sambil senyum2 lagi. Hehehe
Cerita Sesi Keempat; esei BI. Sama seperti esei BM. Tiga soalan. Pilih satu. Siapkan dalam masa sejam. Aku pilih soalan ketiga. Soalannya "TRADITION ANG CUSTOM CANNOT FITS INTO OUR WORLD OF SCIENCE AND TECHNOLOGY.DISCUS." Fuh. Kali ni aku memang tiada idea. Kalau bah-bab tradition ni aku memang blur. Setengah jam aku sudah siap. Dan terus balik. Aku buat 1 3/4 page sahaja. He he he
Lepas siap aku terus balik. Tapi entah sial apa, aku terlupa bawak balik botol air aku yang aku letak di bawah meja. Gara-gara excited mau balik sampai terlupa. Mamaku cakap, manatau rezeki dapat kerja Kastam, sedekah jak la botol tu. hahaha. Ndakda kaitan bah.
Apapun keputusannya 9 March nanti, aku terima sahaja. Tidak permah menaruh harapan kerana aku semakin suka dengan kerjaya baru aku sekarang ni. Bisnes. Ada niat mau buka butik. Harap-harap, ada rezeki lepas kahwin nanti.
AMINNNNNNNN!!!!
ada 3 blg soalan tiada jawapan. kawan ku cakap la. sab dia pun amek tu test. best la tu free 3 markah.....
ReplyDeletewish u luck! *pssttt! i tak suka exam bila tua tua ni.. selalu pegi exam kerajaan buat main main je.. sib baik tak failed*
ReplyDelete