31 January 2010

...tag lagi...

Berbulan ndak buat tagging game ni...aishh....bah..ndak pa la...the first for two o one o...

1) MY TOP 10 MOST FAV FOOD
-crab corn soup...
-yum2...
-soto
-bakso
-sushi (yummy...lama ndak makan sushi ngn best fren aku d kk..wei..rindu wei...)
-tomyam
-tomyam wan2...
-semua yang mamaku masak
-mesti ka jugak 10???

2) 10 THING I LURVE DOING
-main poker(sekarang)
-lepak rumah
-layan FB
-tgk tv
-tidur
-
-
-
-
-sekarang ni aku sudah ndak da benda yang alu suka..hahah cukup la di atas tu..


3) 5 types of man i adore
-sayang aku lebih dari aku sayang dia..
-perlukan aku lebih dari aku perlukan dia...
-rindu aku lebih dari aku rindu dia..
-manja dengan aku lebih dari aku manja dengan dia..
-dan yang paling penting...lelaki yang sanggup kongsi suka duka dia dgn aku...

4) 5 THINGS I LURVE DOING WHEN IM SAD
- aku bekurung dalam bilik sendirian dalam kedaan gelap..
-satu jak yang aku buat..tu yg di atas jak..
-
-
-

5) 5 THNGS I LURVE DOIN WHEN I'M HAPPY
-banyak cakap..
-senyum sendiri2..
-tiba2 ada mood belanja orang makan..jadi sapa mau mintak spen ngn aku...make sure aku happy time tu...
-
-

6) 10 WAYS TO WIN MY HEART
-sentiasa ada bila aku perlukan...ndak kira la aku call ka..sms ka..jumpa ka...
-bekorban demi aku...lebih dari apa yang aku korban untuk dia..
-faham aku...lebih dari aku paham dia..
-sayangi aku..lebih dari aku sayang dia..
-care pasal aku...lebih dari aku care pasal dia..
-jan kongkong aku...seperti mana aku ndak pernah kongkong dia..
-manja dengan aku...lebih dari aku manja ngn dia..
-faham apa yang aku suka dan ndak suka..
-penat...ndak tau apa lagi ni...
-???

7) MY TOP 5 MOST FAV JUNK FOOD
-tasen
-bika
-tasen
-bika
-tasen

8) 5 THINGS I WISH IT COULD HAPPEN
-kawin dengan 'dia'
-hidup bahagia dengan 'dia'
-travel dengan 'dia'
-beli BMW 7series
-1 juta dalam account bank atas nama aku..asi???


9) MY TOP 10 RECENTLY MOST ADDICTED SONG
-i'm yours - lagu lama tp banyak kenangan
-aku wanita biasa - KD
-dilema-ungu
-separuh jiwaku pergi - anang
-bukan cinta manusia biasa - dewa
-taking back my love - enrique
-i dont love u - MYR
-
-
-


11) 10 PERSON I WISH 2 TAG
- malas..sapa mo buat..buat la..




nota kaki tangan dan mulut:semmat...buat tag ni time orang tgh kenduri di luar...

...adoi...adoi...adoi...

adoi...mata ngantuk...tapi ndak boleh tidur...apa cerita ni?? ni la akibatnya bila mata sudah biasa tidur awal..tiba2 2-3 hari ni rutin berubah..damn..besok pagi mamaku suruh aku bangun awal lagi.. mau buat dadih untuk kenduri esok malam...alawe...duhai mata..tidur la dikau...tolong aku sebelum aku kena bebel lagi...tolong ya..tolong ya...mau atau tidak..lepas jak entri ni...off laptop... go to sleep...


chop2...

belum boleh tidur..

Liverpool vs Bolton belum habis....


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




30 January 2010

...memory...

kadang2...
bila kenangan itu datang...
ya..aku rindu dia...
tipu kalau aku cakap aku dapat lupakan dia...
mungkin aku berdosa...
sebab masih ingatkan dia...
padahal...
cerita antara kami sudah lama berakhir...
walaupun bagi dia...
hubungan itu sudah lama berakhir...
tapi..
bagi aku...
sampai bila pun...
aku tidak akan dapat jumpa lelaki seperti dia...
sanggup bekorban apa saja untuk aku...
sentiasa ada bila aku perlukan dia...
kemana dia pergi aku sentiasa dibagitau..
itu yang membuatkan kami tambah rapat..
walaupun tika itu aku d kk dia d tawau...
cuma...
mungkin tuhan bukan ciptakan dia untuk aku...
mungkin antara kami ada pertemuan..
tapi tidak ada jodoh...
makin hari...
aku makin dapat menerima kenyataan itu...
walaupun hubungan itu tidak berterusan...
sekurang2nya aku bersyukur..
pernah rasakan kasih sayang dari lelaki itu...

yang pasti...
bila aku sedih...
aku ingat dia..
bila aku sepi...
aku ingat dia..
bila aku rasa keseorangan...
aku ingat dia..

betul kata orang...
cinta pertama itu susah untuk dilupakan..
walaupun dia bukan orang pertama jadi teman aku...
tapi...dia lelaki pertama yang aku cinta mati...
mati tahap gaban...

apapun...
semua itu hanya tinggal kenangan...
pahit atau manis...
ia tetap akan dikenang dan disimpan rapi di dalam hati...

...bila kalah poker....

bila kalah poker...
hati sakit lebih teruk dari putus cinta....

bila kalah poker...
sedihnya lebih teruk daripada ditinggalkan boyfren...

bila kalah poker...
mood hilang mengalahkan time datang bulan...

kesimpulannya...
poker pemusnah emosi aku.....



SUMPAH!!!aku ndak mau main sudah!!!






nota kaki tangan dan mulut: konon jak ni..5-6 minit nanti sambung main jugak tu...

...mata aku bengakak...

gara2 seharian main poker....

ingatkan mau tobat...

tapi ada kawan bg modal 500k...

ndak sangka pulak kali ni aku berjaya...

dari 500k aku sudah cecah 10m pagi td...

tp kalah lagi...

skrg tinggal 6m..

ndak pa la...

at least...kali ni aku nekad...

ndak mau tamak macam dulu...

main pelan2...

main sampai bengkak mata...

YEAH!!!!!

28 January 2010

...pernah kah???...

kamu teringin kembali ke zaman kanak2....????


aku pernah.....


malah selalu...


sebabnya....


zaman kanak2 ndak perlu fikir tentang masalah hati dan perasaan....


ya!! aku rindu zaman itu....




...senaman muka...

ada sapa2 tau senaman muka untuk kecilkan pipi???



help me....

...steamboat - part 2...

semangat berkobar2 si bech...

sebelum...

tengah...

selepas...(bersih...)

..it's hard to find someone who loves u more than u do...

why????

27 January 2010

...steamboat...

kenyang...



alhamdulillah...

..rosak ana punya plan...

baru plan mau bawak mamaku p makan steamboat...

tp hujan la pulak...

aiseh...


ahhh!!

aku ndak peduli...

hujan pun hujan la...

lagi sedap makan steamboat time hujan2 gini...






sekian!!

...aku jumpa lagi...

Aku jumpa lagi benda yang boleh di kongsi...aku jumpa dari link ini jugak. dan kali ni aku mau jawab dia punya fakta..:D



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

- betul..aku ndak suka lelaki yang meninggi suara...sebab aku takut dia marah...tapi kalau aku yang meninggi suara ndak pa..sebab tiap kali aku meninggi suara tu mesti ada benda yang aku ndak suka dia sudah buat...:P


2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya
pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih
mereka… macammana tu?

-aku ni paling ndak suka kongkong orang...jadi aku pun ndak suka kena kongkong jugak...:D


3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain
kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta
sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

-cemburu buta...hurm...cemburu tu penting...kalau ndak cemburu means kita ndak sayang pasangan kita...tapi jan la cemburu buta...aku cocok jugak mata ko nanti biar betul2 buta...


4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh
lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak
terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

-hahaha...betul tu..tp aku panas baran ndak pa..sebab aku memang panas baran ponn..:D


5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda
berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak
menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa
juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga
dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki
mereka membazirkan duit dengan merokok.

-hahahahaha...ini aku no komen...sebab dulu aku memang pantang dengan lelaki merokok ni... tapi kan...aku pernah dulu sekali terjatuh cinta dengan lelaki perokok...malahan hard smoker lagi. tapi sib baik rokok dia yang light jak.so ndak la telampau sakit kepala.satu lagi..dia kalau merokok dia ndakkan dekat dgn aku sbb dia tau aku alah pada asap rokok...huhu...jadinya...aku siap jadi tukang beli rokok dia time aku kerja buat KKIA dulu..haha..aku telah menyalahgunakan PASS MAB untuk membeli rokok free duty.hahahaha



6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki
menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

-AKU PANTANG LELAKI EGO!! TREP HEBAT...PADAHAL NDAK INGAT KA KO PUN LAHIR DARI PERUT PEREMPUAN!!!!


7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang
mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya
mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah
berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki
kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat
berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama
kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

-bagus mati lelaki begini ni...


8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

- fitrah..lelaki tidak puas dengan satu...bila lelaki main kayu tiga...digelar hebat..macho...hero..tapi bila perempuan main kayu tiga...gatal..lanjik..getek...kegatalan...semua yang buruk2..


9. SUKA ‘CUCI MATA
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak
salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga
cik abang!

-ini aku ndak kisah...sbb aku pun selalu buat...


10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi
mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada
paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih
suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!

-haha...perasan hensem...hensem tapi bangang buat apa??


11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai.

-ini sama dengan ego la ni...


12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.

-dia lupa fitrah perempuan yang suka pada perhatian...terutamanya dari orang yang dia sayang...still lagi sebab EGO!!


13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki
spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula
yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan
lelaki hilang pulak?!!

-lelaki begini lelaki ndak tau malu...


14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja
dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa
bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita
ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

-bagus kawin dengan kerja ko


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa
segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum
lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

-YARKKKKKKKKKKKKK!!!tolong la... biar ndak hensem..janji bersih dan kemas..i likeeeeeeeeeee


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.
Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?

-RAKUS!!!


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah
pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai
bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah
anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat
demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat
anda pula.

-time susah pandai pulak cari gf..taik tul la...



18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura
tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

-tidak mahu menghargai...nanti sudah kehilangan baru mau hargai...bodoh!!


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak
mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan
terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai
pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa
akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.

-jujur la..sebab sepahit manapu kejujuran itu lebih baik dari pembohongan...


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana
wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda
rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah
semacho yang disangkakan, tak guna juga!

-hahaha...kalau betul2 macho ndak pa..





nota kaki tangan dan mulut: karena wanita ingin dimengerti...:D

...sekadar untuk berkongsi...

tadi aku check shoutmix aku..tetiba aku dapat link ini. dalam blog tu ada cerita pasal rokok...hahaha..dan aku rasa lucu...4 sebab kenapa remaja suka merokok....


-Rokok umpama seperti gula-gula.Bentuknya kecil leper dan panjang mungkin membuatkan remaja nak "stim" nak trynya.Try kalau rokok ni bentuknya macam pizza atau kebab ? Sure remaja tak lalu nak hisap rokok.


-A.S.A.P.Bukan as soon as possible la tapi asap, asap rokoklah.Faktor ini juga menyebabkan remaja kita sekarang ni gian nak hisap rokok.Kadang-kadang tu biler kat tempat umum, suka sangat hisap roko sambil hembus asap-asap rokoknya tu.Bajet nak menunjuk asap rokok die tu, baik la tengok asap bakar sampah dari tengok asap rokok.


-Macho dan bergaya.Hah camtulah gayanya.Remaja bajet diorang akan nampak macho dan hensem biler die hisap rokok.Kawan akupun cakap kalau dia nak tarik perhatian pompuan dengan penghisapan rokoknya itu.Haha bodoh betul member aku tu, perempuan paling benci lelaki yang merokok.


-Tension.Inilah alasan bukti kenapa dan mengapa remaja hisap rokok.Tension,boring dan bengang, ini antara alasan kelakar remaja kita sekarang biler kantoi hisap rokok.Bapak la ko punyer tension.Tension pegi hisap rokok, tension hisap rokok, giler ke ape, ko xder agama ker.Orang kalau tension,serabut pegilah tido.Takpun pegi amik wudhuk tu,sejuk hati.



Kesimpulannya.....merokok membahayakan kesihatan...



sekian!!!








nota kaki tangan dan mulut: nasib baik bapak aku bukan perokok :P

...semangat bah dia...

sumpah..
aku sendiri ndak tau ni...
napa aku semangat buka blogger.com ni...
semangat kunun mau beblog...
tapi ndak tau mau post entri apa...



tolong!!

anyone tampar aku..boleh???

at least pas tu aku boleh post entri yang bertitile "aku di tampar oleh ....."


TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




26 January 2010

...happy belated birthday...

hukhukhuk...tebatuk aku mau taip no entri oo...haha..first of all...aku mau wish HAPPY BELATED BIRTHDAY untuk blog aku....haha..sepatutnya 10 Januari tu hari... huhu.. memandangkan aku sibuk layan poker..aku lupa pasal blog aku..huhu....so sempena 2010 ni blog aku berwajah baru(even aku cuma tukar kaler...tapi tetap wajah baru jugak kan...)....and dari masa ke masa aku akan try lah ubah lagi blog aku ni.bukan apa..semenjak lama ndak layan blog ni aku jadi buta coding..and jadi pelupa sikit...besalah...namapun sudah masuk 2010..umur aku pun makin bertambah la...jadi paham2 la...hukhukhuk...

apa mau cerita ya...sebenarnya banyak cerita...tp aku rasa aku lebih suka simpan dalam hati sekarang ni....kalau dulu..apa yang aku ndak puas hati aku post di blog...tapi skrg ni aku cam rasa suma tu privacy..hahah...tp tgklah..smpi masa aku post jugak tu. cuma yang pasti....sampai sekarang aku masi mencari jalan kebenaran...jalan sebenar...jalan yang paling tepat untuk menuju ke masa depan aku. ARGHh!! kadang2 buntu jugak kepala otak ku ni.tapi..apa boleh buat...bak kata orang...hidup perlu diteruskan...

WTF..apa aku mengarut...aku sendiri ndak tau..sebabnya..aku teda idea mau buat entri pasal apa...ini ni pun saja2 supaya entri untuk januari 2010 ni banyak la sikit ...kan mo masuk febuari sudah ni...

ish...tiba2 kepala blank...sambung len kali la...chow



time to
ZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

23 January 2010

...2 bulan...

hahaha..rasa lawak...almost dua bulan aku ndak update blog ni...semuanya gara2 addicted to poker. sah gila. tapi ndak tau hari ni mimpi apa tiba2 ada hati buka balik blog. rupanya banyak benda aku tertinggal dan sebenarnya banyak benda aku mau update blog aku...hikhik..apapun.. belum terlambatkan mau wish HAPPY NEW YEAR!!!ok...ada masa nanti aku update sikit2 ya...