23 June 2011

Ini lah akibatnya bila lama tidak blogging!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum ^__^,






Betul cakap Umie Aida, MALAS ADALAH SATU PENYAKIT YANG TIADA UBATNYA. Dan disebabkan penyakit malas jugak la aku lama tinggalkan blog ni. Dulu rajin bebenar la kan. Paling kurang pun satu entri per day. Kalau begini gayanya susahlah dapat BE. Takut Nuffnang mau bagi. Janji tinggal janji jak la kan. Janji mau update even satu entr. Tapi HAMPEH!!



Sejak aku jarang blogging ni, banyak benda aku tertinggal. Salah satunya WORDLESS tu. Ntah binatang apa la. Mau join buat macam blogger-blogger lain, takut salah pulak. Jadinya terpaksa buat dunno la. 


Satu lagi pasal blog kena hack . Hah ni lagi satu yang aku ketinggalan. Aku dapat tau pun lepas baca blog Cik Azura kita. Tajuknya Ada Blog Kena Hack? Lihat Senarai Blog Ini. Anda Mungkin Mangsa Seterusnya!  Hairan jugak aku. Boleh-bolehnya aku ndak tau. Argh!! Agak mengejutkan. Tapi maybe betul cakap Cik Azura, maybe itu senarai yang pernah mendaftar dengan GENG BLOGGER. Dulu aku pernah daftar jugak atas URL http:// www.rinadorina2009.blogspot.com. Memang ada pun dalam list url tu. Tapi yang baru ni tiada pulak. Hurrm apapun kena berhati-hati jugak sedangkan web kerajaan boleh kena hack ni kan pulak blog buruk aku ni. Tapi kalau pun ada orang mau hack, apalah yang dia dapat. Bukan ada apa-apa pun. Nuffnang pun ndak berani mau bagi BE ni lagi orang mau hacked. USELESS ok. Lupakan la hackers oi!




Hari ini aku mau janji lagi aku akan rajin update blog after this. JANJI lagi. Tapi sure aku ndak tepati. arghh!!



Tapi biar lah bah. Persetankan saja. Suka aku la blog aku kan. Aku blogging pun suka-suka.



Oklah. Cukup untuk hari ini.


bye semua!

16 June 2011

Selamat Pengantin Baru Awang,Sabariah dan Noraliana. Congrats!!!

Assalamualaikum semua ^___^,


Rasa-rasanya la kan, bulan Jun merupakan bulan malas sedunia.Entah lah kenapa aku malas mau update blog. Bukan tiada idea, cuma malas mau fikir. Macam manalah Nuffnang mau bagi BE banyak-banyak kalau gini kan. Entahlah. Maaf En. Nuffnang. Saya akan usaha untuk update blog hari-hari. Saya janji saya usaha. ^^. (mengarut)


Ok berbalik kepada tajuk.Aku just mau ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat aku yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Aku doakan semoga kalian semua berbahagia hingga ke anak cucu. 

AMIN!!!!






 AWANG & ISTERI





SABA & AZLAN





INA. Gambar laki dia ndak da. 





p/s Dapatkan contact lens yang cantik-cantik dan murah-murah di KIKI SHOP




11 June 2011

Kucing Yang Gigih & Bijaksana

Assalamualaikum dan selamat berhari sabtu semua ^___^,


Setelah lama ndak update blog, hari ni aku mulakan cerita dengan kisah seekor kucing yang gigih.Buat pertama kali aku jumpa kucing yang begitu gigih . Actually, si kucing belang itu adalah kucing jiran sebelah yang selalu datang ke rumah untuk mengacau kucing adik aku DIPSY. Kebetulan kemarin pagi, aku pergi ke belakang rumah. Tiba-tiba aku terlihat seekor kucing yang sedang gigih berusaha mendapatkan FRISKIES. Bijak jugak kucing tu kan. Kagum seketika aku dibuatnya.









Kegigigannya buat aku kagum. Sedangkan binatang tau berusaha mendapatkan makanan. Inikan pulak manusia yang punya tulang empat kerat. Pemalas punya pasal sanggup pergi memintak sedekah, pergi mencuri dan merompak. Eh kejap. Adakah kucing ini dikategorikan sebagai mencuri jugak, sebab dia curi makanan c Dipsy???? ^___^. Aku kategorikan sebagai TIDAK! Sebab time tu aku ada di sana. ^___^. Lucu jugak melihat telatah si belang ni.



Moral of the story rezeki tu ada dimana-mana. Kita yang tentukan bagaimana dan dimana untuk dapatkannya.



Sekian.


Bye!


Full Stop!!




06 June 2011

Sana Sini Orang Kahwin : Perlukan Jahit Baju Baru Tiap Kali Hadiri Majlis Perkahwinan Orang????

Assalamualaikum semua ^___^,


Dua hari cuti, dua hari jugak blog aku ndak ter-update tau. Aduh!!! Sabtu ari pagi sampai petang melipat kain. Apa tidaknya, kain seminggu ndak basuh sebab sibuk urus majlis kahwin adik aku hari tu. Salah satu lagi faktor yang menyebabkan aku lipat baju dari pagi sampai petang adalah lipat satu baju, layan facebook 30 minit. Pastu sambung lagi satu baju, layan facebook lagi apa tidaknya sampai ke petang aku melipat.


Ahad pulak, aku menyibukkan diri ikut mamaku pergi rumah orang kahwin. Pagi ada dua jemputan dan malam ada satu. Ndak sempat pun ambil gambar pengantin. So yang aku sempat ambil gambar aku dengan Ninong jak la.









Ini gambar pagi. Aku pakai baju kurung pahang yang aku buat tahun lepas untuk majlis kahwin cousin aku yang di Labuan. Aku pakai balik sebijik yang aku pakai masa kahwin cousin aku tu cumanya aku tambah inner kuning tu untuk kelainan.








Atas ni adalah gambar masa cousin aku kahwin. Hah! kan sebijik. Aku pakai balik. Yang lainnya cuma time cousin aku kahwin bulan 12 tahun lepas badan aku memang agak naik macam dipam-pam walaupun sudah diet setengah mampus.





Sebelah malam, aku join mak aku lagi.Kali ni di Dewan Lau Gek Poh. Macam biasa aku pakai baju lama jugak. Baju ni aku sepatutnya pakai masa wedding cousin aku tahun 12 2009. Ha ha ha.







Ini gambar dua tahun lepas.Masa ni majlis kahwin cousin aku di Labuan. Tema kami Purple. So aku buat baju ni sempena cousin aku kahwin la. 














Dan dua gambar di atas ni adalah semalam, time aku hadiri majlis kahwin di dewan tu. Sama kan baju. Yang lainnya dua saja. Tudung dan badan aku masa cousin aku kahwin hari tu pun sama macam di pam-pam. Kembung semacam.





So, kesimpulan yang aku mau buat adalah, dulu aku gemuk sekrang kurus sikit.^___^. Eh. Bukan. Kesimpulannya, perlukah kita buat baju baru untuk majlis kahwin orang lain. Maksud aku, ada spesis manusia, tiap kali dia mau hadiri majlis kahwin sesiapan saja, even bukan family, ia akan buat baju baru. Hairan. Perluka??? Entah. Bagi aku ndak perlu. Kan baju kita boleh pakai beberapa kali. Aku ndak malu mengaku yang aku memang akan rotate baju. Biarlah baju berapa tahun dulu pun janji masih boleh pakai. Aku hanya akan buat baju bila yang kahwin itu adalah sepupu aku or keluarga terdekat aku sahaja. sebab ingin mengikut tema la kunun-kunun la. 








Yang atas ni aku buat baju baru sebab ikut tema kahwin adik aku. Pagi kuning dan malam biru(gambar bawah).







So,kesimpulan dari kesimpulannya, bagi aku, tidak perlulah mau jahit baju baru tiap kali mau hadiri majlis kahwin orang. Boleh pakai balik baju lama as long as kita pandai mengubah gaya dan penampilan. Tapi untuk keluarga terdekat atau sahabat terdekat kita itu tidak kisah. Itu pendapat aku. Pendapat orang lain aku ndak kisah. Maybe dorang kaya banyak duit. So bolehlah beli baju baru tiap kali ada jemputan kahwin. ^___^





p/s tengah fikir-fikir tema untuk majlis kahwin aku nanti warna apa??

03 June 2011

Setan Facebook

Assalamualaikum dan Selamat Berhari Jumaat ^___^,



Wahhhhhhhhh!! Rajin bebenar si Rina hari ni mengupdate blog. Pagi-pagi buta sudah menghadap laptop. Sambil breakfast cekodok pisang lagi.Kebetulan aku nampak laptop adik aku atas meja, terus aku rembat buka. Kalau harap laptop aku, malas jugak sebenarnya mau update blog pagi-pagi buta ni.


Semalam, tengah aku tengah asyik layan facebook, tiba-tiba adik aku ketuk pintu.


"mau tengok movie??" adik aku tanya


"movie apa?" aku jawab


"SETAN FACEBOOK"



Uikss...movie apa kah??? Dalam hati aku mesti cerita Indon ni. So aku pun kuar dari bilik join adik aku ngan laki dia tengok. Gara-gara mau ambil feel tengok movie, movie hantu pulak tu, aku siap kasi mati lampu di ruang tamu. ha ha ha.


Mula-mula tengok macam biasa la. Tiada yang seram pun.Setakat Facebook kena hacked. Ndak la seram pun kan. Aku pun kurang faham sebenarnya cerita ni pada mulanya. So layan jak la. Tapi banyak betul soalan. Itu siapa. Ini siapa. Yang hantu tu mana???


Bila tiba-tiba pasrt satu jantan ni jumpa satu perempuan then dia bawak tengok wayang.Wayang ada adegan  18sx, tu lelaki apa lagi, terus naik miang la kan. Then lepas tu, diorang pulak la kissing kan. Kissing punya kissing punya kissing, tiba-tiba tu perempuan bertukar menjadi hantu.Terkejut Otromen ok!!! Hantunya ndak la seram sangat pun yang bikin aku terkejut sound system dia amat mengejutkan itu.


Aku pun ndak faham kenapa lelaki pertama tu jadi mangsa still blur-blur lagi. Lepas lelaki1 tu, kawan si heroin lagi mati. Then boss si heroin. Yang pasti yang mati semua tu adalah orang-orang yang curang di Facebook dan mencari kenalan dari Facebook.


Bila mau dekat ending cerita baru la aku tau kenapa Setan Facebook tu menjadi anti Facebook. Rupa-rupanya dia tu mati gantung diri gara-gara BFnya membatalkan majlis perkahwinan mereka. Puncanya, si heroin la. Terlalu fanatik FB.Sampaikan satu hari dia pergi ke CC hanya kerana mau mengupdate Facebook. Si Setan Facebook pulak kebetulannya terlupa logout Facebook. Si heroin ni nakal pergi update bukan-bukan dan menyebabkan BF si Setan tu membatalkan perkahwinan mereka. Selain itu BFnya jugak curang di FB.


Moral of the story, Facebook ni kadang-kadang bahaya jugak kan. Boleh membuatkan sesebuah hubungan hancur. Moral of the story lagi, tolong la jangan hacked Facebook orang dan buat benda-benda mengarut yang boleh menyebabkan fitnah.Selain itu, moral of the story jugak JANGAN TERLALU PERCAYA FACEBOOK!!!!


Bawah ni ada full movie SETAN FACEBOOK  yang aku jumpa dalam Youtube. So, pada sesiapa yang mau tengok, sila lah enjoy!!!




























p/s sekali sekala layan cerita hantu malam Jumaat...asyikkkkkkkkkkkkkkk!!!!!






02 June 2011

BE lagi. Thanks Nuffnang! I heart You!!

Assalamualaikum semuaaaaaaaaa ^___^,



Dua tiga minggu lepas, aku sibuk dengan urusan kahwin adik aku sampaikan blog ni terabai. Tapi dalam teriabainya blog ni, ndak sangka ada juga BE masuk hari ni. Thanks la kepada pengunjung-pengunjung semua. Tanpa anda mustahil dapat BE baru ni kan.


BE kali ni dari M&M Vote & Win . Sudah orang baik hati bagi aku rezeki, apa salahnya aku tolong promote web tu kan. Bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa. Cewah!!




Ini rupa BE tu.





Ni la rupa web tu hah!







Hadiah dia best ok!! USD 1,000.








Mudah saja, anda hanya perlu vote.







Lepas tu masukkan tarikh lahir.








Lepas tu masukkan details anda.









Lepas tu tamat.




Sekian untuk promosi kali ini.



Sekali lagi TERIMA KASIH NUFFNANG dan SEMUA ORANG YANG MELAWAT BLOG BURUK INI. Teruskan melawat ya.

Jalan-Jalan Cari Makan di ABC Cina "Kedai Kopi Wah Hing"

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^___^,


Aku ada seorang makcik (adik mak aku), dia tinggal di Labuan. Dia memang jarang balik Tawau. Tapi once dia balik, semua benda yang dia teringin makan dia akan makan di bumi Tawau ni. So, kebetulan hari tu dia ada pergi makan ABC kedai cina satu ni. Kedai ni memang sudah lama rasanya. Kalau ndak silap dari zaman aku belum lahir dan dari zaman diorang mamaku dan makcik-makcik aku muda-muda lagi.Dari zaman cina tu yang bejual sampaila sekarang ni anak-anak dia yang bejual. Lama jugak kan kedai ni. Tapi sudah upgrade la kedai dia. Tapi, macam makcik aku cakap, biar berapa lama pun, rasa ABC dia tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Haiyoooooooooo!! Boleh pulak makcik aku kenal rasa ABC tu dari dulu sampai sekarang kan.




Dipendekkan cerita, 31 May yang lepas, pergilah aku membawa makcik aku yang satu lagi ni makan selepas makcik aku yang di Labuan tu cerita yang dia pergi makan ABC. Adei..lawak la. Kami yang tinggal di bumi Tawau yang indah permai ni pun jarang sekali pergi makan ABC di sana. Diorang yang datang dari KK dan Labuan yang kepingin. Lucu plak aku rasa.






Nama kedai cina ni KEDAI KOPI WAH HING. Kedai ni popular dengan ABC dia. Semua jenis ABC ada. Paling mantap kalau makan ABC dengan roti bakar.




Ini ABC biasa. Bukan alang-alang kan. Makan guna piring tu. Bukannya mangkuk. Ni yang buat ABC ni nampak nostalgia sikit.






Ini aku punya. Aku makan ABC Jagung. Eh.. kalau sudah jagung sahaja, bukan ABC la namanya.




Ni adalah anggota yang pergi makan ABC.  Menaiki Waja buruk aku. Full wooo kereta aku. Kalau boleh bercakap, lama sudah bercakap kereta aku tu.





Aku si Mak Supir (driver la tu)






L-R : Uwak (Makcik aku paling Tua), Mak aku




Kazen aku bersama anak-anaknya






Makcik Mun, Makcik aku yang tinggal di Labuan tu.






Gambar tambahan:







Mikail yang baru lepas nangis sebab mau LOWIIIIII a.k.a LORI. Sebenarnya dia ternampak basikal di kedai  tempat kami parking kereta tu. Sibuk dia mau LOWI LOWI LOWI. Lucu jugak kan tapi cute pulak dia sebut LOWI tu.






p/s Time ni aku haus banget rasa macam mau sepiring lagi...ha ha ha

Percubaan Memakai Tudung Ala-ala Hana Tajima Tapi GAGAL!!!


Assalamualaikum dan selamat pagi semua ^___^,



Ini Hana Tajima (for those yang ndak tau siapa Hana Tajima adalah wanita cantik yang berbaju merah). Cantik kan Hana Tajima ni. Ya dia memang cantik, cute dan lawa. Entah kenapa hari ini datang mereng kepala aku tiba-tiba ada hati dan ada niat mau pakai tudung ala-ala Hana Tajima. KONON!






Dan hasilnya....







Ok. GAGAL!! 100% Gagal! Antara sebabnya adalah aku bermuka chubby. Sungguh buruk bila memakai tudung macam ni. Kedua, sure mak aku cakap " kenapalah tudung ko tu berselrak gitu". Ya. Mak aku ni bab-bab fesyen tudung dia kureng sikit. Mak, fesyen macam ni la sekarang femes. Tapi jujur, mak aku lagi suka tengok aku pakai shawl macam biasa. Yang tiada terlepas sana. Yang kemas-kemas sikit. Yang tidak serabai.Tapi biasalah, anaknya ni degil sikit. Suka la kan mau ikut-ikut orang. Bukan jugak la terlampau mengikut. Nama pun fesyen. Nanti kalau kita ketinggalan, orang cakap oudated pulak kan. So pakai la apa pun yang penting empunya diri selesa.


Aku sebenarnya berniat ingin mencuba lagi fesyen Hana Tajima ni sebabnya macam selesa pulak kan. Cuma perlu dikemaskan lagi sikit-sikit. Next try will be tomorrow. So besok kita tengok la macam mana hasilnya.




p/s apa petua kecilkan muka?? ada sesiapa tahu???

01 June 2011

My Sister's Wedding

Assalamualaikum semua ^___^,

Semenjak busy dengan preparation wedding adik aku last week, sikit pun aku ndak ada sentuh blog. Jangankan blog, laptop pun ndak da. Busy tahap aku yang kahwin kan. 


Sebenarnya, sampai sekarang aku masih malas mau update blog. Mood penat menguasai diri. Konon-konon mau layan movie la kan. Curik dari hardisk makcik aku. Tapi entah kenapa ndak dapat pulak buka movienya. Ambil sampai 10 movie. Satu pun susah mau buka. At last merajinkan diri bukan blog yang sudah bersarang labah-labah ni.


Tiba-tiba datang rajin la kan mau share sedikit gambar kahwin adik aku 28 May 2011 yang lepas. Aku ndak banyak bergambar sebabnya aku busy. Sebagai tuan rumah dan anak sulung, almost semua orang pun cari aku. Kejap-kejap "Rina bla bla bla..", Kejap-kejap "Rina mana itu..", Rina mana bla bla bla.." Haiyok!!! Penat wei! Sudahlah 2-3 hari sebelum tu pun sudah busy temankan mak aku p belanja apa yang patut. Belanja last minit la katakan. 


Tapi paling aku rasa hebat dan gagah bila aku temankan mak aku pergi pasar pagi-pagi buta. Bukan jam 6, bukan jam 7, tapi JAM 4 PAGI OK!!  Mak aku cakap, kalau pergi pagi-pagi buta, kita boleh dapat harga borong. Memang pun dapat harga borong. Aku ingatkan pagi-pagi buta macam tu ndak la ramai orang, tapi rupanya ramai gilak orang. Best pulak rasanya ke pasar pagi-pagi buta macam tu.


Ok.Lupakan pasal hal-hal pergi ke pasar. Bawah ni aku share sedikit gambar time kahwin adik aku. Macam aku bagitau sebelum ni gambar aku ndak banyak sebab terlalu sibuk urus itu ini. Kalau bergambar pun for sure buruk bebenar gambarnya sebab muka teramatlah penat.



Majlis Akad Nikah : 28/05/2011 Pagi Jam 10.45
















Majlis Bersanding: 28/05/2011 (Malam)


































Ok TAMAT!!!





p/s muka aku pucat gila..luntur makeup sebab banyak kerja!!