Apex! Apex! Apex!Kenapalah kau banyak betul kotroversi! Mau cakap gila popular, rasanya kau sudah popular pun. Ndak perlu lah mau buat kontroversi-kotroversi murahan macam ni. Nama macam BAPAK SEGALA PLAYBOY pulak aku tengok kau ni. Dalam setahun ni sana-sini kontroversi kau dengan perempuan itu lah, perempuan ini lah.
Ish! Ish! Ish! Ndak Habis dengan kisah putus tunang kau dengan si Jejari Runcing tu kau dikaitkan dengan si Dahlia Teck. And Now Shida Harmi. Sudah-sudah lah tu. Aku as penyokong HARIMAU MUDA, rasa macam, eh apa ni??? Please la. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Bawah ni, ada beberapa gambar mesra dan kontroversi Apex. Enjoyyyyy!!
Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang ditulis, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.
Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. Tak gitu?
Daripada langsung tidak dikenali, nama Shida Harmi terus meletup apabila gambar mesranya bersama Khairul Fahmi tersebar di laman blog beberapa hari sebelum ini. Tambah menyedihkan, Shida sebenarnya sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 2 minggu. Pastinya perkara ini memberikan impak yang negatif kepada Shida, tunang dan keluarga mereka.
Bercakap kepada Harian Metro, Shida menyatakan yang dia menerima gangguan daripada peminat Apek apabila gambar tersebut tersebar.
Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.
Apabila ditanya tentang kewujudan orang ketiga oleh wartawan OhBulan, Shida mengesyaki yang memang wujud orang ketiga dalam hal ini.
Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita.
Dan Shida menafikan yang tulisa di dalam BBM adalah miliknya.
Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact.
Pengajarannya mudah sahaja, janganlah ambil gambar semesra begini dengan mana-mana lelaki. Kita tak tahu siapa yang dengki dan marah dengan kita. Bila dah ada gambar sebegini, sesiapa yang busuk hati boleh menggunakannya untuk menjatuhkan kita. Kepada Shida, semoga anda tabah.
SUMBER: Blog Bulan Purnama
No comments:
Post a Comment