23 July 2013

Pengalaman Menghadapi Kebakaran Buat Kali Kedua

Syukur Ya Allah dan terima kasih kerana masih memberi peluang kepada kami sekeluarga. Kepada 4 buah rumah yang terbakar, takziah aku ucapkan.


Lebih kurang jam 11.00 malam, ketika itu aku tengah syok melihat hubby  dan 3 lagi kawannya tengah mengganti tayar kereta yang terkena paku. Tiba-tiba kami terdengar bunyi teriakan orang. Ingatkan bergaduh. Kami pergi ke arah suara. Dari jauh kelihatan api tengah mula naik. Panik! Oh tidak. Terbayang lejadian 2009. Aku apa lagi, berteriak lari menuju rumah memberitahu seisi rumah. Ah sumpah. Aku panik gila. Time tu no telefon semudah "999" pun aku lupa. Yang aku tahu time tu cuma berlari sambil berteriak " MAK KEBAKARANNNNNN". Lepas inform family aku, aku jadi blur. Ndak tau mau buat apa. Hanya kalimah "Allahhuakbar" Ya Allah" saja yang mampu aku sebut. 


Kebakaran kali ini, aku bersyukur, sekurang-kurangnya ada bapak aku dan hubby aku. Teringat aku kebakaran tahun 2009. Time tu bapak aku di Bangkok. Aku dan adik aku time tu dua-dua belim kahwin. Tiada lelaki yang boleh diharap. Dengan mamakku yang separuh lemah. Dengan aku mau mengurus lori yang parking tepi rumah dan kuncinya tertinggal di opis. Arghh. Ndak keruan. 


Apapun, aku bersyukur. Allah masih membantu kami. Kepada yang terbakar terutama sekali rumah yang mula-mula terbakar, ALLAH lebih mengetahuinya. Selama ni penduduk sekeliling bersabar dengan perangai anak kamu yang mencuri, tempat jual batu dan paling baru aku dengar tempat bergelumangnya maksiat. Nauzubillah. Waulahuallam. 


Rasa simpatiku tinggi untuk mereka yang tidak bersalah. Especially anak yatim yang tinggal di sebelah. Yang rumahnya hangus. Simpati kerana orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa.


Ahh sadis bila teringat, salah satu rumah yang terbakar tu adalah rumah customer aku. Kakak tu baru jak beli set baju kurung flora . Buat raya katanya. Sedih! Sumpah aku sedih. Apalah makna Raya tanpa rumah! 



Apaoun yang terkaji, pasti ada hikmahnya. Semoga di bulan Ramadhan ni ramai insan-insan yang ingin memberi sumbangan. Semoga Allah membalas pahala kalian. 




1 comment:

  1. Sedihnya, setiap kejadian rahsia Allah. No idea, kalau benda yang sama jadi kat kita. Nauzubillah... mintak di jauhkan.

    ReplyDelete