12 August 2013

Rezeki Allah

Assalamualaikum.


Selamat Hari Raya. 


Raya ke-5. Orang still mood beraya aku sudah berada di opis. Apa boleh buat. Boss cakap cuti sampai ahad sahaja. So marilah kita bekerja. 


Raya 2013 merupakan double celebration untuk aku dan hubby. Ahh.. happynyaa! Syukur atas rezeki Allah bagi. Di usia perkahwinan menjangkau 2 bulan lebih, aku disahkan hamil. Time tu baru lima minggu lebih. Dan hari ini, kandungan aku berusia 6 minggu 2 hari. Oh! happynya. Syukur. Memang ini yang aku dan hubby tunggu. Setiap orang yang berkahwin inginkan anak. Begitu jugak kami. Happy tidak terkata. 


Sebenarnya aku memang sudah pernah check, time tu memang masih awal lagi lah agaknya. Tapi tahap excited aku memang meninggi. Konon-konon untuk hadiahkan hubby sempena birthdaynya 26/7 yang lepas pregnancy test yang ada dua garis. At last aku yang kecewa. Kecewa sendiri. padan muka. 


Sejak hari itu aku memang malas mengharap. Takut kecewa lagi. So aku biarkan. Kebetulan hari sepatutnya aku period tapi period tidak timbul-timbul. Tapi aku tenangkan hati lagi. Owh mungkin perubahan hormon. lambat lagi lah tu. Di pendekkan cerita sepanjang lambat tempoh period tu timbul, hati kecil aku tetap tergerak untuk tidak minum apa jua jenis minuman berkafien. Kalau ada pun rasa teringin aku minum seteguk dua saja. Asal tidak kempunan kata orang. Entah. Mulut menolak. Tapi hati berharap. Mulut kata tidak hamil. Tapi hati merasakan itu. 


Dan sepanjang tempoh lambat waktu period itu jugak banyak dugaan menimpa. First, terjatuh depan CIMB dan kaki terseliuh. Oh man. Maaf honey. Masa tu memang ndak tau lagi kamu ada dalam tu. Kalau tau for sure mommy hati-hati sayang. Keesokan harinya, jari pulak terpotong. Siap nampak tulang. Dan dari jari terpotong tu lah membawa kepada demam berpanjangan.Deman + selsema + sakit kaki + sakit tangan = PACKAGE . Lengkap! Fuh. banyak betul dugaan. Seorang kawan tweet aku " BIASANYA KALAU BANYAK ALLAH BAGI DUGAAN, DIA AKAN BAGI SESUATU YANG BAIK UNTUK KITA" . Fuhh. terbuka harapan. Semoga doa kawan itu makbul. Doaku.



3 hari sebelum raya, aku nekad untuk beli pregnancy test. time tu period sudah lewat almost 9 hari. Konon nekad lah. Dan time sahur kedua last before raya tu, aku memberanikan diri untuk test. Berdebar gila siot. Takut kecewa kali kedua.Time lepas titiskan air kencing tu, aku siap tutup mata lagi. Rasa mau keluar dari tandas tanpa tengok kit test tu. Tapi aku gagahkan hati. Apapun keputusannya, bak kata hubby, nanti cuba lagi. Tapi syukur. Aku rasa mau lompat time tu jugak. Masuk dalam bilik, kasi tengok hubby yang tengah mamai. Cis kek. Boleh cakap syukur pastu tidur balik. Aku punya excited sampai ndak mau tidur sampai esok pagi. ha ha ha. Tapi paling best, aku memang excited mau bagi tau BFF aku time sekolah. Sebab pada merekalah aku selalu menuntut ilmu. Tapi aku tahankan hati. Tunggu confirmation dari doktor dulu.


Esoknya, aku masih senyapkan berita itu dari pengetahuan ibu bapaku. Aku pergi ke Klinik dan doktor sahkan 6 minggu. Katanya 6 minggu. Tapi bila aku check dengan encik google, time tu baru 5 minggu lebih. Ah mana-manalah. Yang penting, aku bersyukur pada Allah atas rezeki yang Allah beri.


So far, sepanjang tempoh 6 minggu ni, aku tiada pulak alah pada apa2 bau hinggakan langsung ndak boleh hidu. Mual-mual tu pun tiada. eh ada tapi ndak lah teruk sangat. Sebab aku ndak mau terlampau layan. Bila rasa mau muntah, aku minum air. Bila rasa pening, aku rehatkan diri. Aku ndak tau lah. Makcik aku pun cakap, 'BAGUS PULAK KAU MENGANDUNG NDAK DA MUNTAH-MUNTAH' . Aku cakap iya. Mungkin sebab sebelum ni sudah banyak tempuhi dugaan Allah. Apa tidaknya. Terjatuh. Terseliuh. Terpotong jari. Deman mau 3 minggu. Selsema sampai sekarang. Time tu aku redha sahaja dengan dugaan Allah. Tapi kata makcik, mungkin nanti bila masuk bulan ke 3. Apa boleh buat. Kalau itu cabaran untuk wanita hamil, aku terima sahaja. Dugaanlah katakan.


Ada jugak yang kata, awalnya. Belum puas enjoy. Eh awal ka. Kami sudah kawin 2 bulan ok.Memang misi kami berkahwin untuk dapatkan zuriat jadi buat apa tunggu lama-lama. Rezeki Allah bagi.Cukuplah enjoy berdua time couple dulu. Ada anak pun bukannya ndak boleh enjoy. Enjoy berganda lagi. 


Satu pesanan aku kepada kawan-kawan yang akan berkahwin atau baru berkahwin, jangan sesekali cakap, NDAK MAU ANAK DULU TAHUN INI, MAU ENJOY. Jangan. Takut nanti rezeki tu Allah tarik buat selama-lamanya. Ini jugak pesanan dari seorang rakan aku. Oh ya satu lagi, anak dara, jangan sesekali try untuk minum apa jua minuman berunsurkan akan kayu. Contohnya untuk kecutkan rahim ka, untuk kuatkan badanka. Takut menganggu sistem peranakan kita . Kalau kacip fatimah aku ndak pasti sebab aku memang rajin minum kopi kacip fatimah sebelum-sebelum kawin lagi. He he he. Apapun, berusahalah bersungguh-sungguh. In Sha Allah akan berbalas kelak.


Bye.



p/s doakan untuk kesihatan saya ya kawan-kawan






No comments:

Post a Comment