Apa kabar anak ibu hari ni? Harap2 sihat saja. Hari ni hari Jumaat nak. Esok usia kehamilan ibu tepat 8 minggu bermaksud genap dua bulan. Wahhh ndak sedar kan nak. Mesti kamu tengah membesar kan didalam. Sabar ya anak. Tinggal 225 hari lagi dijangkakan kita akan bertemu. Wehuuu. Semoga selama masa itu kita berdua baik-baik saja ya nak.
Gambar atas itu ibu jumpa dalam appliacation di hp ibu ni. Itu bukan kamu nak tapi saiz kamu lebih kurang samalah. Wahh tambah excited ibu nak. Kamu tau nak, ibu punya excited sampaikan ibu sekarang ni rajin tengok pakaian-pakaian untuk baby macam kamu yang jual online. Ikutkan hati ibu ni mau jak ibu beli tapi sayangnya ibu belum tahu jantina kamu. Takut salah beli pulak. Terpaksa tahan-tahan jak nak. Seksa tau. :) Sebut pasal jantina, ibu teringat masa ibu dan ayah baru mula-mula kahwin dulu (aiseh macam ibu dengan ayah sudah kahwin bertahun-tahun pulak) , ibu ada cakap dengan ayah yang ibu mau anak lelaki. Mungkin sebab ibu ada dua beradik dan dua-dua perempuan, jadi ibu mau rasa meriah rumah dengan anak-anak lelaki. Nanti kamu boleh temankan abang Aysh main. Ahh mesti meriah. Tambah peninglah nenek nanti. Oh ya tapi ayah kamu inginkan anak perempuan. entah kenapa. Dia saja tahu. Tapi sekarang ibu ndak kisah sudah nak. Kamu lelaki kah kamu perempuan kah,yang penting,kamu anak ibu. Kamu sihat. Cukup sifat. Dan yang paling penting kamu comel. Aiseh :) .
Ok anak. Nanti kita jumpa lagi. Ibu mau mandi mau pergi kerja. Plan pagi ni mau bawak nenek pergi makan sup bebola udang. Ahh tiba-tiba ibu teringin nak. Sedap ni pagi-pagi makan sup. Oh ya anak, kalau ada benda kamu teringin makan keluarkan saja, ibu sehabis mungkin akan tunaikan hajat kamu. Tapi nak tolong ibu ya, jangan mengidam yang jauh-jauh dan susah dicari. Bukan apa, nanti kalau kita ndak dapat makan, kamu jugak yang susah. Nanti lahir bebebeng pulak. Nanti jadi bebeng Jr. pulak he he he. Ok anak sampai ketemu lagi.
I love you anak.. Muahhhh!
Hehee.... manisss..tapi lucu bah ko Rina... =) Extra care ya! Semoga semua dlm lindunganNYA sentesa ibu n anak...aamiiin...
ReplyDelete