22 August 2013

Morning Sickness

Assalamualaikum anak,


Alhamdulillah. Hampir 8 minggu sudah usia kandungan, belum pernah lagi ada rasa morning sickness atau rasa loya-loya sampai ndak boleh makan, ndak boleh hidu apa2 jua bau-bauan. Semua pun ibu bedal. Alhamdulillah. Anak ibu bekerjasama dengan jayanya. Ada orang cakap tunggu masuk 3 bulan, kalau kenak pun ibu redha jak nak. Macam mana memang lumrah alam. Kita terima jak lah ya nak. So selagi kita mampu makan dan mampu hidu, kita teruskan saja. Apa yang penting, bersyukur. 


Owh mungkin jugak berkat bantuan supplement-supplement yang ibu makan. Demi kamu wahai anak apapun ibu sanggup beli dan telan walaupun kadang-kadang rasa muak telan banyak supplement tapi macam ibu pernah cakap, apapun akan ibu lakukan untuk kamu. Bayangkan lah nak bangun pagi jak time perut kosong ibu sudah telan 2 kapsul Alpha Lipid Lifeline. Semoga dapat membantu mencantikkan kulit anak ibu. In Sha Allah habis jak kapsule tu ibu mau minum susu pulak lah. Sebab memandangkan stock dengan Aunty Asmah pun ndakda yang kapsule manti kita beli susu jak lah ya nak. Bagus untuk kamu jugak. Lepas ibu breakfast pulak ibu telan asid folik yang klinik bagi. Katanya bagus untuk perkembangan kamu didalam tu. Semoga kamu betah dalam perut ibu ya nak. Lepas makan asid folik biasanya ibu buat kerja opis, kalau ndak buat kerja pun, ibu layan facebook. Kasi kamu rasa dulu asid folik tu. Rasa agak-agak kamu sudah dapat khasiatnya, ibu telan spirulina lagi nak. Untuk kamu jugak. Dan In Sha Allah dapat bantu kawal kandunan gula dalam badan ibu ni. Takut nanti kerana ikutkan nafsu kadungan gula dalam badan ibu ni meningkat pulak. Eh Nauzubillah. Mintak dijauhkan ya nak. Malam pulak sebelum tidur ibu telan lagi 2 biji minyak kelapa dara. Semoga dapat menguatkan ibu untuk bawa kamu kemana ibu pergi. Fuh. Rajinnya ibu kan nak. Semua pun ibu bedal. Lain lagi nenek suruh ibu minum soya. Ibu minum jugak nak. Semua untuk kamu. Untuk kesihatan kamu. Harap kamu suka juga. Bukan apa untuk kebaikan kita bersama. Kamu sihat, ibu pun tiada alah . Alhamdulillah. 



 Apapun kita cuma berusaha nak. Semua tu ketentuan Allah. Kalau Allah mau bagi jugak penyakit morning sickness tu,kita redha jak k. Baru mencabar sikit perjalanan kita hehehe.


Love u anak!

No comments:

Post a Comment