24 August 2013

Kisah Kelmarin

Assalam anak. Semalam ibu plan mau cerita-cerita dengan kamu lagi. Tapi ndak sangka pulak ibu ketiduran. Sambil tengok ayah kamu layan fb ibu pun terlayan tidur. Maaf ya nak.



Sebenarnya semalam ibu mau cerita pasal sarapan pagi kelmarin kita berdua. Ingat lagi ibu cakap kelmarin mau bawak nenek pergi makan soto bebola udang tu? Yes. Kita pergi nak. Ibu siap order extra sup udang fresh. Macam teringin sangat ibu makan udang. Fuh! Puas hati gila lepas makan. Hope kamu pun rasa nikmatnya. 






Lunch kelmarin ibu ndakda makan apa-apa nak. Sebab kesan dari kenyang pagi tu. Maaf kalau buat kamu lapar. Tengahari kelmarin ibu balik rumah sebab nenek pakai kereta ibu pagi tu lepa dari makan sup tu so ibu kena hantar nenek balik tengahari. Kamu tau nak, ibu ketiduran. Mesti kesan dari air kangen. Sebut pasal air kangen, kamu tau apa tu air kangen? Alah air kangen tu air beralkali yang tengah popular di Jepun sekarang ni. Sebelum ibu tau kewujudan kamu dalam perut ibu, ibu memang minum air tu. Konon untuk cuci toksin dalam badan ibu. Since tau kewujudan kamu, ibu stop. Takut efeknya ke kamu. Tapi ibu ni bodoh jugak kadang-kadang nak. Ibu lupa tanya orang yang jual tu samada air kangen ni sesuai ndak untuk kita? Maksud ibu untuk ibu yang tengah kandungkan kamu. Mau 2 minggu jugak ibu tinggalkan. Dan baru kelmarin-kelmaarin ibu pergi tanya diorang dan search pasal air kangen sesuai tidak untuk ibu. Kamu tau nak, ciskek betul. Rupanya air kangen ni bagus untuk orang pregnant. Dikatakan bila mengandung ibu-ibu perlukan alkali untuk plasenta. Jadi bila badan ibu ndak cukup alkali dia akan ambil dari kalsium yang mana terdapat di tulang dan gigi ibu. Perpindahan ini akan buat badan ibu berasid dan keadaan berasid tu yang akan menyebabkan morning sickness. Information tu ibu dapat dari 







Fuhh. Now ibu tau sudah kenapa diawal kehamilan kamu ibu ndakda kenak morning sickness nak sebab badan ibu cukup alkali. Syukur nak. Tapi nak, bila start minum balik air ni, selepas dua minggu tinggalkannya, kita akan rasa mengantuk. Nah. Sepanjang ibu balik dari jam 12 sampai jam 2 kelmarin, habis ibu bantai tidur nak. Memang gitulah bila badan sudaj mula terima alkali dalam badan. Ndakpa nak untuk kamu. Ibu sanggup. 



Ibu pergi kerja balik dalam 2 lebih. Nenek pesan suruh cari bayam. Ibu yang mau makam. Orang kata bagus makan sayuran hijau. Bagus untuk anak. Ibu singgah Hill Top tapi hampeh. Ndakda urursan. So ibu plan pergi Pasar Semarak. Di sana nak ibu nampak buah kelapa muda.Fuh macam best panas-panas pulak tu. Lepas beli bayam tu, ibu belilah kelapa tu. Satu yang sebijik gedabak satu yang sudah buka. Fuh..happy lagi ibu. So macam biasalah, ibukan addict Instagram. So ibu post lah gambar kelapa-kelapa yang ibu beli tu. Tiba-tiba ada kawan ibu whatsapp katanya ndak bagus minum air kelapa since usia kamu baru dua bulan. Seram jugak ibu. Yalah kalau jadi apa-apa dengan kamu, mati ibu dikerjakan ayah kamu. (Nauzubillh nak. Mintak dijauhkan. Semoga kamu sihat-sihat saja.) Nasib  baik ibu baru bedal sebiji. Oh ya nak, dalam instagram pun ramai yang tegur.Thanks to kawan-kawan ibu yang prihatin itu.Sangat hargainya. Al-maklum nak diorang berpengalaman. Ibu ni belum ada lagi. Jadi kita terima saja nasihat orang secara positif walaupun bila tanya nenek, nenek kamu yang rock cakap, " alah, orang dulu-dulu tu minum jugak, ok jak pun. Minum sekali-sekala ndak papa jugak janganlah berabis. Semua benda pun kalau berlebihan memudaratkan" . Fuh. Sabar jak ibu nak. Tapi ibu ndak risau sangat pasal bisa air kelapa tu sebab ibu harap air kangen tu sudah lawan bisanya. Harap-harap lah. But so far setakat pagi ni, ibu ndakda pulak rasa sakit atau apa. Semoga kamu tidak kenapa-kenapa ya nak. Ibu sayang kamu. Kelapa yang sebijik tu entah siapa mau minum nak. Ibu bagi ayah, ayah cakap bikin lemah badan jak. Nantilah bagi siapa-siapa yang mahu.


Kadang-kadang kan nak ibu pening jugak bila terlampau banyak pendapat yang bercanggah ni. Samalah macam minum soya. Ada kata bagus. Ada kata ndak bagus. Pening ibu nak. Ibu ni malas jugak melawan since ibu ndakda pengalaman. Jadi ibu iyakan saja nasihat-nasihat orang. Nanti dilawan takut dikata temberang. Apapun ibu terima semuanya nak. Kita buat apa yang terbaik jak kan. Yang pasti supplement-supplement yang ibu ambil, akan tetap ibu ambil sampai kamu lahir. Sebenarnya supplement-supplement yang ibu ambil tu sudah cukup untuk menggantikan semua benda yang ibu minum tapi ada saja yang ndak kena dengan benda-benda tu.Mungkin lepas ni ibu ndakkan ambil benda-benda tu lah. Bagus ibu telan supplement-supplement ibu saja. Senang cerita. 



Ok anak. Ibu mau mandi. Mau pergi pejabat pos hantar baju orang. Kesian dia nak lama ibu ndak hantar baju dia. Dia janji mau ambil time raya tapi mungkin sibuk beraya ndak sempat ambil. So ibu hantarkanlah. Ok anak. Nanti ibu cerita-cerita lagi k. Love u always. Muaxxx!

4 comments:

  1. Congratulation dear..

    orang kata memang bagus bawak baby bercerita.. boleh rasa tu tindak balasnya.. itu orang kata la..sya sendiri pun belum pernah pregnant..hihih..
    tapi kalo boleh sya memang mau pregnant secepatnya la..semoga ada rezeki..:)

    moga rina dan baby sihat2 jak ya.. amin..

    ReplyDelete
  2. Aku dulu rajin jugak minum kelapa ndak kira masa..hehe..org ckp tajam la apa la.. ndak ku peduli..yg aku dgr ada org ckp klo minum air kelapa bagus, kulit baby pun bersih jak masa lahir.. jadi aku berpegang pada itu saja..hehe sambil berdoa supaya air yg kuminum tak memudaratkn pada baby.. tp memang betul, lahir jak halus dan bersih kulit baby... =) syukurr... tp yalah kan, lain org lain pendapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tu lah. nantilah akan diminum lagi...sementara ni stop jak la..:D

      Delete