24 November 2009

...Gym...

First of all..."eh..lama aku ndak post entri kan..."...hehehe...memang pun...semenjak addicted to POKER ni aku lama ndak post entri dan baca entri kawan2...pagi petang siang malam aku layan poker...hikhikhik...gila mau kaya sudah aku ni...hihi...tapi itu bukan topik aku kali ni..kali ni aku mau cerita pasal aku and the geng p Gym rakyat tadi...memang best..first2 malu masuk sebab tgk dari luar semua "abang ketat"(gelaran dari si bech untuk abanag2 yang berbadan sasa).. tapi once ada seorang abang tu tegur kami and suruh kami masuk and said that gym tu untuk semua orang...so kami pun masuk. First2 kami main basikal2 tu jak sebab ndak tau mau guna yang lain. Then...ada seorang abang ni yang baik hati ajar kami apa yang perlu dilakukan untuk mostly perempuan...yalah..ndak bagus jugak kalau perempuan terlampau angkat yang berat2 kan...kami bukan mau jadi body builder pun...kami just mau mengecilkan yang besar...hahaha...abang tu cakap...untuk perempuan...yang perlu hanyalah...basikal-untuk paha, angkat berat sikit2-untuk lengan and sit up-untuk perut.... then kami buat apa yang abang tu suruh. Makin lama makin best pulak rasanya sebab tiba2 ada seorang abang ni rupanya orang tanjung batu jugak, nama dia abang Japar(pakcik si man puntung...hahahah). dia siap bagi kami moral support.dan ada lagi seorang kawan dia (aku ndak sure nama dia tapi yang aku sure dia membuatkan aku teringat pada Mr.A aku yang dulu tu..hahahah)...dia cakap..."dik..kalau badan macam kamu ni...abang jamin 2 bulan boleh kurus dengan syarat kamu rajin and control makan sebab abang tengok kamu ni bukan gemuk daging..tapi gemuk air...masalah orang perempuan ni abang tau...1-lengan,2-tepi paha(area dalam),3-perut...yang penting kamu rajin abang jamin 2 bulan boleh kurus....dan yang penting...jangan sentuh meniman sejuk...."... "WHAT!!!2 BULAN..." aku bukan main semangat lagi....bukan apa...sebab...dengan adanya diorang sebagai trainer ndak berbayar kami....aku jadi semangat...sebab kata2 semangat diorang tu yang diperlukan untuk seseorang yang ingin kurus cam aku...kopong..lason and bech(trep mau ikut kurus..padahal memang kurus...).....dan bermulalah semangat kami yang bekobar2 untuk kurus....hauahuah...esok...misi harus diteruskan jugak....dan selagi semangat bekobar2 itu ada...2 bulan itu tetap bermain2 dikepala....Selamat Berjuang RINA!!!!!





Nota kaki tangan dan mulut:mau jadi the biggest loser Tawau...hahahhahhaha...

13 November 2009

...2012 vs tidur...

Gambar curi dari fakh

Kemarin 12 hb...aku sure and kompom mesti ramai orang semangat mau pegi tengok movie 2012 tu kan. tidak ketinggalan jugak aku dan kawan2 aku.Kami pegi tengok movie jam 8 malam. agak ramai jugak la orang2 yang mau tengok macam mana gambaran hari kiamat (pada mulanya la..)..full house oo panggung...

Pada mula2 cerita aku mungkin agak bersemangat sedikit(walaupun semangat itu tidak dapat mengalahkan semangat aku semasa ingin menonton Transformers)...dan dalam penuh semangat itu..aku pun membetulkan kedudukan aku dengan keadaan yang aku rasa paling selesa la diabad ini...start2 crita...aku still ok lagi..layan crita...bagi aku starting crita tu agak boring jugak..(walaupun ada jugak la kagum2 sikiiitt pasal yang bawah tanah tu)...and then...15-20 minit berikutnya..aku mula rasa bosan dan mengantuk..aku sendiri ndak tau kenapa dan macam mana aku boleh mengantuk tengok movie yang dinantikan ramai...kuikuik...banyak kali jugak aku tidur..bangun..tidur..bangun tengok movie ni....dan aku mula sedar dan segar bugar time diorang terperangkap dan time system kapal tu bermasalah sebab tersekat ntah binatang apa ntah...kuikuikuik....

Secara kesimpulannya... aku lebih memilih tidur dari melihat movie ini...tapi...berdasarkan daripada yang aku dapat tgk(tgk2 ayam)... aku boleh simpulkan..crita ni memang menyeramkan jugak la..sebab walaupun hari kiamat sebenar lebih dasyat daripada ini...tapi...kemusnahan itu adalah gambaran hari kiamat yang sebenar...





nota kaki tangan dan mulut: tiba2 rasa mau tobat..

...saya masuk hospital...

Baru kejap tadi org datang ambil aku untuk di berikan ubat2an yang sepatutnya. Biasalahkan kalau sudah berusia ni..banyak betul masalah.Nampak macam sihat tapi tiada siapa yang tahu sebenarnya aku memerlukan rawatan sekali sekala.Aishhh....kadang2 aku bosan jugak bila orang balik2 marah2 aku sebab aku slalu lambat buat kerja.Sapa ndak tension kalau almost hari2 aku di hina. Hina sangat ka menjadi seorang yang sudah berusia. Padahal masa aku muda2 dan baru lahir...aku dipuja2..konon2 aku cantik..bergaya..tapi bila semakin berusia...semua orang maki2 aku...tapi ndak pa..aku redha...adat dunia..bila ada yang cantik dan lebih muda.. yang lama di tinggalkan dan dibiarkan... yang muda2 tu pun akan merasakan apa yang aku rasa suatu masa kelak...









nota kaki tangan dan mulut: aku adalah Komputer owner blog ini

11 November 2009

...po-po-po-poker face...

Currently..aku addict main ni game. sampaikan aku boleh duduk dari pagi smpi petang main ni game. ada jugak yang marah aku main ni game..katanya aku belajar main judi.mula2 main di komputer..nanti lama2 main di dunia real pulak. gila ka apa..aku belum gila lagi la mau bejudi di dunia yang sebenar. aku suka main game ni sebab dia menguji sejauh mana kita berani untuk ikut kata hati dan otak.lagipun ini hanya sekadar game kan. bosan main tanam2..aku tukar hobby main ni pulak..walaupun kadang2 kalah...kadang2 menang...kuikuikui...









nota kaki tangan dan mulut:dont worry sayang..aku belum gila untuk main judi ni di dunia yang sebenar...

...Cousin 3 in 1...

Entri kali ini di tujukan khas buat kazen2 aku yang 3 orang ini.. Pada 8 Nov 2009 yang lepas ada 3 majlis dalam sehari. Majlis nikah dan besday kazen2 aku yang berdua tu. so lepas ni boleh la kamu orang celebrate sama2 kan..

Majlis Nikah Inan

Akhirnya...kawin jugak kazen aku satu ni. Siapa sangka dia dalam diam2 rupanya dia ni ada gf. pendiamnya hanya Allah yang tahu. Adik dia sendiri pernah mengadu yang abangnya ni pendiam tahap dewa. masakan tidak.. perjalanan KK-Tawau (guna kereta) adalah lebih kurang 7-8 jam dan dalam masa itu jugak la diorg berdua hanya berdiam kerena di abang tidak banyak cakap. owh no man...apapun..CONGRATS ya...




Happy 32nd Birthday

Norlizana




Happy 2nd Birthday

Zulaikaha @ Ika


Majlis untuk budak kecik ni diadakan di Tawau so sempat la jugak aku menyibukkan diri untuk join. so bawah ni ada beberapa gambar ala2 mintak puji dari aku dan kawan dan gambar2 yang lain jugak....






















nota kaki tangan dan mulut: lepas ni giliran aku ka ni..iya???

05 November 2009

...i love pink????...

Aku sendiri nda tau kenapa lately aku makin meminati warna PINK. hahaha..adakah keperempuanan ku semakin terserlah semenjak dua menjak ini...tapi yang pasti aku suka tgk barang2 yang berunsurkan... tapi nda la jugak sampai keseluruhan barang aku warna pink. ndak la jugak sampai bilik aku pun kaler pink. bukan semua benda tu cantik kalau warna pink. ada certain2 jak bah tu. contohnya kamera.. kasut.. shawl... dan lain2.sampai bila musim minat pink ini akan berlanjutan... ikuti melalui layout blog aku...:D

03 November 2009

...konvo adik aku...

First of all...aku mau congrats adik aku, Nadzirah Bahar for her convocation.So..untuk menghadiri majlis konvokesyen dia yang berlangsung di PICC pada 31 October 2009 yang lepas...so aku dan family pun pergila ke KL.so di bawah ni ada beberapa pic yang sempat aku tangkap.Aku nda da mood mau begambar sangat sebab aku terlalu penat kali ikut adikku pegi meround Bukit Bintang memandangkan kami tinggal di The Conorade Hotel, betul2 sebelah Lot 10 so panjang la langkah kami.Ndak jugak banyak aku shopping sekadar membeli 3-4 pasang baju, satu jeans dan 16 helai shawls..hahahaha...bab shawls ni aku sendiri nda tau mcm mana boleh sampai 16.aku beli time mamaku bawak pegi Jalan TAR.setiap shawl yang aku nampak lawa aku beli.time balik hotel baru aku perasan semuanya ada 16.hahaha..mamaku tekejut jugak tengok 16 shawls tu..tapi apa boleh buat memang itu kerja aku..

Kali ni aku hanya sempat jumpa Eda,Angah dia dan Zet. Itupun malam sebelum aku balik Sabah keesokan harinya.Aku nda sempat ambil gambar dengan diorang dengan harapan Eda akan upload gambar yang di ambil menggunakan kamera dia..:D




























nota kaki tangan dan mulut: bila mau p makan angin lagi ni???

...L.O.V.E is all about TRUST...

Gambar adalah bersempena dengan aku yang addicted main poker :D



Dalam hubungan..apa yang penting adalah...TRUST... tapi aku sendiri hairan dengan diri aku ni...kenapa susah betul aku mau percaya dia sekarang ni...aiseh...kenapa aku sudah hilang kepercayaan ni. mungkin aku silap..tapi...aku akan berusaha untuk percaya dia.sebab tanpa kepercayaan.. sampai bila2 pun aku akan terus dibayangi perasaan tidak yakin pada hubungan yang ada sekarang ni.inilah masalah LONG DISTANCE RELATIONSHIP...aku tau dalam LDR ni.. trust each other tu penting.sesungguhnya aku tengah berusaha untuk jaga hubungan ini sebaik mungkin dan akan berusaha untuk percaya dia....





nota kaki tangan dan mulut: kembali dari bercuti :D