30 December 2011

OST Tentang Dhia

Tentang Dhia sudah habis semalam. Serius aku cakap, aku suka lagu-lagu dalam cerita Tentang Dhia ni. Semua best-best belaka. So sibuk lah aku search di youtube. Dan hasilnya adalah seperti yang aku share di bawah ni.

















Dan tiba-tiba aku jatuh cinta dengan suara OPICK!!

29 December 2011

Berhujung Minggu || Rainforest Waterfall






















































No Description!

Download Ombak Rindu Full Movie

Kepada yang ingin mendownload filem Ombak Rindu bolehlah pergi ke link di bawah ini.

Download Movie Ombak Rindu (FULL)


*Because sharing is caring*

CEPATTTTTTT Sebelum didelete.

p/s OH HARIZ!!!

22 December 2011

My Best Friend's Wedding || Part 2

Assalamualaikum dan hai hai hai semua. ^__^,

Hari ni mau update gambar kawin kawan aku yang hari tu. Kali ni part 2. Bukan hasil kerja aku. Hasil kerja orang lain. Tapi pengantin yang sama. My gorgeous friend Dayang Merlyn.

































P/S tunggu hasil kerja si Apis, the main photoG. Bilang c DD bulan 2. Adui lamanyaaaa!!!

Aku Suka Wang Kertas Malaysia Yang Baru. Comel!!!!

Bagi aku, wang kertas Malaysia yang baru ni sangat comel. Warna-warni. Sekali pandang macam duit Saidina pun ada. Macam duit palsu pun ada. Tapi yang bestnya ada duit RM 20. Aku rasa duit kertas RM 20 ni wujud time aku kecik-kecik jak. Sempat lah jugak aku tengok duit tu. Tapi bagi generasi baru rasanya ndak menyempat.  Warna dia coklat ndak silap. Tapi aku ndak ada simpan pulak wang kertas lama tu. Aku ada simpan wang kertas lama RM 1, RM 5 dan RM 10. RM 50 macam pernah ada, tapi masa tu zaman sengkek2 masa zaman U, terpakai disebabkan terdesak. *SEDIH*. Bawah ni gambar wang-wang  lama tu. Hasil google. Aku punya RM 1, RM 5 dan RM 10 lama tersimpan rapi dalam laci di rumah tu. So terpaksa google. la.









Chop-chop! Kenapa wang baru ni ndak da wang RM 2 hah??? cute apa RM 2. Boleh bagi masa raya. Rasa-rasa kenapa ya????




Bawah ni gambar-gambar wanf baru tu. Lawa jugak. RM 20 tu pun comel. Warna oren gitu. Tapi aku paling suka bahagian belakang wang kertas baru ni. Bermotif. 1 Malaysia gitu. Ada penyu, ada bunga raflesia, ada wau, ada burung kenyalang, tapi yang warna ungu tu aku ndak dapat kenal pasti. Tunggu lah kalau wang kertas ni sudah keluar baru boleh nampak dengan jelas.








Senyum-senyum akak ni pegang wang kertas baru. Mintak satu yang warna ungu boleh???








Sumpah ! Sebijik macam duit Saidina.





p/s rasa-rasa menyempat ka ndak aku dapat angpau warna ungu tu?

13 December 2011

My Best Friend's Wedding || Part 1


Majlis Nikah 

Berlangsung si rumah pengantin perempaun yang bertempat di Taman Ria 7.
Tarikh : 09/12/2011
Masa: 2 petang



































Banyak gambar aku ndak dapat ambil. Sebab aku bukan main PhotoG. Aku cuma datang sebagai kawan dan sambil-sambil belajar. PhotoG sebenar adalah adik Apis. Diterbangkan khas dari KL. Jauh bebenar si dD bawak photoGnya ni. Tapi serius aku cakap, Apis seorang yang baik. Ndak kedekut ilmu. Ndak macam beberapa photoG yang kedekut ilmu. Ada tu, aku tanya tempat pun kedekut mau tau. Aku hairan. Kenapa diorang kedekut. Takut kali dorang kalau aku pandai, diorang ndak boleh cari makan. Ha ha ha. Kedekut ehh! Ndak mati lah wei kalau seetakat bagitau nama tempat. Rezeki tu di tangan Allah. Bukan di tangan tempat tu. Apapun, Apis memang best. Tapi malu jugak aku bila Apis cerita, malam sebelum majlis dD tu, dia ada lepak dengan photoG Tawau. Dia cakap, photoG Tawau ni KEREK a.k.a TEMBERANG. Aku ndak nafikan pun sebab ada beberapa orang photoG yang temberang. Bangga bebenar pegang kamera mahal tu.  Hairan. Konon-konon dia la otai. Tengok gambar orang lain, sengih-sengih. Hekeelehhh. Lain orang lain la pendapat dan idea dia. Kau ndak payah lah mau sengih-sengih babi tengok gambar orang. Kau rasa cantik belum tentu aku rasa cantik. Aku rasa cantik belum tentu kau rasa cantik. Ok bro. Malu sikit. Orang datang tempat kita, please lah tunjukan tabiat baik sikit. Peace ^__^.


Oh ya, ada satu lagi photoG. Entah sapa yang assign. dD pun ndak tau. Bapak dia kali. Abang tu pun bagus. ndak kedekut. siap tanya aku, OK KAH?? OK KAH??  Apa ndak dia tanya aku balik-balik, sudahnya aku pakai baju kurung moden. Kain siap belah depan. Nasib baik aku pakai legging dalam tu, ndak la nampak buruk kalau mengcangkung pun. ha ha ha.



Oh ya. Gambar-gambar ni aku ambil sendiri. Baru belajar. So, kepada yang otai-otai, sila beri komen. Nanti akan diperbetulkan mana yang kurang.Komen ya bukan kondem.



p/s Saya budak baru belajar.



09 December 2011

Tidak Berupdate

Blog agak terbiar lagi. Beberapa hari lepas dan beberapa hari akan datang. Aku busy! Aku kawin. Eh! Kawan aku kawin!

08 December 2011

''segmen up follower dengan sepantas kilat''

Hari ni penat. Mood baru balik kursus. Tiba-tiba rasa mau join segmen. Layan!!

 ' BELOM COBA, BELOM TAW ! '



06 December 2011

Bila Zikir (Tentang Dhia) Menjadi Gangster

Sekarang ni sedang berlaku fenomena TENTANG DHIA. Semua orang jatuh cinta dengan Zikir. Zikir hensem, Zikir romantik. Zikir anak baik. Zikir lemah lembut. Pendek kata semua orang suka bila Zikir bersama Dhia. Tengok gambar bawah ni pun sudah nampak kelemah-lembutan si Zikir ni. Penyayang gitu.


Hasil google



Tapi itu semua bila Adi Putra meelakonkan watak baik dan nampak seperti orang yang skema. Ramai la yang suka kan. Semua wanita pun teringin jadikan Adi Putra sebagai pasangan hidup. What if, bila Adi Putra jadi samseng a.k.a Gangster. Bila Adi Putra jadi Jai?? Ada lagi ka yang suka???




Sumber: Twitter Adi Putra



Bagi aku, aku suka tengok lelaki yang ala-ala samseng ni. Sama dengan Aaron Aziz. Hari tu aku ada buat entri pasal Aaron Aziz. [ klik sini ] . Dalam entri tu, aku ada mention yang aku suka tengok lelaki yang ala-ala samseng. Entah lah kenapa. Tapi aku memang suka. Lain orang lain selera dia kali kan. Layanssssssss!!





Gambar atas ni diperolehi dari Twitter Adi Putra. Dia sendiri yang post untuk para peminat dia. Dia jadikan DP jugak. Tapi sekejap jak. Entah kenapa. Dia sendiri pun takut kali mau tengok muka dia dalam ni. Memang ganas gila la. Hilang langsung watak Zikir dalam ni. Tapi apapun i like. 




Aku sebenarnya ndak sabar menunggu kemunculan KL Gangster 2 yang dikatakan rerupakan kejadian sebelum berlakunya KL Gangster 1.Bermakna, time tu Malik yang menjadi Taiko. Mesti best. Mesti banyak aksi lawan-lawan. Ndak sabar eh!!!



p/s  Si Encik Boipren memang  suka si Jai ni. Rambut memang sudah ala-ala si Jai ni. Jangan besok dia pergi dye rambut dia jugak sudah!!!

Bila Mak Tidak Dapat Lupakan Arwah Suami

Ini lah yang terijadi bila si isteri tidak dapat melupakan si arwah suami. Anak lelaki menjadi mangsa. Si anak sepertinya malu. Tapi si ibu sepertinya sudah hilang rasa malu. Boleh pulak buat muka slamba kan. 

NAUZUBILLAH MINZALIK!!

Simpang malaikat 44. Semoga tidak berlaku kepada ahli keluarga ku.






p/s    Hilang rasa malu kali kan????

03 December 2011

Khairul Fahmi Che Mat: Banyak Betul Kontroversi Kau !

Apex! Apex! Apex!Kenapalah kau banyak betul kotroversi! Mau cakap gila popular, rasanya kau sudah popular pun. Ndak perlu lah mau buat kontroversi-kotroversi murahan macam ni. Nama macam BAPAK SEGALA PLAYBOY pulak aku tengok kau ni. Dalam setahun ni sana-sini kontroversi kau dengan perempuan itu lah, perempuan ini lah. 


Ish! Ish! Ish! Ndak Habis dengan kisah putus tunang kau dengan si Jejari Runcing tu kau dikaitkan dengan si Dahlia Teck. And Now Shida Harmi. Sudah-sudah lah tu. Aku as penyokong HARIMAU MUDA, rasa macam, eh apa ni??? Please la. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Bawah ni, ada beberapa gambar mesra dan kontroversi Apex. Enjoyyyyy!!



Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang ditulis, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.


Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!
Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. Tak gitu?






















Daripada langsung tidak dikenali, nama Shida Harmi terus meletup apabila gambar mesranya bersama Khairul Fahmi tersebar di laman blog beberapa hari sebelum ini. Tambah menyedihkan, Shida sebenarnya sudah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 2 minggu. Pastinya perkara ini memberikan impak yang negatif kepada Shida, tunang dan keluarga mereka. 

Bercakap kepada Harian Metro, Shida menyatakan yang dia menerima gangguan daripada peminat Apek apabila gambar tersebut tersebar.

Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


Apabila ditanya tentang kewujudan orang ketiga oleh wartawan OhBulan, Shida mengesyaki yang memang wujud orang ketiga dalam hal ini.

Saya memang syak penglibatan orang ketiga kerana dia sahaja yang pernah melihat gambar-gambar berkenaan dalam Blackberry saya. Namun, saya tak akan mendedahkan namanya kerana enggan memanjangkan cerita.


Dan Shida menafikan yang tulisa di dalam BBM adalah miliknya.

Bukan, bukan saya yang tulis macam tu. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menjatuhkan nama Apek, lantas mengaitkan nama saya dalam hal ini. Jujurnya, saya mengenali Apek sekitar akhir Februari. Saya akui kami keluar bersama karaoke, tapi bukan pergi berdua. Sekitar bulan March, saya mula menjarakkan diri daripada Apek apabila tahu dia akan mengikatkan tali pertunangan. Sejak itu, kami lost contact.


Pengajarannya mudah sahaja, janganlah ambil gambar semesra begini dengan mana-mana lelaki. Kita tak tahu siapa yang dengki dan marah dengan kita. Bila dah ada gambar sebegini, sesiapa yang busuk hati boleh menggunakannya untuk menjatuhkan kita. Kepada Shida, semoga anda tabah.

SUMBER: Blog Bulan Purnama

Keputusan undian EURO 2012 || Saya Penyokong Sepanyol!!!!

KEPUTUSAN undian peringkat kumpulan bagi kejohanan EURO 2012 telah berlangsung awal pagi tadi di Palace of Arts, Kyiv, Ukraine melibatkan 16 pasukan dibahagi dalam empat kumpulan.
Selaku tuan rumah bersama, Poland diletakkan di dalam kumpulan A manakala Ukraine diletakkan di dalam kumpulan D secara automatik.
 
Manakala juara EURO 2010, Sepanyol berada dalam kumpulan C bersama Itali, Republik Ireland dan Croatia.

eputusan undian bagi kejohanan EURO 2012 :
 
Kumpulan A
Poland
Greece 
Russia 
Republic Czech
 
Kumpulan B
Belanda 
Denmark 
Jerman 
Portugal
 
Kumpulan C
Sepanyol 
Itali
Republik Ireland
Croatia
 
Kumpulan D
Ukraine
Sweden
Perancis
England





>>>>Selepas kemenangan di WORLD CUP 2010 tahun lepas [klik sini],  harap-harap MY FAVE TEAM dapat kekalkan kemenangan 4 tahun lepas!!! Double Win pleaseeeeee!


p/s Cepatlah 2011 berlalu,welcome 2012!!!!

02 December 2011

Tweet Ada Bunyi Burung

Selepas upgarde iphone4 aku ke ios5 setelah hampir 2 bulan, baru aku tau macam mana mau tweet direct dari Safari. Cara dia macam ni.


Step 1:





Step 2:




Step 3:






Step 4:







Lepas tekan SEND, akan keluar bunyi burung. tweet-tweet. Cute lah bah!!!



p/s saya tahu saya ketinggalan zaman. Shame on me!

Maafkan Aku Nuffnang! Aku Terpaksa Curang!

Serius! Selama ni aku ndak pernah curang dengan Nuffnang. Aku pampang iklan Nuffnang jak. Tapi dia tarik balik membership aku. Panas jugak ni. Hilang sudah Glitterati aku. ok. fine. Aku nekad untuk curang. Bye-bye Nuffnang. Ada jodoh kita jumpa lagi!









p/s terima kasih untuk bayaran yang sudah pernah aku perolehi. THANKS!

Kuasa Fotolr PS

Sekarang ni zaman canggih dan moden. Semua benda boleh edit. Orang buruk pun boleh jadi lawa. Orang lawa pun boleh jadi buruk. Semuanya boleh dilakukan dihujung jari. Banyak software-software yang boleh kita lakukan. Tapi setahu aku, yang popular adalah photoshop la kan. Photoscape pun popular jugak rasanya sebab free kan. 


Dua hari lepas, disebabkan bosan dengan jalan cerita slot Tentang Dhia tu, aku pun membongkar App Store phone aku dan terjumpa Fotolr PS. Nampak menarik. Lepas explore punya explore punya explore. Aku pun berhasil menghasilkan 2 gambar. Edited baikkkkk punya. 









Amacam gambar yang kedua?? kawan aku cakap macam mariah carey pun ada...muahahahahahah!!

Aku Gagal Cabaran 10 Hari Blog Disebabkan Kesibukan Yang Melampau

Assalamualikum dan selamat berhari Jumaat semua. Sudah potong kuku ka? Aku sudah! ^__^

Berbalik kepada tajuk yang agak panjang tu, YA! aku gagal. Aku berjaya buat dua hari jak. Yang lagi tujuh aku gagal. Sepatutunya hari ni merupakan hari ke-9 tapi aku gagal. Sudahnya, aku berniat untuk berhenti. Kalau mau teruskan pun boleh. Tapi biarlah. Game jak pun kan. Next time bila ada mood aku main la game-game lagi.



p/s mood happy mebuak-buak. Sudah grab itu D7k. Lepas ni boleh posing sakan!

27 November 2011

Harimau Muda Tewas 2-3

Agak mengecewakan. Tapi they did a great job. Apapun tahniah Harimau Muda.



P/s moral of the story, jangan leka bila mendahului.

25 November 2011

10 Hari Cabaran Blog || Day 2

10 Things I Love (randomly)

• HP - ndakda hp serupa tiada kehidupan
• Buku simpanan ASB
• Bankard
• My parents picture in my purse
• His picture in my purse
• Tabung kawin
• Bilik aku la.
• Cermin besar aku
• Kereta aku walaupun buruk
• All things he bought for me



Aku tiada idea actually sebab tengah busy untuk kenduri. Tapi demi menyahut cabaran ini, aku buat jugak walaupun pakai hp. I LOVE MY PHONE!!!!

Tutorial Letak Butang Tweet Disetiap Entri



Sesiapa yang berminat untuk belajar cara letak butang tweet macam gambar di atas tu, boleh pergi ke blog Siti Zulaikha. [KLIK SINI]

Thanks to owner blog for the tutorial!




p/s saya budak baru belajar. Saya hanya share tutorial yang saya belajar. Untuk buat tutorial yang sebijik macam diorang buat lepas tu copy paste di blog saya, itu bukan cara saya. ^___^. Eh...tetiba berSAYA. hehe!

Tutorial Cara Pasang Butang Facebook dan Twitter Terapung.



Kepada sesiapa yang ingin membuat logo twitter terapung macam aku, anda boleh pergi ke blog ni. [klik sini].  Aku pun belajar dari sana. Thanks to owner blog untul tutorialnya.

24 November 2011

10 Hari Cabaran Blog || Day 1

Kan aku sudah cakap, lately aku rajin untuk bersosial di blog ni. Tadi ada kawan blogger bagi link untuk join cabaran-cabaran. Banyak jugak cabarannya. Tapi aku pilih satu jak la. 10 Hari Cabaran Blog. Klik SINI untuk tengok apa lagi cabaran yang ada.

10 Hari Cabaran Blog
  1. 10 things about you
  2. 10 things you love
  3. 10 things you hate
  4. 10 things you want to say to one person
  5. 10 wishes
  6. 10 things you can't live without
  7. 10 importants peoples
  8. 10 of your favourite songs
  9. 10 ways to win your heart
  10. 10 final words


So, aku tetapkan hari ni sebagai hari pertama. 24/11/2011 dan cabaran dijangka berakhir pada 3/12/2011. Mari kita lihat aku dapat buat ka tidak. Kalau berjaya kita sambung cabaran yang lain pulak.


10 things about ME
  • Nama penuh aku Salfarina binti Bahar
  • No. kad pengenalan aku 840310-12-***2 
  • So birthday aku 10 March 1984
  • Bila aku lahir 10 Mac 1984, so umur aku tahun ni 27 dan akan menjangkau 28 bulan 3 tahun depan.
  • Bujang dan belum berkahwin.
  • Belum berkahwin tidak bermakna aku belum ada BF. Ada SEORANG BF. Seorang cukuplah. buat apa banyak-banyak.
  • Seorang graduasi Universiti Malaysia Pahang dalam jurusan Kejuruteraan Awam
  • Kini bekerja dan menjadi kuli kepada bapak sendiri
  • Seorang yang GEMUK!
  • Last sekali... AKU GILA TWITTER. Siapa yang mau follow boleh la follow. Tapi jangan marah kalau aku tweet semuanya mengarut dan mencarut.

OK. Cabaran Pertama selesai!!


Bye-Bye!

Eh, sebelum tu seperti biasa, mari kita layan satu video. Layanzzzzzzzzz!!





Tutorial Letak Status Twitter Di Header Blog Anda

Wehewww!! Happy banget. Sebenarnya lama sudah aku teringin belajar buat header yang ada status Twitter ni. Jeles la tengok kawan-kawan punya header yang ada status twitter tu. Tapi aku ni jenis malas mau bertanya.Sebab ada antara diorang yang jenis beli header or tempah dengan orang-orang teror. So aku pendamkan saja hasrat.

Tapi entah mimpi apa hari ni, tiba-tiba aku terjumpa satu blog yang ajar cara buat ni. So sesiapa yang mau buat boleh pergi ke blog ni. [klik sini]. Aku sah-sah lah ndakkan buat tutorial yang sama sebab aku pun ambil dari blog dia. Macam bangang pulak aku rasa bila aku pun belajar dari blog orang tapi aku sibuk-sibuk buat entri tuorialnya kan. As usual, aku akan share mana-mana tutorial yang aku belajar dengan hanya memberikan kawan-kawan link untuk ke blog tersebut. Apapun, makasih ya tuan blog. Aku sudah berjaya dapatkan apa yang aku inginkan. Sekarang dalam usaha membaiki blog lagi selepas berjaya membuat header sendiri.[klik sini] Wish me luck.





Header tanpa status twitter





Header yang ada status Twitter ^___^



p/s amat berpuas hati bila kita usaha sendiri.

Apa Beza Lebam Terhantuk Dengan Lebam Dihisap Si Balan-balan?



Orang tua-tua cakap, lebam terhantuk di meja or terhantuk di mana saja berbeza dengan lebam bila si balan-balan menghisap darah kita. Betul ka? Aku pun ndak sure jugak. Tapi Kepercayaan tu aku pegang dari aku kecil. Bila bangun pagi tiba-tiba terlihat ada kesan lebam especially pada bahagian peha (nampak sangat aku tidur pakai shorts kan, opsss).

Ok lupakan pasal aku pakai shorts ka berkemban ka. Suka aku la kan. Mari-mari kita cerita pasal lebam ni. Kamurang pernah kah, bangun-bangun ada nampak lebam di paha. Tapi bila tekan ndak sakit. Menurut apa yang aku tau, bila lebam tu sakit, itu tandanya lebam disebabkan kita terhantuk contohnya di bucu meja. Aku selalu jak terhantuk di bucu meja opis ni. sakit dowh (ala-ala afdlin). Tapi, bila ada lebam tapi kalau ditekan-tekan tapi ndak sakit, itu dikatakan kesan daripada hisapan (eh ada ka perkataan HISAPAN?? mampuslah. Janji kamu faham maksud aku) si balan-balan atau penanggal atau di Sabah ni lebih dikenali sebagai PERAKANG! Setahu aku, di kampung aku tu memang ada balan-balan. Entah la anak siapa la tu kan yang jadi balan-balan. Suka betul mengamalkan ilmu-ilmu songsang ni.


Ya, beberapa bulan lepas, sebelum puasa hari tu, sibuk satu kampung cerita pasal balan-balan ni. Aku pun lupa ada buat entri ka tidak. Tapi macam tiada sebab time tu mood blogging aku pergi bersama angin bayu. Entah ke mana. Masa tu sibuk la satu kampung ada balan-balan singgah di bumbung orang. Siapa yang period time tu memang besiap sedialah dengan perisai. Bawang merah la. Surah Yasin letak di tingkap rumah la. Garam la. Paku la. Memang boleh buat filem sudah kampung aku masa tu. Tapi menghilang selepas bermulanya 1 Ramadhan. Aku pun ndak tau mana dia pergi. Mungkin dia puasa jugak kali. Entah. Waulahuallam.


Adakah benda asing itu datang semula selepas bercuti lama?? ARGHH!! Menyampah la aku kalau benda alah tu ada. Benda tu buat aku jadi seorang yang penakut. ARGH!!! Lagi-lagi di rumah aku ada ibu-ibu mengandung. EH! Nauzubillah. Simpang malaikat 44.


Sekarang ni di peha aku ada 2 lebam. Aku tekan-tekan meamng ndak sakit dan bila aku ingat-ingat balik aku memang tiada terhantuk di mana-mana pun. So, apakah tanda lebam ini??? Waulahuallam. Mau cakap aku period tidak jugak. Mengandung jauh sekali. Kalau betul benda balan-balan ni muncul semula ke kampung aku, aku doakan manusia yang pelihara ilmu-ilmu hitam ni mati dilanggat lori 10 tayar!!!! Sial bah! Menganggu kehidupan penduduk kampung!!!!!!!!



Sekian!




Hasil Google




Macam biasa mari layan lagu. Layanzzzzzzzzzzz!!











A Talented Father and His Daughter

Eh! Sweet eh kalau ada bapak muda dan anak perempuan dia bergabung. Budak perempuan ni cute.Suara dia tidak la sesedap 3 orang adik beradik tu. Tapi, kalau diasah bakatnya, budak ni boleh pergi jauh.

 Kepada yang tension-tension mari tengok video-video ni. Enjoy!!










Untuk tengok video-video lain mereka boleh pergi KLIK SINI!

"WANTED : Blog link for Khumaera Ismail bloglists siri 3"





Aku pun ndak tau la kenapa lately aku rajin pulak ikut contest or apa-apa aktiviti yang mengeratkan aku dengan bloggers lain. Yalah, aku ni walaupun sudah lama bergiat dengan dunia blogging ni, tapi kadang-kadang spesis pemalas untuk update blog. Ndak macam orang lain. Aku tengok diorang baru sebulan dua blogging, follower sudah riban-riban. Bestnya!! 

Macam mana aku boleh tergerak hati mau join aktiviti ni sebab tadi cik Maera ni komen di blog aku. SO aku buka balik la blog dia. jumpa pulak benda ni. Alang-alang tengah syok layan blog aku join la. Oh ya Cik Maera, jawapan kepada komen kamu tadi, saya pakai kamera hp. Sama macam kamu jugak, saya pun malas mengusung DSLR. ^___^

Ok. Kepada sesiapa yang berminat klik banner atas tu. Direct ke blog Cik Maera ni. Ramai wooo followers dia. Ada 4k++.

Harimau Muda Tewas || Tiada Yang Perlu Dimaafkan

Asslamaualaikum dan selamat berhari Khamis semua.

Sedikit hampa bila Malaysia tewas kepada Syria semalam. Tapi aku sebenarnya tidak menharapkan apa-apa dari perlawanan semalam. Kalau menang, syukur.Kalau kalah pun tidak mengapa kerana jelas terpancar keletihan di wajah Harimau Muda kita bermula dari wisel permulaan di tiupkan lagi.


Artikel bawah ni aku ambil dari berita harian. Bagi aku tiada apa yang perlu dimaafkan. Aku sendiri tidak dapat mebayangkan kalau aku yang berada di tempat mereka. Penat woi. Serius. Sebab tu aku tidak mengharapkan apa-apa. Semalam tengok bola pun dengan hati yang tenang dan tanpa ada makian dan cacian . Lepas jak gol 1-0, aku rasa mau masuk tidur sebab entah kenapa aku memang sudah dapat agak Malaysia sure kalah tapi aku layankan juga. 5 minit terakhir, aku memang mau sedia-sedia menutup tv. Aku suruh si Ninong off kan TV sementara aku mengemas ruang tamu yang penuh dengan makanan . Ketika aku membawa masuk bekas-bekas makanan tu ke dapur, Ninong beteriak dari ruang tamu, "RINAAA, 2-0".  Dalam hati aku, ok fine. Aku langsung ndak keluar-kelaur lagi ke ruang tamu. Lepas tu aku masuk bilik terus tidur. Bukan kecewa cuma malas mau fikir. ^__^






Apapun, pujian harus diberikan kepada KFCM. He did a god job last nite!


Sebelum tu mari kita layan lagu Kehilangan by Firman.Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!







p/s serius aku sekarang agak semangat dengan Bola Sepak temaptan ni. ^________^