Orang tua-tua cakap, lebam terhantuk di meja or terhantuk di mana saja berbeza dengan lebam bila si balan-balan menghisap darah kita. Betul ka? Aku pun ndak sure jugak. Tapi Kepercayaan tu aku pegang dari aku kecil. Bila bangun pagi tiba-tiba terlihat ada kesan lebam especially pada bahagian peha (nampak sangat aku tidur pakai shorts kan, opsss).
Ok lupakan pasal aku pakai shorts ka berkemban ka. Suka aku la kan. Mari-mari kita cerita pasal lebam ni. Kamurang pernah kah, bangun-bangun ada nampak lebam di paha. Tapi bila tekan ndak sakit. Menurut apa yang aku tau, bila lebam tu sakit, itu tandanya lebam disebabkan kita terhantuk contohnya di bucu meja. Aku selalu jak terhantuk di bucu meja opis ni. sakit dowh (ala-ala afdlin). Tapi, bila ada lebam tapi kalau ditekan-tekan tapi ndak sakit, itu dikatakan kesan daripada hisapan (eh ada ka perkataan HISAPAN?? mampuslah. Janji kamu faham maksud aku) si balan-balan atau penanggal atau di Sabah ni lebih dikenali sebagai PERAKANG! Setahu aku, di kampung aku tu memang ada balan-balan. Entah la anak siapa la tu kan yang jadi balan-balan. Suka betul mengamalkan ilmu-ilmu songsang ni.
Ya, beberapa bulan lepas, sebelum puasa hari tu, sibuk satu kampung cerita pasal balan-balan ni. Aku pun lupa ada buat entri ka tidak. Tapi macam tiada sebab time tu mood blogging aku pergi bersama angin bayu. Entah ke mana. Masa tu sibuk la satu kampung ada balan-balan singgah di bumbung orang. Siapa yang period time tu memang besiap sedialah dengan perisai. Bawang merah la. Surah Yasin letak di tingkap rumah la. Garam la. Paku la. Memang boleh buat filem sudah kampung aku masa tu. Tapi menghilang selepas bermulanya 1 Ramadhan. Aku pun ndak tau mana dia pergi. Mungkin dia puasa jugak kali. Entah. Waulahuallam.
Adakah benda asing itu datang semula selepas bercuti lama?? ARGHH!! Menyampah la aku kalau benda alah tu ada. Benda tu buat aku jadi seorang yang penakut. ARGH!!! Lagi-lagi di rumah aku ada ibu-ibu mengandung. EH! Nauzubillah. Simpang malaikat 44.
Sekarang ni di peha aku ada 2 lebam. Aku tekan-tekan meamng ndak sakit dan bila aku ingat-ingat balik aku memang tiada terhantuk di mana-mana pun. So, apakah tanda lebam ini??? Waulahuallam. Mau cakap aku period tidak jugak. Mengandung jauh sekali. Kalau betul benda balan-balan ni muncul semula ke kampung aku, aku doakan manusia yang pelihara ilmu-ilmu hitam ni mati dilanggat lori 10 tayar!!!!
Sekian!
Hasil Google |
Macam biasa mari layan lagu. Layanzzzzzzzzzzz!!
eh rumah aku dl bawah pokok mangga, asal ada tetamu tidur drumah mesti ada lebam di paha dia esoknya dia bangun. mama aku ckp penunggu pokok mangga la pula...tp mmg betul dorang kena.
ReplyDeletedni kalo memalam ras seghiau... soknye tetiba tengok ado lebam huhu
ReplyDelete