Assalamualaikum dan selamat berhari sabtu semua. Entri ni sepatutnya aku post semalam tapi disebabkan terleka tengok TV, aku lupa post. Aku taip entri ni guna HP so ndak boleh set masa di post option jadi jangan hairan jika ada yang terbaca "PETANG TADI".
Masa zaman sekolah dulu-dulu, hari yang paling ditunggu-tunggu adalah CUTI SEKOLAH. Ndak kiralah cuti pertengahan tahun ka, cuti hujung tahun ka, pokoknya CUTI. Memang paling dinantikan sebab masa cuti sekolah dapat bermain bersama rakan-rakan d kampung dengan sepuas hati. Dapat rehat sepuas hati. Ndak perlu bangun awal dan yang paling best ndak payah belajar. Fuhh!! NIKMAT!!!
Sekarang, bila sudah bekerja ni, aku tetap tunggu tibanya cuti sekolah. Bukan sebab mau bermain masak-masak, bukannya mau berehat sepuasnya. Bukan. Tapi antara sebab aku tunggu cuti sekolah adalah kerana bila musim cuti, aku tidak perlu melalui kesesakan lalu lintas bila pulang kerja. Best gila balik petang tadi, ndak payah bersesak-sesak. Jalan lancar jak. Kebiasaanya, kena lalui keaesakan lalu lintas. Bosan gila sebab jalan yang aku selalu lalu tu adalah laluan untuk ke 4 buah sekolah. Bayangkan berapa ramai ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka balik dari sekolah-sekolah tu. Lain lagi bas sekolah. Lagi-lagi sekolah cina tu. Ndak ramai yang naik bas, kebanyakannya naik kenderaan ibu bapa. Sesakkk!!! So bila cuti sekolah ni dapat lah aku balik dengan tenang. Tenang hidup aku selama sebulan setengah ni. *tenang*
a ah,,cuti sekolah..kenduri mesti bnyk kn??
ReplyDelete