10 November 2011

Potong Kuku dan Rambut Ketika Uzur/Haid

Assalamualaikum semua. Selamat Pagi. Wahhh!! Rajin aku update blog pagi ni kan kan kan. Memang la rajin kalau pakai phone. Hehehe.


Kemarin ndak sempat pun update blog. Penat. Ada kerja luar daerah kelmarin. Kena pergi ke Litang Estate (Lahad Datu) untuk hantar gaji driver lori. Kesian jugak diorang. Lepas raya baru dapat gaji. Apa boleh buat, malang ndak berbau. Sebenarnya, supervisor aku sepatutnya hantar gaji diorang Jumaat lepas. Yalahkan, ahad lepas kan raya, so kenalah bagi sebelum raya. Kesian pulak orang mau beraya kan. Tapi macam aku cakap tadi, malang tu tidak berbau. Supervisor aku dirompak semasa dalam perjalanan ke sana. Entah lah silap siapa. Silap SV aku kali jugak. Sedah dipesan berkali-kali, sesiapa pun yang menahan ditengah jalan dan mintak pertolongan, jangan tolong. Bukan jahat ataupun kedekut. Tapi Lahad Datu memang terkenal dengan mundu aka perompak macam tu. Pura-pura menahan, konon-konon bini dia sakit. Mau tumpang masuk ke kawasan estate. Separuh jalan, dia suruh berehenti, lepastu acu pisau. Sv aku sendiri. Ndak boleh buat apa lah. The habis kena rompak semua duit gaii pekerja di Litang. Hari tu hari Jumaat petang. Aku dapat tau pun time tu sudah hari sabtu. Bank tutup . Kesian jugak dengan diorang, tapi apa boleh buat. Bukan kehendak kita pun. So, terpaksalah aku pergi kelmarin bersama sv aku. Tapi aku pergi awal pagi buta sebabnya, menurut bapak aku, perompak2 tu cuma berani buat kerja2 merompak tu pada waktu petang sebab waktu macam tu ndak banyak kenderaan yang lalu lalang. So berani lah diorang buat. Tapi sumpah aku cakap, memang sakit gila badan aku tiap kali pergi ke sana. Biasalah jalan estate. Faham2 lah kan sebab tu ndak sempat update apa2 pun kemarin. Sampai rumah lebih kurang 4.30 petang. Lepas tu aku lapar, ajak si Ninong pergi makan keropok lekor. Malam keluar makan ngan parents aku. Balik langsung tertidur. Penattt!!!



Berbalik kepada tajuk entri aku, aku sebenarnya dari dulu confuse. Boleh ka tidak potong kuku time period/haid. Banyak pendapat sudah aku dengar. Ada cakap boleh. Ada cakap tidak. Ada cakap boleh tapi waktu manddi bersih tu kena bawak kuku sekali. Aku pun pening. Aku ni sudahlah spesis manusia yang paling ndak boleh berkuku panjang. Tension jugak. Kadang2, sebelum sampai masa aku period, aku memang potong awal2 kuku aku sebab yalah, time period ndak boleh kononnya potong kuku, matilah. Ndak selesa bah kalau kuku panjang ni. Tapi lepas ni aku rasa aku ndak perlu risau lagi. Sebab aku sudah dapat kesahihan. Boleh atau tidak potong kuku time period. Jawapannya boleh. Thanks Imam Muda Ashraf.. Bawah ni adalah beberapa bukti. So ndak lag aku ragu2 lagi. Lepas ni bolehlah aku potong kuku sebab sekarang ni pun tengah period dan kuku tengah panjang. Ndak selesa betul!!!


Sampai sini dulu. Mau siap2 p kerja.

Byeee

Loveđź’— !

No comments:

Post a Comment