21 November 2011

Weddings on November || Part 1

Assalamualaikum dan selamat berhari Isnin. 

Sabtu dan ahad lepas, aku merajinkan diri untuk pergi ke majlis-majlis kahwin orang. Asyik pergi majlis kahwin orang. Sendiri punya entah lah bila. 3 Majlis dalam masa dua hari. 


Sabtu :


Balik kerja dalam jam 11.30 selepas mintak izin dari bos. Masa aku balik tu, adik dan kawan aku sudah siap dengan pakaian diorang. Disebabkan aku jenis manusia yang tidak suka biarkan orang tunggu aku, aku just capai baju dan terus iron.  Hasilnya, aku pakai baju raya aku yang 4 tahun sudah. Dipadankan dengan satin shawl dan inner neck hitam. Fesyen tudung?? Entah. Asal selesa. Sejak dua menjak ni, hobi aku, adik aku dan kawan aku (nama dia NINONG) adalah mengumpul flat shoes. No more high heels. Kemana saja memang pakai flat shoes. Selesa dan senang bergerak. Kasut coklat ni aku suka sebab dia ala-ala lace gitu. hehehe. Cute. My sis bought it for me in KK. Jenama?? Unbranded. 



Ndak tahan tengok posing aku dalam ni. Entah mana belajar aku pun ndak tau. 



Adik aku dan Ninong. 


Fakta tentang pengantin dan majlisnya:

♥ Pengantin merupakan anak saudara kepada kerani di opis aku. 
♥ Warna Tema : Biru Ungu. Lawa.
♥ Lokasi : Taman Semarak




♥ Doorgift : Sebiji Epal Hijau




♥ Pengantin memakai pakaian trandisi kaum Jawa kalau ndak silap aku lah.
♥ Makanan: Biasa-biasa aja



Ahad :



Seharian aku berada dirumah disebabkan oleh cermin kereta yang sangat bangang kerana rosak pada malam sabtu. [klik sini] . So, seharian jugak lah aku memikir baju apa aku mau pakai malam ni. Al-maklum, aku bukan spesis manusia yang punya banyak baju-baju lawa. Tengok saja pagi sabtu tu, baju raya 4 tahun lepas pun aku masih simpan. he he he. Penat berfikir seharian. Sempat jugak cuba beberapa baju. Terfikir jugak mau pakai hoodie dress aku warna hijau yang belum pernah pakai tu. Tapi malas la pulak. Majlis yang aku mau pergi tu pun, actually aku ndak kenal pun siapa. Just untuk temankan my mom jak. Aku punya pening fikir mau pakai apa sampai tahap aku tweet. Ada kawan pun sama pening macam aku. Dia cakap maybe dia pakai jubah. Actually aku pun ada terfikir mau pakai jubah arab hitam aku. Tapi aku pernah pakai macam tu masa  kakak kawan aku kawin Julai lepas. So at last aku decided untuk pakai jubah yang satu lagi.



Jubah yang kiri ni aku pernah pakai masa Julai lepas.





Aku pakai jubah bersama belt hitam dan Pashmina merah (Julai yang lepas)




Ini adalah pakaian aku semalam. Muka serius aku sendiri ketawa. Serius gilak ehh!! Jubah hitam dari arab. Belt. Inner ninja. Shawl RM 15. Aku saja pakai belt tu sebab jubah tu agak besar. Biasalah kan jubah dari arab. 




Lama ndak conteng muka. Nasib masih pandai. Menjadi jugak la, tapi aku memang spesis manusia yang susah untuk pakai lipstick sudahnya nampak pucat la muka. :D





Sebenarnya High heels dalam gambar diatas tu cuma untuk tujuan mengambil gambar. Aku hanya pakai flat shoes hitam masa ke majlis kahwin tu.  ehe..





Sempat lagi aku posing ngan si Ninong sementara tunggu mamaku bersiap. Ninong pun pakai baju raya tahun lepas. ehe. Recycle!!



Fakta tentang pengantin dan majlisnya:


Pengantin Pertama


♥ Pengantin tidak dikenali kerana aku hanya temankan mamaku dan makcikku. 
♥ Tidak sempat mengambil sebarang gambar pun sebabnya, kami sampai terus makan. Lepas makan terus chow sebab ada satu majlis lagi untuk dihadiri.
♥ Warna tema : All white
♥ Lokasi : Dewan Masyaraka Tawau
♥ Doorgift pengantin pertama memang lawa tapi aku lupa untuk ambil gambar. 
♥ Makanan : SEDAP!!!


Pengantin Kedua
Sama seperti diatas, pengantin tidak dikenali.
♥ Warna tema : Merah Hitam



♥ Lokasi : Dewan SRJK (C) Yuk Chin
♥ Doorgift : sebiji doorgift masa adik aku kawin. Sure dia menyesal beli online sama macam adik aku. Doorgift yang menghampakan.
♥ Makanan : Kurang!!



Minggu depan, ada dua majlis lagi yang aku kena hadiri. Satu kakak kawan adik aku. Yang kedua kawan adik aku.Malar pergi majlis kahwin orang. hurmmmmmmmmmmmm!!

Sekian. Bye!!




Sebelum tu mari kita layan video MLM minggu ke 4. Lawa bah Harun Salim Bachik jadi Najwa Latif.


p/s 12.12.12 atau 20.12.2012????

No comments:

Post a Comment