04 September 2010

...kacang goreng berempah...

Memandangkan hari ini hari sabtu..so aku kerja sesuka hati aku balik jam 10 pagi.. dan memandangkan aku tidak puasa hari ini (sudah masuk hari ke-4)... aku plan mau buat kacang berempah resepi makcikku... first trial aku.. selama ni tau makan jak... memandangkan makcik aku ndak balik beraya tahun ni... dan aku plak tiba2 kepingin makan... so aku mintak la resepi dari makcik aku... makcik aku post di FB ok... :D

So di bawah ni bahan2 dan instruction dari makcik aku... sorry la kalau ada yang ndak paham... sebab bahasa makcik aku ni bahasa orang labuan...:D :


1 kilo kacang tanah.
4 biji putih telur (guna telur yang baru jgn telor yg udah disimpan lama)
2 atau 3 buku bawang putih.
1 1/4 Cawan Gula
3/4 Cawan Rempah Kari
1 suduh besar Garam
Lada Putih
Tepung
Minyak makan untuk mengoreng

Optional: Daun Sup dihiris halus2

Caranya:

Tumbuk bawang putih ngan lesung batu hingga halus (jgn guna blender). Pukul putih telur ngan gula, garam sehingga gula pasir tu tidak kelihatan lagi. Kemudian taruhkan rempah kari, lada putih dan daun sup.
Gaulkan kacang tanah ngan bahan2 tadi biarkan dlm 15 minit.

Bahagikan kepada 4 bahagian.

Panaskan minyak dan sementara menunggu minyak tu panas. ambil satu bahagian taburkan tepung sehingga tempat bekas tu tidak ada yang melekat lagi dan terus masukan ke dlm minyak dan goreng hingga masak, pastikan jua api jangan terlulu kuat ya. Diperingkat pertama tu bolilah kuat lepas tu kurangkan.
( Rina, pada peringkat permulaan mengoreng, memang kacang dlm kuali atu berketul2 besar tetapi 5 atau 7 minit macam atu bolehlah di cerai2 dengan sudip.

Yang selebihnya tadi buatlah seperti itu mau goreng baru bubuhkan tepung (klo dibubuh awal2 nnti endak bisai digoreng karang).

Satu lagi pesanan, gula, garam & rempah, lebih pun endak kisah, kamu kena rasa jua bancuhan atu sebelum dimasukan kacangnya atu ya.

Klo kuang jelas, time buat nanti call aja cik mun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hasil kerja aku pagi tadi:






Nampak tidak menarik... tapi rasanya sedap ok.....






nota kaki tangan dan mulut: oklah untuk cubaan kali pertama....

** sakit sudah mulut malar mengunyah kacang...




5 comments:

  1. kwang..kwang..kwang....come..come..dtg rumah beraya...:P

    ReplyDelete
  2. cik akma: boleh cuba buat...senang dan mudah...tutup mata pun boleh buat...:D

    ReplyDelete