26 May 2012

Now Available at KIKI e-SHOP

Vintage Flower Jubah Dress now available at KIKI e-sHOP. Limited!

Sangat Limited ya kawan-kawan. Satu warna ada satu piece saja. PINK (tidak termasuk yang aku punya), MERAH dan HIJAU.

Kalau berminat boleh inbox aku di KIKI e-SHOP <--- klik sini

Akan Update Pukul 10 nanti


Vintage Flower Jubah Dress
Material : Cotton. Cool Material.

Sejuk bila dipakai. Nampak bergaya. 

Ada 3 warna. Limited 1 helai 1 warna.

Tunggu jam 10 k!!




Jangan Lupa Klik bawah ni.. TQ 

25 May 2012

Koleksi Terbaru Maxi Dress













Oh ya... Long Cardigan pun ada. Tp tinggal dua warna. Yang lain sudah habis dirembat sebelum diupload.






Jika berminat boleh inbox aku di KIKI e-SHOP <-----klik sini

23 May 2012

VCO Catalyst | Minyak Kelapa Dara Catalyst : Tips Pengambilan VCO












TIPS PENGAMBILAN ATAU MAKAN SUPPLEMENT DENGAN BETUL
Atau dalam hal ini cara makan dan waktu pengambilan VCO .

Tips ini diberikan dan dijelaskan dari :
PUAN VIVI NORYATI ( Saintis Perubatan daripada Universiti Malaya)


1. MAKAN / AMBIL supplement (VCO) selepas breakfast atau sarapan pagi dan waktu malam(sebelum tidur) pada jam 10 malam

2. KERANA ?? Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit slow atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan supplement (VCO) bertindak dan bekerja dalam badan kita.

3. ELAKKAN pengambilan supplement (VCO) pada waktu tengahari kerana pada masa ini sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

4. ELAKKAN juga pengambilan supplement (VCO) sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku/kurang kerana supplement yang kita makan akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

5. KURUS??? Anda sendiri mesti pandai atur portion atau saiz hidangan sendiri. Pengambilan VCOakan menjadikan anda lebih bertenaga dan kadar metabolism meningkat.  Jika anda rasa selepas pengambilan VCO anda kerap rasa lapar dan nafsu makan membuak-buak , LEBIHKAN saiz hidangan atau pengambilan IKAN dan sayur dalam diet harian anda.

6. PALING PENTING SEKALI . Pastikan anda minum air kosong dengan cukup sekurang2nya 3 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dalam badan akan berjalan dengan lebih lancar dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga sentiasa.



All info credit to Syuhada CATALYST!








'1st Giveaway by Dhia Johary'

Fuh! Lama ndak join giveaway/contest ni.

So, hari ni rajin la kan mau join. So giveaway kali ni adalah dari blog DHIA JOHARY. <---- Klik sini kepada sesiapa yang ingin join!





Untuk giveaway kali ni, aku mau tag 2 orang ibu muslimah dan rock



So, sesiapa mau join pun boleh. selain yang aku tag lah.

Sekian!

Pink | Black : Sleeveless Maxi Dress + Cardigan


Kombinasi Pink | Black. Oh man!! Lama ndak pakai syria sejak sibuk berbawal ni. Kesian si Syria. Terabai!



Inilah hasilnya

Syria Chiffon 2 layer : KIKI e-SHOP
Black Cardigan : Pinjam from my sister
Sleeveles Maxi Dress : Kiki e-Shop
Flat Shoes: unbranded
Belt : free time beli seluar slack hari tu...  (^__^)



p/s sleeveless maxi dress will be available at KIKI e-SHOP <------ click by this weeked



note: entri Blue | black tu salah bah. manada pakai cardingan pun. nasib sudah ubah.. hehehe



22 May 2012

Charcoal Mask | Hilangkan Blackhead dan Whitehead

Hari tu, aku ada post pasal Egg Mask( <--- Klik sini). Aku try egg mask tu sementara tunggu Charcoal Mask aku sampai. So, mask aku tu sampai hari sabtu lepas. So ahad lepas aku try la pakai.

Sebelum tu, aku mau inform, sila jangan pengsan tengok muka serupa hantu aku ya ya ya...




Ini lah rupa charcoal mask tu


Sila basuh muka anda sebelum menempelkan mask ini ke muka anda.



Sapu ke wajah anda. Sila pastikan tidak terkena kening dan anak-anak rambut anda ya sebab bila kering takut tercabut plak kening tu



Hampir Kering. Ndak mampu senyum sudah. Menarik bah tu mask.



Kering!! Sedap bah. mencengkam muka. Terus masam muka ku..



Tanggalkan mask dari wajah anda secara perlahan-lahan. Cabut dari bawah keatas ya
Inilah hasilnya. Kurang sudah blackhead sebab baru 3 hari lepas guna egg mask. So lepas ni mau pelihara dulu tu blackhead baru betul-betul nampak hasilnya.



Lepas tu basuh muka anda dan sapukanlah VCO ini untuk melembabkan semula kulit anda.






p/s next two weeks baru buat lagi. Sesiapa berminat dengan VCO tu boleh inbox KIKI e-Shop ya.


BLUE | BLACK : Maxi Dress + Kemeja

Bila kemeja dan Sleeveless Maxi Dress bergabung.. 




Inilah hasilnya...


Sleeveless Maxi Dress : Kiki E-SHop
Shirt : Seed
Flat Shoes : Vincci
Belt : FOS
Shawl : Black shawl beli di Madinah


p/s Sleeveless Plain Maxi dress will be available at KIKI e-SHOP (<---- Click here) by Friday! Check it out girls!

21 May 2012

Didalam Kegelapan Ini

Didalam Kegelapan Ini,
Aku berbaring sambil memikirkan masa depan,
Masa depan yang entah ke mana arah tujunya,
Yang aku sendiri tidak pasti.


Didalam Kegelapan Ini,
Aku menaip entri ini,
Menaip menggunakan hp separa canggih ini,
Ahhh, hebatnya dunia sekarang!


Didalam Kegelapan Ini,
Aku berbaring sambil menaip entri ini,
Sambil bersama bersama insan tercinta,
Ahhh entah bila akan berada di dalam kegelapan ini bersama-sama.


Didalam Kegelapan Ini,
Aku mencuba untuk menjadi insan berjiwa sastera,
Tapi gagal,
Ahhh... Dasar kau si pembancuh simen!


P/s SELAMAT MALAM KAWAN2. JANGAN LUPA PUASA BESOK YA. JANGAN LUPA SET ALARM BANGUN SAHUR BESOK. SELAMAT BERPUASA!!

Clearance Stock!! Tudung Bawal Printed RM 12/pc Beli 3 percuma 1!

Aku mau kasi clear semua stock tudung bawal sebab mau ambil design baru pulak. So kepada yang beminat boleh pergi sini -----> KIKI e-SHOP

20 May 2012

PEWAKAS Glam Nite Dinner | Baju 5 Tahun Lepas




First of all, simple kan header baru aku??? Pink + baby blue. Cute combination. Siapa disebelah tu? Itu MZMZ. Ndak sama. Tapi biarlah. 




Semalam pergi dinner PEWAKAS ka PAWAKAS. Im not really sure. PEWAKAS ndak silap. So, disebabkan itu adalah dinner percuma yang aku dibawak pergi, so aku tidak akan berhabis wang untuk spend duit beli dress or apa pun. Fikir punya fikir punya fikir, finally aku decide untuk pakai kemeja aku yang aku beli almost 5 years ago. Aku ingat lagi, aku beli kemeja tu untuk majlis pembukaan BarSu. Sekarang ni pun BarSu ndak da sudah. Sudah tukar jadi WhiteRoom. Bayangkan!!


So gambar bawah ni apa yang aku pakai semalam




Shawl : Kiki e-Shop ---Klik sini
Inner : Outer Syria 3 tahun lepas
Kemeja : Nichi 5 tahun lepas
Skirt : Lycra Skirt Kiki e-Shop
Heels : Vincci raya tahun lepas
Clutch : Unbranded raya 3 tahun lepas




p/s berjimat cermat amalam mulia

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2012



Kelmarin, Aku,Adik aku, Ninong dan Yuli pergi memeriahkan (konon) lagi Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2012 yang berlangsung di Komplek Sukan Tawau. Event itu berlangsung selama tiga hari dan kelmarin adalah hari kedua. Meamandangkan kelmarin adalah hari sabtu (Hari Remaja/Hari Belia sedunia), kami pun pergilah memeriahkan Majlis.





Cuaca memang superb panas lah kan. Nasib ada bawak payung kalau tidak maunya hangus terbakar.
Bukan jugak trep ndak mau bepanas, tapi memang superb panas. Silap-silap boleh bikin demam. 


Aku kalau sudah jalan dengan kaki gambar macam si Yuli, Memang kerja aku mengambil gambar dorang jak lah. So, aktiviti kelmarin lebih kepada berjalan-jalan dan bergambar-gambar.So layan gambar jak lah.







Saya yang gemuk!!!




Stadium Utama , Kompleks Sukan Tawau


Cik Pemilik Kamera. Gambar semua curi dari FB dia. Thanks BF!



Hilang Malu sudah time ni. Mampus orang lah mau cakap..."Dengan banner pun mau begambar"... ADA AKU KISAH???


Ninong


Belia Mengandung!



Lepas puas posing sana sini di Stadium Utama, kami pergi ke kawasan pameran dan permainan pulak.



First singgah di booth pameran basikal berhias ni. Budak-budak Tawau memang popular dan kreatif dalam hias menghias ni.  Basikal siap ada speaker. Kalah wo kerete waja buruk aku.


Basikal pink.. kau ada?



Ninong dan bebo...



Cute bilang si Yuli



Kreatif bah!!




Lepas tu kami lepak di booth Explorace. Si MZMZ ada sana. Jadi AJK kunun. Sambil promote KakiCandid Photography la tu. So sesiapa berminat untuk dapatkan khidmat photographer boleh klik sini ---> KAKICANDID PHOTOGRAPHY's FACEBOOK PAGE .




Iklan~!


Friends!!



Sisters!


Sempat lagi pinjam backdrop diorang. 


Selain tu ada jugak booth untuk suka-suka. Ala-ala roda impian gitu. Semangatan diorang main ni. 














Tawau Blogger Unity  dan Discovery Tawau jugak ada buka booth. Ada pameran dari blogggers tegar Tawau. Diorang ada buat game jugak. Kuiz Sejarah. Sejarah pasal Tawau. Jawapan ada di area situ juga cuma perlu cari. 




TBU!




Discovery Tawau



Lepas penat melawat-lawat dan berjalan-jalan, kami pergi isi perut. Lepas tu masuk ke Stadium Utama semula. Ada Battle of the Band. Gila. Tengah-tengahari buata buat battle. Panas. Tapi layan jak la. Sekadar mencari tempat berangin.












MZMZ cakap, hari ni ada lagi final BOTB tu. Tapi aku malas pergi. Hari ni mau tengok Mania Astro Final. Ulangan!!!  Memandangkan semalam aku ndak dapat tengok sebab pergi dinner PEWAKAS. Apa PEWAKAS tu?? PEWAKAS ni ialah Persatuan Wanita Kastam (if im not mistaken lah).Aku dapt tiket free, pegi jak lah. 




Apapun, next time kalau Tawau ada buat event-event begini, aku mau buka gerai lah. Macam best. Kompom laku. (^___^). Misi untuk menjadi Usahawan. Semua bisnes mesti dibuat. Aku ada dengar Dr. Fadhillah Kamsah ada cakap, 90% rezeki di muka bumi ini adalah dengan berniaga. Yang penting kita rajin berusaha. Insyallah!!!



p/s Gambar semua curi dari FB Yuli. Thanks Yuli!



Sekian

19 May 2012

TM Connects : Cara Mudah Untuk Buat Laopran Kerosakan Streamyx

Kelmarin, lebih kurang jam 10, tiba-tiba line streamyx down. So, aku macam biasa lah kalau sudah mengamuk, TWITTER la tempat aku lepas geram.Saapa mau follow aku, mau baca aku mengarut hari-hari boleh follow aku di sini. https://twitter.com/#!/rinadorina

Baik jak aku tulis kemarin. Biasa maki-maki. KENAPA STREAMYX TIBA-TIBA DOWN???

Tiba-tiba ada orang reply. Mau tau dari siapa? Dari Twitter TM CONNECTS 

Terkejut jugak. Nasib baik aku ndak maki-maki.

Bawah ni hasil perbincangan kami.
















Mudah kan. Sekarang ni zaman canggih. Semua pun di hujung jari. So kepada sesiapa yang ada masalah Streamyx, lepas ni boleh langsung tweet diorang ok. Klik jak atas tu . Aku sudah bagi link. Sekian.



p/s Selamat berhujung minggu. Kejap lagi mau pegi Kompleks Sukan Tawau. Ada sambutan HARI BELIA. Sekadar memeriahkan majlis dan mengisi kebosanan di hari Sabtu.





18 May 2012

Egg Mask : Blackhead Remover | Percubaan Pertama

Actually aku ada beli CHARCOAL MASK atau dalam bahasa Melayunya topeng arang. Ini akibat terpengaruh dengan iklan-iklan di FB lah. Memandangkan aku memang mempunyai maslaah blackhead/whitehead especially area tepi hidung. So aku pun beli. First time konon mau try mask buang blackhead ni. Sebelum ni aku hantam picit jak pakai jari (bahaya. sila jangan buat. Nanti banyak kesan-kesan luka di kulit muka). So, dipendekkan cerita, aku pergilah cari di youtube. Manalah tau ada orang rajin bagi tunjuk keberkesanan mask ni. Fuh. Memang ada. Menarik la.Tengok bawah ni. Puas hati kan kalau benda tu tertanggal.




Tapi lepas tengok video ni, aku jumpa video bawah ni pulak.





So, disebabkan mask yang aku order belum sampai. Dan penjual tu baru pos pagi tadi, so aku membuat keputusan untuk menggunakan method EGG MASK ni untuk buang blackhead yang ada.  Apa yang aku perolehi adalah seperti gambar dibawah. Bahan yang diperlukan hanyalah sebiji telur. Ambil putihnya sahaja. kemudia kacau/pukul sehingga jadi seperti gambar di bawah. Sapu pada muka dan tampalkan tisu mengikut keselesaan. Tunggu hingga kering dan tanggalkan perlahan-lahan.  

TADAAAAAAAAAAAA!!!









Hasilnya memang memberangsangkan. Hilang semua blackhead di tepi hidung. Tapi adalah jugak sikit-sikit yang ndak tertanggal sebab aku buat ndak kering betul. Apa tidaknya, 8.20pagi tadi baru siap tempel. sampai 8.50 aku tunggu tapi belum kering sepenuhnya. Mungkin terlampau tebal aku sapu telur tu. Apapun, next time aku mau cuba lagi. Best guna telur ni sebab dia tegangkan muka. eh.. chop-chop, pas ni aku sudah ada charcoal mask tu. So lepas ni semua blackhead dan white head remove pakai charcoal mask jak la. Nanti sampai aku kasi tengok hasilnya ya. 


sekian.