Actually aku ada beli CHARCOAL MASK atau dalam bahasa Melayunya topeng arang. Ini akibat terpengaruh dengan iklan-iklan di FB lah. Memandangkan aku memang mempunyai maslaah blackhead/whitehead especially area tepi hidung. So aku pun beli. First time konon mau try mask buang blackhead ni. Sebelum ni aku hantam picit jak pakai jari (bahaya. sila jangan buat. Nanti banyak kesan-kesan luka di kulit muka). So, dipendekkan cerita, aku pergilah cari di youtube. Manalah tau ada orang rajin bagi tunjuk keberkesanan mask ni. Fuh. Memang ada. Menarik la.Tengok bawah ni. Puas hati kan kalau benda tu tertanggal.
Tapi lepas tengok video ni, aku jumpa video bawah ni pulak.
So, disebabkan mask yang aku order belum sampai. Dan penjual tu baru pos pagi tadi, so aku membuat keputusan untuk menggunakan method EGG MASK ni untuk buang blackhead yang ada. Apa yang aku perolehi adalah seperti gambar dibawah. Bahan yang diperlukan hanyalah sebiji telur. Ambil putihnya sahaja. kemudia kacau/pukul sehingga jadi seperti gambar di bawah. Sapu pada muka dan tampalkan tisu mengikut keselesaan. Tunggu hingga kering dan tanggalkan perlahan-lahan.
TADAAAAAAAAAAAA!!!
Hasilnya memang memberangsangkan. Hilang semua blackhead di tepi hidung. Tapi adalah jugak sikit-sikit yang ndak tertanggal sebab aku buat ndak kering betul. Apa tidaknya, 8.20pagi tadi baru siap tempel. sampai 8.50 aku tunggu tapi belum kering sepenuhnya. Mungkin terlampau tebal aku sapu telur tu. Apapun, next time aku mau cuba lagi. Best guna telur ni sebab dia tegangkan muka. eh.. chop-chop, pas ni aku sudah ada charcoal mask tu. So lepas ni semua blackhead dan white head remove pakai charcoal mask jak la. Nanti sampai aku kasi tengok hasilnya ya.
sekian.
bestnya nanti nak cuba pakai :)
ReplyDeletetahu tak cara2 nak hilangkan ruam kat muka? bintik2 kecik..
okay, jangan lupa buat entry.. nak tengok hasilnya... hee
ReplyDelete