Aku yakin, aku salah seorang daripada seratus lima puluh juta orang dia dunia ni yang buat title entri SELAMAT HARI GURU. Ahh.. lapok! Tapi ada aku kisah.Biarlah bah!!
Sebenarnya, bila hari guru ni, emosi aku membuak-buak bah. Bukan apa. Bila hari guru menjelma, aku akan teirngatkan cikgu fizik aku tu. Aish! Maaflah ya wahai anak-anak murid kesayangan cikgi fizik itu. Aku bukan dendam dengan cikgu tu, cuma aku ndak suka. Mungkin sebab dia aku dapat 6C subjek FIZIK time SPM!! SPM ok!!! Memang aku blame dia. Sebab dia jugak aku benci subjek fizik time SPM. Tapi syukur lah, pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan yang sudah pupuk balik mood aku terhadap subjek fizik sampaikan aku boleh memberanikan diri ambil jurusan Kejuruteraan Awam time di U dulu. Walaupun result ndak gempak macam EDA SUHAILI, tapi at least aku grad dengan Second Upper Class Degree. Cukup makan lah dapat 3.24. Mau dapat dekan memang haram lah kan. Tapi bersyukur lah jugak.
Ah lupakan pasal itu.
Sebenarnya, mood rajin update entri ni disebabkan aku mau wish kawan aku CIK YULIANA dan PUAN SAMSIDAR serta rakan-rakan lain, yang mana aku tau, ramai kawan-kawan aku jadi cikgu sekarang ni dengan ucapan (cewah macam raya)
SELAMAT HARI GURU!! DIDIKLAH ANAK MURID DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. JANGAN SESEKALI MENJADI GURU YANG BERSIFAT TIDAK ADIL. PANDAI ATAU BODOH SESEORANG MURID ITU, JANGAN SESEKALI MEMBEZAKAN MEREKA KERANA KEHIDUPAN AKAN DATANG SESEORANG TIADA SIAPA YANG TAHU. MURID KESAYANGAN BELUM TENTU AKAN JADI MANUSIA BERJAYA. MURID YANG DISANGKA BODOH BELUM TENTU AKAN BODOH SELAMA-LAMANYA. [macam aku (^____^) ]
Sekian dan terima kasih!
sokong!!
ReplyDelete