Fuh! Title. Sebenarnya ini adalah sup yang dimasak ketika acara makan-makan bulanan keluarga sesi bulan lepas. Lama sudah gambar-gambar ni jadi draft. Malas aku mengupdate memandangkan busy mengupdate wedding preparation.
Oh ya. Kata mereka yang makan. sedikit masin masakan aku hari tu. Al-maklum, bakal pengantin. Memang selalu gitu. Entah betul entah tidak. Alasan aku time tu cuma satu. GARAM MAMA' yang salah. Mamak pakai garam laut merah. So letak sikit tiada rasa. So aku bantai letak letak dan letak dan akhirnya agak masin. Tapi time aku rasa-rasa tu , aku rasa ok jak pun. Entahlah lidah mereka kali.
Bahan utama : Bawang dan halia. Aku suka blend dua bahan ni supaya lebih halus supnya nanti.
Bahan kedua penting adalah isi fillet isi ketam dan pelbagai jenis frozen food seafood yang boleh didapati dimana-mana cawangan GIANT. Main timbang. So boleh mix mana yang suka.
Satu lagi bahan penting adalah jagung tin. Pastikan yang cream style baru rasa lemak sikit sup nanti. The best adalah DEL MONTE. Aku sudah round Servay , sudah round Giant tapi ndak jumpa Del Monte, Akhirnya terpaksa beli Ayam Brand. Agak berketul dan kurang krim. Yang 3 Del Monte itu adalah koleksi si mamak yang aku curik.
Tumiskan bahan-bahan yang sudah di blend tadi dengan sedikit minyak. Sediri la agak-agak macam mana banyak minyak yang diperlukan. Bergantung kepada jumlah sup yang anda ingin masak dan jumlah bawang dan halia yang anda gunakan.
Bahan-bahan bawah ni, potonglah sesedap rasa. Mau besar boleh, mau kecil boleh. Dari tekat anda lah yang mana suka.
Satu lagi bahan penting adalah telur. Makin banyak telur, makin sedap sup. Tapi pastikan telurnya hancur dan tidak berketul. Maksud aku, kena rajin gaul so masaknya cantik. Kalau aku, aku akan pecahkan telur dalam amngkuk dulu baru masukkan dalam sup. Oh ya, lupa, Jangan lupa tepung jagung sebagai agen pengental.Kalau kurang tepung jagung , maka cairla sup anda.
Inilah hasilnya. Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja!!!
Love,
rinadorinabahar
p/s kalau masak sendiri, makan sampai muntah pun boleh. Isi plak banyak dari sup. FUHHH!!!