16 May 2013

13 days to go.. Dup dap dup dap makin kencang!

Ketika aku sedang menaip entri ini, time ni aku tengah santai-santai atas katil. Sementara mau mengemas kejap lagi sempat lagi update blog. Pakai hp saja.


13 hari lagi. Cepatnya masa berlalu. Suka ada takut pun ada. Suka sebab kan mau kahwin. Sapa wei didunia ni ndak mau dan ndak duka kahwin. Bak kata pakcik Asri, orang gila saja yang ndak mau kahwin. Cuma mungkin yang mencepatkan dan melambatkan seseorang itu untuk berkahwin adalah jodoh dan takdir.


Takut? Ya lah, bila sudah kahwin, banyak benda yang aku perlu takut antaranya mampukah aku perlu takut antaranya "mampukah aku jadi isteri yang baik" . Tapi semua benda tu ambil masa jugak kan. Tidak ada manusia yang perfect. Biarpun aku sudah kenal En. Tunang dua tahun lebih dan banyak jugak benda aku tahu pasal dia, tapi manusia berubah. So, bagi aku apa yang penting dalam sesebuah rumahtangga adalah give and take. Saling mengingatkan. Saling menegur. Aku jenis manusia yang susah terima teguran orang lain jika tidak kena tempat dan caranya. Sedangkan parents aku sendiri tau perangai aku. Dan so far, si En.Tunang pun tau jugak. Alhamdulillah.


Orang cakap dunia rumahtangga ni mencabar. Kisah cinta sebelum dan selepas kahwin adalah berbeza kerana manusia memang cepat berubah so tidak hairan lah ada pasangan yang bercinta bertahun-tahun, sekali lepas kahwin 1-2 tahun bercerai. Mintak dijauhkan. Nauzubillah. Siapa yang tidak kuat dan tidak cukup tabah dan tenang menghadapinya maka gagal lah dia. Aku cuma berdoa, semoga aku mampu hadapi apa jua rintangan dan halangan yang bakal datang. Semoga aku ditabahkan.


Ok. Sampai sini dulu. Mau mengemas apa yang patut. Jam 9 nanti da sesi menghantar dan menjemput . Al-maklum aku kan pengantin serba boleh. Aku jugak pergi belanja, aku jugak pergi hantar kad. Kau ada!!!





Love,
rinadorina bahar





P/s semalam teman en. Tunang hantar kad ke kawasan rumah lama diorang. Ada kakak satu tu cakap " INI BARULAH!!! PENGANTIN YANG HANTAR KAD" ha ha ha.

No comments:

Post a Comment