time aku taip entri ni aku tengah bermalas2an di dalam bilik bos(bapak aku la tu)... biasalah hari sabtu..lagi2 bos nda ada..ikutkan kata hati aku memang malas mau turun kerja kalau sabtu.sebab bukan ada benda mau buat pun.paling2 pun aku online. ermmm...sama jugak aku online di rumah kan...hikhik..tapi iyalah...aku pun segan jugak la bah kan. aku nda mau la orang cakap mentang2 la aku anak bos suka hati aku jak mau datang kerja ka mau nda. padahal before aku kerja sini pun bapaku pernah jugak cakap..kalau aku kerja sini..aku nda payah la ikut rules..sebab aku boleh balik kalau kerja sudah habis.lebih kurang cam bos jugak la. tapi kalau hari biasa nda pernah jugak aku balik awal..memang la kadang2 4.30 pm aku balik tapi itu kira lambat la kan sebab aku nda kuar lunch. padahal kalau ikutkan aku jam 12-1 aku sudah boleh balik sebab kerja aku pagi2 lagi sudah setel. ermm.. ntah la...lain plak aku rasa kalau balik sesuka hati ni.
hurrmm...serius ni aku tengah bosan tahap gaban.gaban pun nda sebosan aku. main game di FB pun aku bosan.baca blog orang bosan. mata ngantuk jugak ni. mau tidur...aisshhhh... bulan puasa pulak ni. nda bagus banyak tidur kan. bila aku bosan2 begini mula la memikirkan kenangan silam.ni aku nda suka ni. bila aku sudah memikirkan kenangan silam aku jadi sedih. bila aku jadi sedih nanti mula la sang jerawat kuar. adoi...nda boleh jadi ni ...aku kena sentiasa ceria supaya tiada sang jerawat yang berjaya mengeluarkan diri. mau raya ni. lucu jugak tu kalau muka penuh jerawat. sudahlah aku ni jenis tangan gatal..pantang jumpa jerawat sikit mula la gatal tangan. jadi aku kena happy2 supaya hormon kegembiraan itu dapat mengawal pengeluaran jerawat. SMILEEE!!!
hari ni kali kami akan berbuka di balai raya. ada majlis berbuka puasa untuk ibu-bapa tadika kemas di kg kami. apa kaitan aku dengan tadika kemas tu... kaitannya adalah... mamaku AJK untuk tadika kemas itu. apa pulak kaitan mamaku dgn tadika kemas tu?? aku pun nda sure. memang la dulu mamaku merupakan guru tadika tu.tapi since adik aku yang kini berusia 22 tahun tu lahir mamaku sudah resign dan jadi suri rumah sepenuh masa.tu la.... sepanjang yang aku tau mamaku jadi AJK sebab tapak tanah balai raya yang digunakan itu adalah tanah nenek aku. so mebe sebagai penghargaan kepada tuan tanah (kali la..aku rasa2 jak la..sbb mcm ndada kaitan bah). Apapun semoga nenekku di murahkan rezeki oleh ALLAH SWT kerana telah banyak berbakti kepada budak2 yang sekolah di tadika2 itu. mau tau kenapa aku cakap begitu... sebab tapak balai raya itu adalah tanah nenekku dan nenekku langsung nda mengenakan sebarang sewa tanah.so..selama ini balai raya itu di situ FOC. yang aku tau la balai raya tu ada di situ dari aku kecik sampailah sekarang. Guru tadika yang mengajar di situ pun sudah berganti2. bayangkanlah berapa ramai budak sekolah yang sudah belajar di tadika itu.memanglah bukan nenekku yang mengajar tapi cuba bayangkan kalau nda da tu balai raya.. di mana budak2 tu mau sekolah kan. so nenek aku secara tidak langsung telah berbakti pada budak2 yang belajar di situ. termasuk aku dan sepupu2 aku. hihihi....
hurrmmm...sebenarnya aku sekarang ni kan nda tau sudah mau mengarut pasal apa. tapi sebab aku boring aku taip jak apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni.kak ugee ngn si lason landing sudah di luar tu. nda tau jugak sampai mana sudah diorang belayar.huhuhu....aku rasa samapai sini jak entri kali ini sebelum aku tambah mengarut yang bukan2.
SMILEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!
nota kaki tangan dan mulut: AKU BOSAN!!aku sendiri hairan kenapa tajuk entri ni TIBA-TIBA...tapi langsung nda ada kaitan dengan entri.tapi sebenarnya masa aku taip title dia..aku mau crita pasal entri TIBA-TIBA AKU RASA BOSAN...tapi melencong ke lain plak.lantak la..
hahaha aku pun keboringan ni rina.. tp istidi jakk ko :D
ReplyDelete